Assalamualaikum dan salam sejahtera
Entri kali ini adalah berkenaan produk penjagaan muka LELAKI iaitu NanoWhite Men Series Brightening. Sudah lama aku mencari produk yang sesuai dengan muka aku. Biasanya , lelaki tidak mementingkan sangat jenama dan apa fungsi pencuci muka, nampak je tulis pencuci muka , terus ambil dan bayar.
Tapi , aku mula belajar tentang penjagaan muka dari zaman sekolah menengah, iaitu di mana ketika itu muka aku sangat teruk dengan jerawatnya , dengan muka hitam lagi sebab main panas. Pada mulanya , aku tidak menitik beratkan sangat tentang penjagaan muka. Hanya basuh muka seperti biasa sahaja.
Tetapi setelah muka menjadi buruk , aku mula menggunakan pencuci muka. Pelbagai jenis telah digunakan tetapi masih tiada yang serasi degan muka aku. Kadang-kadang ada yang elok hanya beberapa hari , kemudian menjadi seperti sedia kala pula. Kali ini , aku mencuba satu jenama baru iaitu Nanowhite Men Series.
" BRIGHTENING FOAM CLEANSERBrimming with vitamins, this facial wash sends foaming particles deep into pores to cleanse and detofixy. Leaves skin fresh, clean and bright. "
Harapan aku terhadap produk ini sangat tinggi. Aku harap supaya selepas aku menggunakan produk ini , muka aku jadi lebih elok daripada muka sekarang. In shaa Allah.
Sekian
Website : NanoWhite Men Series
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.