Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kisahnya bermula, pada hari pertama ketika full dress rehearsel konsert Romansa Krisdayanti. Aku merupakan salah seorang pelajar praktikal yang mengambil kesempatan untuk melihat persembahan secara percuma. 22 Februari 2017 adalah tarikhnya.
Setelah selesai keseluruhan nyanyian bertenaga daripada diva Krisdayanti, aku dan rakan aku berangkat pulang. Rakan aku tinggal di kawasan Kuala Lumpur sahaja , manakala aku perlu pulang ke UKM Bangi. Kenapa UKM Bangi? Ianya kerana aku tinggal di rumah mak saudara aku di sana. Aku kira lebih senang jika tinggal bersama keluarga betbanding tinggal di rumah sewa di Shah Alam.
Aku menaiki moto. Motor aku bawa berjalan lancar semasa keluar ke Jalan Tun Razak kemudian ke Maju Expressway. Aku sememangnya menggunakan Jalan Tun Razak, Maju Expressway , Lebuhraya Shah Alam dan PLUS. Kerana jalan-jalan ini senang untuk aku, walaupun aku membawa motor, aku rasa ini jalan yang terpantas aku untuk sampai ke Istana Budaya.
Ketika melepasi Plaza Tol Salak Selatan, motor aku mula bermasalah. Pada paparan di motor menunjukkan 80km/h , tetapi kelajuan sebenar adalah 30km/h. Jadi , aku menukar gear , dan seterusnya moto aku berhenti.Mujur tiada sebarang kenderaan ketika itu. Ketika aku ingin start moto, ianya seakan terkunci.
Sudah!!
Aku tidak tahu bagaimana untuk bertindak selanjutnya. Aku kagett. Aku segera menelefon ayahku yang berada jauh di Kedah.Sememangnya aku tiada rakan yang terdekat kerana aku berada di tengah lebuhraya di Kuala Lumpur. Kawan kawan aku berada di Shah Alam dan mak saudara aku pula di Bangi. Alhamdulillah , ayah aku berjaya mencari jalan untuk menyelesaikannya. Nasib baik ayah aku mempunyai rakan di seluruh Malaysia. Pakcik Azizi, iaitu rakan ayah aku ketika sekolah menengah tinggal di Ampang.
Sementara menunggu pakcik Azizi datang , ada seorang pakcik seusia ayah aku menaiki motorsikal membantu aku. Kenderaan Peronda Lebuhraya juga turut membantu. Pakcik yg menaiki motor itu membantu menolak motor aku ke stesen minyak BHP di Seri Petaling. Dalam perjalanan , ianya diburukkan lagi dengan hujan lebat.
Sudah!!!
Sebelum itu , aku telah memaklumkan kejadian ini pada mak saudara aku yg ketika itu berada di makmal tempat kerja beliau. Alhamdulillah , berjaya juga meredah hujan lebat dan juga jammed teruk di kawasan seri petaling.Pakcik yang membantu aku telah pergi setelah aku mengucapkan terima kasih. Kemudian,pakcik azizi telah sampai. Perancangannya adalah meninggalkan motor aku di tempat letak motorsikal di Mall , dan aku pulang ke rumah pakcik azizi.
Di whatsapp, mak saudara aku telah sesat untuk datang ke tempat aku. Akhirnya aku menyuruh mak saudara aku untuk pulang sahaja ke bangi. Aku berasa agak bersalah di sini kerana telah membuatkan mak saudara aku terlibat dalam kesusahan kerana aku sendiri. Kemudian , keesokannya aku perlu ke Istana Budaya seperti biasa melakukan kerja praktikal seperti biasa. Pada mulanya aku mahu mengambil cuti sahaja tetapi nasib aku baik apabila pakcik azizi mempunyai motorsikal ,jadi aku menggunakan motorsikal beliau untuk ke praktikal.
Bagaimana pula dengan motorsikal aku?
Semuanya diuruskan oleh Pakcik Azizi. Alhamdulillah.Setelah beberapa hari , hampir seminggu juga rasanya , motor aku berjaya di baiki. Ianya adalah kerana minyak hitam telah habis. Aku lupa untuk menukar minyak hitam. Ya , semuanya adalah salah aku. Kerana lalai dalam menguruskan kenderaan.
Alhamdulillah ,sekarang semuanya telah kembali normal.Pengajarannya di sini adalah, sentiasa tahu dan peka dengan keadaan kenderaan anda. Selain itu , sentiasa bersyukur kerana setiap perkara pasti akan ada jalan penyelesaiannya.Kita juga perlu berterima kasih kepada insan2 yang telah membantu kita.
Kenapa aku menceritakan semua ini? Ianya adalah kerana ini merupakan kejadian pertama kali dalam hidup aku , di mana aku berada di tengah bandaraya Kuala Lumpur dan tidak mempunyai sesiapa selain keluarga untuk dihubungi. Alhamdulillah, ada insan insan yang baik budi dan hati seperti pakcik di lebuhraya ,peronda lebuhraya, pakcik azizi.. dan lain-lain.
Terima kasih semua.
Ramai lagi orang yang berhati mulia.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan mereka
Alhamdulillah, bersyukur kerana ramai yang membantu
Deleteelsa yang perempuan nie kalau tiba2 kereta rosak tengah jalan mesti kabut je lebih hahaha. mana tidaknya pakai kereta je tahu repair kereta tak tahu. kalau awak cool je mujurlah ramai yang tolong waktu tu kan alhamdulillah
ReplyDeletetakdelah cool mana, agak serabut jugaklah time tu , dengan baru balik kerja , pastu hujan pulak
DeleteHarus sentiasa ambil berat dengan kuda tunggangan kita :)
ReplyDeletein shaa Allah..
Deletehaha , kalau ada orang lain tumpang , itu cerita lain haha
ReplyDelete