Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dikesempatan yang ada ketika kelas sedang berjalan, angah menggunakan masa yang ada untuk update blog. Sememangnya sekarang merupakan minggu ke 8 pembelajaran untuk semester ini. Bermakna hanya tinggal lagi 6 minggu sahaja lagi sebelum segala-galanya berakhir.
Diwaktu sekarang ini, nampaknya angah kena gandakan usaha, angah perlu berusaha dengan lebih dan bukannya semakin malas. Apa yang angah perhatikan masih ada rakan-rakan yang masih belum bangun daripada tidur. Masih ramai yang mengambil peluang yang ada untuk tingkatkan kemajuan diri ini sebagai satu perkara yang masih belum penting untuk kejayaan di masa hadapan.
Tetapi,angah mula sedar segala-galanya adalah terlampau pantas. Kalau terleka sedikit sahaja, pasti semuanya akan terjejas. Angah haruslah siapkan jadual utnuk melakukan tugasan memandangkan semuanya perlu dilakukan secara tersusun dan teratur untuk membolehkan angah mencapai kejayaan yang angah inginkan.
masa itu emas
ReplyDelete