Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sumber : Berita Harian
JAKARTA: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei semakin hampir dalam misinya merangkul gelaran juara pada Kejohanan Badminton Dunia apabila mara ke suku akhir, malam tadi.
Kejayaan itu hadir selepas bekas pemain nombor satu dunia itu menewaskan pemain China, Wang Zhengming 21-17, 21-19 dalam aksi pusingan ketiga di Stadium Tertutup Istora Senayan.
Riak wajah puas jelas terpancar di muka pemain berusia 33 tahun itu apabila dia menjerit sebagai tanda meraikan kemenangannya.
"Selepas setahun, saya kembali beraksi dalam Kejohanan Dunia. Tekanan memang ada kerana mahu mendapatkan semula kemuncak prestasi terbaik saya seperti ketika di Kejohanan Dunia (Copenhagen) tahun lalu, saya masih belum capai tahap itu lagi. "Saya menjerit bagi melepaskan geram.
Esok sudah aksi suku akhir dan saya harap prestasi saya akan bertambah baik," kata Chong Wei sejurus tamat perlawanan. Pemenang dua pingat perak Sukan Olimpik itu, berkata Zhengming memberikan tentangan yang sengit tetapi dia bertekad untuk tidak mahu kalah kepada pemain China berkenaan.
"Saya tidak pernah tewas kepada Zhengming dalam 13 perlawanan sebelum ini. Jadi, saya memang tidak mahu kalah kepadanya. Saya mahu habiskan perlawanan secara straight set kerana saya boleh menyimpan tenaga untuk aksi seterusnya," kata Chong Wei.
Pada aksi suku akhir esok, dia akan menentang pemenang perlawanan antara pemain Hong Kong, Hu Yun. Sebagai rekod, pencapaian terbaik Chong Wei yang sudah sembilan kali beraksi di Kejohanan Dunia adalah muncul naib juara pada 2011 di London, 2013 di Guangzhou dan 2014 di Copenhagen.
Hope LCW akan kekalkan kejuaraan beliau dan terus mengharumkan nama negara
ReplyDeletedia tak pernah lg kan dapat juara.. harap kali ni dapat laa walaupon isu doping dia tu agak menganggu.. huh..jangan lah ada yg dengki.. x percaya laa LCW ada isu dadah..
ReplyDeletekalau menang nanti pastu untuk peringkat akhir bertemu lin Dan nak menang tu mungkin tipis. past nilah yang berdebar tengok. hahaha
ReplyDeletesemoga LCW terus maju demi negara
ReplyDeletegood luck utk olimpik.. lcw
ReplyDelete