Percutian ke Sarawak Yang Awesome !!

Aerill Hassan
2

Assalamualaikum dan salam sejahtera




Percutian ke Sarawak Yang Awesome
Hai korang! Ada tak yang nak plan pergi bercuti di Sarawak ??? Pergilah weh….best…ok for those yang masih tercari-cari tempat penginapan tu… haaa meh saya nak suggest Imperial Hotel Kuching. Hotel 4 bintang ini letaknya di tengah-tengah bandaraya Kuching. Location memang sangat strategic di mana hanya  5 - 10 minit perjalanan bila drive dari Lapangan Antarabangsa Kuching dan Pusat Perniagaan Bandaraya. Yang syoknya hotel ini terletak bersebelahan Pusat Beli-belah Boulevard dan Imperial Suite. Haaaaa, yang shopaholic tu memang suka la kan.
Hotel ini provide 339 bilik tetamu .  Jenis bilik yang ditawarkan iaitu bilik superior, deluxe, corner deluxe, suite eksekutif, suite predsiden, 3 bedroom apartment, 4 bedroom apartment dan 5 bedroom apartment. Saya pernah menginap di deluxe room. So far bilik ni nice dan berada di level paling atas. 
Boleh tengok pemandangan bandaraya .  Cantik!! Service dan facilities yang diberikan adalah WIFI, katil saiz king, kemudahan bancuh kopi atau teh, tempat mandian kiub dan tab mandi. Tv pon besar iaitu 42 –inci. Saluran tv yang disediakan HyppTV, mini peti sejuk, peti keselematan (rasanya size boleh muat komputer riba , iron (so tak payah susah-susah nak call pihak hotel), sofa (saiz individu) tepi katil, jubah mandi, surat khabar,parking percuma dan boleh akses  ke pool, gym, bilik sauna dan wap.  
Yang bagusnya pihak hotel ada sediakan perkhidmatan pengangkutan berjadual percuma untuk ke airpot dan pusat perniagaan bandaraya. Ha tak perlula susah-susah nak cari teksi kan. Ini kira facilities untuk bilik paling basic. Kalo lagi mahal, confirm facilitiesnya pun lebih wow. Jom buat tempahan bilik hotel di www.traveloka.com sekarang.
Kekadang dah syok lepak kat hotel, rasa malas nak keluar cari makan. Haa makan kat Imperial Garden Restaurant  di hotel ni pon dah sodap. Open every day, stating from 6 pagi sehingga 11 malam. Korang boleh nikmati buffet sarapan pagi. Macam-macam menu disediakan. Ala carte turut ada. Kat situ makanan merangkumi citarasa timur dan barat.  
Makanan tempatan pon ada. Tapi kalau korang pilih untuk lepak santai sambil nikmati snack ringan seperti kek,pastry,pai, biskut sambil minum kopi buatan khas, teh dan jus.. haaa sila lah lepak di Lobby Lounge. Ruang legar dengan dekorasi kontemporari memang awesome. Oh ya, kalau memang dah malas sungguh atau lapar pada lewat malam atau awal pagi, call je pihak hotel untuk perkhidmatan hantar makanan kebilik 24 hour.
Psst…Bagi penggemar seafood, wajib pergi ke the best seafood in town @ Top Spot Seafood . Macam-macam ada tapi nak sugget menu ialah ketam masak telur masin.serius memang sedap weh. Try tau!!



Dah sampai Sarawak mestila nak tau about cara hidup orang sanakan. Pergilah ke Sarawak Cultural Village. Terdapat  pelbagai replica rumah yang mewakili etnik-etnik dan kaum utama di Sarawak seperti  Iban, Bidayuh, rumah panjang Orang Ulu, penempatan Penan, rumah tinggi Melanau, rumah orang melayu Sarawak dan sebagainya. Yang menariknya staff yang bekerja di sana akan memakai pakaian tradisioanl masing-masing dan menjalankan aktiviti tradisional. So rajin-rajinla tanya staf disana untuk dapatkan info tentang kehidupan mereka. Sangat menarik!! Jangan lupa juga untutk saksikan persembahan tarian tradisional di sebuah dewan.
Sesiapa yang nak tengok bagaimana rupa realnya rumah panjang boleh pergi ke Rumah Panjang Annah Rais Bidayuh. Dari Bandar Kuching kira-kira 90km . Dah alang-alang sampai rumah panjang, bolehlah singgah ke kolam air panas yang sangat popular dan asli.
Dah namanya pergi Kuching kannnn… so ape kata korang pergi Muzium kucing. Hehe. Muzium ini merupakan muzium kucing pertama di dunia okeh!!! Terletak di Petra Jaya di banggunan City Hall.  Di dalam muzium ini terdapat pelbagai pameran, gambar , kesenian dan cenderamata dimana kesemuanya dikaitkan dengan kucing. Masuk percuma je!! Tapi kalo nak ambil gambar tu dikenakan caj RM3 dan sapa nak record video pula dikenakan caj RM5. Muzium ini dibuka every day except cuti umum. Waktu operasi adalah dari pukul 9 pagi hinggalah ke 5 petang. Before balik boleh singgah Tugu Kucing.  Don’t forget to take the picture ya. Bukti korang dah sampai sana..hihi.
Sekian.
Tags

Post a Comment

2Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. CCL Tak pernah lagi sampai ke sarawak ni . InsyaAllah kalau diberi peluang untuk becuti ke sana ..menariknya hotel ni ada ada free transport nk ke airport ..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!