Impian Yang Lebih Besar

Aerill Hassan
3

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Menjadi seorang pemuzik yang berjaya merupakan satu cita-cita angah. Tetapi yang menjadi satu impian yang terbesar angah ialah menjadi seorang konduktor orkestra. Ya! Angah sememangnya ingin menjadi seorang konduktor. Semuanya bermula apabila angah menyertai pasukan orkestra di sekolah angah.
Angah suka orkestra, lebih tepat lagi angah meminati bidang wind orkestra. Tetapi ada beberapa cabaran terbesar yang perlu angah hadapi dahulu sebelum benar-benar dapat ke arah itu. Untuk menjadi seorang konduktor, bukanlah suatu yag mudah seperti ABC.
Sebelum menjadi apa yang angah inginkan, angah perlulah menyertai orkestra dahulu. untuk menyertai orkestra, angah perlu menguasai satu alat muzik dahulu, sebagai asas untuk angah melangkah dengan lebih jauh. Kalau sebelum ini, angah hanya berfikir hanya mahu menjadi seorang jurulatih orkestra sahaja.
Tetapi bila difikirkan banyak kali, menjadi jurulatih,bermakna anda perlu menguasai ilmu konduktor juga. Alang-alang sebegitu, apakata terus tetapkan impian menjadi konduktor. In shaa Allah. Jika ada rezeki, angah akan berusaha ke arah itu. Untuk masa sekarang, angah sedang menguatkan lagi kemahiran angah dalam bermain instrumen. 
 
 Sekian.

Post a Comment

3Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!