Follower INSTAGRAM penting untuk jadi PELAKON ??

Aerill Hassan
7

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


"Student cerita, pergi audition berlakon, isi borang. Ada column "brp followers nstagram, Twitter dll". Kejadah audition tgk followers???"

Kecoh semalam di ruangan twitter mengenai cara atau kaedah terbaru untuk memilih pelakon baru. Ianya bermul apabila satu tweet daripada pelakon berbakat besar iaitu ZahirilAdzim yang mengeluarkan tweet sebegitu. Sudah advance bagi audition untuk menjadi pelakon di mana jumlah follower account media social di ambil kira. 


"Maka mencarutlah aku mendengarnya. Next time korang tulis satu puisi penuh makian & carutan atas audition form tu, kata aku. Menjahanamkan."

Kemudian satu lagi tweet di tulis oleh beliau. Ianya menyuruh mereka yang ingin audition di masa kelak supaya menulis makian dan carutan pada borang audition. Aku sendiri rasa inilah penyebabnya pelakon baru sekarang ini hanya pentingkan jumlah follower dan rupa paras sahaja. Kononnya bakat berlakon belakang kira. 



"Dengan audition script yg simple, scene yg langsung x bg peluang utk show talent. Cth scene order air kedai mamak. Audition script pun bangang."
Ini sudah melampau. Nak ambil orang untuk berlakon tapi scene atau babak yang diberikan senang. Sepatutnya beri babak yang sukar , babak yang boleh memberikan seseorang itu menunjukkan bakatnya. 


"Aku jawab, diorang tu bukan nak tgk acting & talent korang, tapi nak tgk MUKA n BODY. Boleh jual ke tak. Acting kayu is OK!"
Macam yang aku cakap dekat atas, yang membuat audition itu bukannya nak tengok bakat tetapi hanya rupa paras. Patutlah sekarang ni pelakon baru semuanya berlakon keras dan kayu. Bila dah makin famous, mulalah masuk ke bidang lain contohnya daripada lakonan ke bidang nyanyian. Yang pasti , kedua-dua bidang yang diceburi sangat haukk.
Aku rasa benda yang sama jugak jadi dalam bidang nyanyian. Kalau nyanyian tu tak sedap, autotune kan ada? Senang je , masa recording tu, sound engineer buatlah apa yang patut supaya suara sedap. Bila nyanyi LIVE kantoi suara sebenar, tapi nak buat macam mana , sebab dah ada follower tersendiri. 
Bila jadi kes macam ni , kita dapat lihat bagaimana industri hiburan negara yang semakin kejarkan populariti dan membiarkan kualiti terpinggir di sudut sepi.Ya, memang bakat dapat diasah tetapi sebagai seorang pekerja seni, penghargaan terhadap bakat perlulah diutamakan. 

Post a Comment

7Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. betul tu , nak tengok tv cerita melayu pun dah bosan , sebab berlakon macam kayu , tapi tak ada boikot cerita melayu heheee,

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan , sekarang ni pun dah tak tgok cerita melayu. tambah2 kt tv3

      Delete
  2. hahahahha how the world is right now. no wonder la msians actor and actress not so good now loh

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!