Filem 'Alice in Wonderland' kesan sakit mental

Aerill Hassan
4


Sumber : Berita Harian


HELSINKI: Filem "Alice in Wonderland" karya Tim Burton sebenarnya boleh menukar kehidupan individu yang menghidap psikosis atau sakit mental yang teruk. Saintis menggunakan reaksi individu menonton filem itu yang dihasilkan pada tahun 2010 untuk mengesan tanda sakit mental dalam kalangan mereka yang kelihatan sihat. Pasukan dari Finland mendapati individu psikotik melihat dan memproses maklumat daripada filem fantasi itu secara berbeza dan corak otak berkenaan mungkin membantu doktor mengenal pasti mereka yang berisiko.
Psikosis adalah masalah kesihatan mental yang menyebabkan seseorang melihat atau mentafsir sesuatu secara berbeza daripada orang sekeliling dan mungkin membabitkan halusinasi atau delusi (khayalan). Dianggarkan empat bagi setiap 1,000 rakyat Britain mempunyai gangguan aktif psikotik sejak setahun lalu. Proses otak dalam kalangan individu penghidap gangguan psikotik masih tidak difahami secukupnya dan diagnosis awal adalah sukar oleh kerana corak dalam otak tidak kompleks seperti mana penghidap kronik. Saintis mengatakan kajian itu mungkin direvolusikan dengan cara individu psikosis dirawat.
Eva Rikandi dari Universiti Aalto di sini berkata, tugas mereka adalah cuba mengenal pasti jika seseorang individu itu adalah pesakit psikosis episod pertama atau subjek kawalan yang sihat hanya dengan melihat aktiviti otak yang direkod ketika menonton filem. "Kami dapati, dengan memantau aktiviti dalam rantau dikenali sebagai 'precuneus', kami berupaya membezakan pesakit daripada subjek kawalan dengan baik," katanya. Menggunakan pengimbas, penyelidik menunjukkan individu yang menderita episod psikotik memproses maklumat berbeza daripada kumpulan kawalan apabila ditunjukkan filem pecah panggung Hollywood itu.
Mereka memilih menunjukkan 46 pesakit psikotik episod pertama dan 32 individu kawalan yang sihat, menonton filem terbabit supaya setiap kumpulan menerima rangsangan maklumat sama. Ia mendapati perbezaan ketara dapat dilihat dalam rantau 'precuneus' otak, iaitu kawasan dikaitkan dengan daya ingatan, ruang dan kesedaran ruang dan visual, kesedaran diri dan aspek nyata. Rikandi menambah, pihaknya berupaya mencapai hampir 80 peratus ketepatan pengkelasan menggunakan kaedah itu.
"Ia bermaksud, precuneus, hub pusat untuk integrasi maklumat diri dan daya ingatan, memainkan peranan penting dalam pemprosesan maklumat jenis ini oleh pesakit psikotik. "Ini adalah kajian pertama yang secara langsung mengaitkan permulaan psikosis dengan 'precuneus', justeru adalah penting lebih banyak penyelidikan dilakukan di bahagian ini," katanya. Penemuan itu yang dibentangkan dalam Kongres Kolej Neuropsikofarmakologi Eropah di Amsterdam, akan membantu membangunkan imbasan awal dan diagnosis lebih baik individu yang berisiko. - Agensi

Post a Comment

4Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!