Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pada tanggal 21 April dan 22 April 2017, aku sekeluarga telah pergi ke Rockbund Fishing Chalet yang terletak di negeri Perak. Lokasinya adalah di Marina Island, bersebelahan dengan pulau Pangkor. Tujuan utama ke sana adalah bersempena program reunion kawan-kawan sekolah menengah ayah aku yang membuat program ini di situ.
Baca Juga : [ 10 Pantai Tercantik di Malaysia (2018) ]
Perjalanan dari Kulim, Kedah ke chalet ini mengambil masa selama 2 jam sahaja. Pada mulanya, aku ingatkan kami akan tinggal di resort cantik, ada kolam renang, bersebelahan dengan pantai yang indah. Tetapi semuanya hanyalah angan-angan sahaja. Apa yang aku dapat lihat adalah chalet yang terletak di tepi laut, tetapi bukan pantai. Ianya adalah tebing batu tinggi.
Gambar paling atas adalah gambar aku bersama kakak aku yang sulung. Berlatar belakangkan pulau Pangkor. Bagi aku cuaca adalah sangat bagus. Di waktu siang, tiada angin jadi rasa terlampau panas, tetapi di waktu malam, sungguh berangin. Melepak di luar chalet pun dah rasa seronok
Selfie aku bersama adik beradik aku yang mengikut program ini.
Bergambar semasa matahari terbenam.
Di pagi hari terakhir.
Chalet
Makanan barbeku pada waktu malam.
Sarapan pagi
Program ini khas untuk rakan-rakan sekolah ayah aku. Bermakna , mereka yang berumur 50-an yang dahulunya bersekolah bersama-sama kini berjumpa kembali. Program yang dilakukan adalah barbeku bersama. Itu sahaja. Aku rasa barbeku pun sudah cukup.
Seronok melihat ibu bapa kita bersama rakan-rakan sekolah mereka menceritakan kisah-kisah ketika bersekolah dahulu. Mungkin , aku dalam jangka masa 20 tahun lagi akan membuat program sama bersama rakan-rakan sekolah aku yang dulu. Mungkin.
Sekian.
tempat yang menarik...
ReplyDelete