Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tahun 2017 merupakan kali ke 6 Malaysia menganjurkan sukan terbesar di Asia Tenggara , iaitu Sukan SEA. Kali terakhir Malaysia menganjurkan sukan ini adalah pada tahun 2001 iaitu 16 tahun yang lalu. Harapan seluruh rakyat Malaysia adalah supaya dapat mengulangi sejarah ketika tahun 2001. Tetapi apakah sejarah yang berlaku ketika tahun itu? Jom kita lihat.
Sukan Asia Tenggara 2001 , secara rasminya dikenali sebagai Sukan Asia Tenggara ke-21 telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. Ini merupakan kali ke lima Malaysia menganjurkan Sukan Asia dan juga kali pertamanya sejak 1989. Sebelum ini, Malaysia juga menganjurkan temasya 1965, temasya 1971 dan temasya 1977.
Temasya sukan ini merupakan Sukan Asia Tenggara yang pertama pada abad ke-21, dan temasya yang pertama pada alaf ke-3. Kira-kira 4165 atlet dari 10 negara peserta menyertai temasya sukan tersebut yang menampilkan 391 acara dalam 32 sukan. Temasya sukan ini diadakan dari 8 hingga 17 September 2001, walaupun beberapa acara telah berlangsung dari 1 September 2001. Temasya sukan dibuka oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Salahuddin dan ditutup oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Tuan rumah Malaysia digelar juara keseluruhan mengikut jadual pingat rasmi, diikuti Thailand dan Indonesia dari belakang. Beberapa rekod Asia, temasya dan kebangsaan telah dipecahkan ketika temasya sukan berlangsung. Dengan sedikit atau tanpa kontroversi, temasya sukan tersebut secara umumnya diadakan dengan jayanya dengan peningkatan taraf pertandingan antara negara Asia Tenggara.
Venue Acara
Sukan Asia Tenggara 2001 menggunakan campuran venue baru,sedia ada dan sementara. Kebanyakan venue adalah kemudahan sukan awam yang sedia ada yang telah dibalikkan kepada kegunaan awam selepas temasya sukan. Tiada kerja pemasangan semula dilakukan di kebanyakan venue kerana kebanyakan venue telah digunakan untuk menganjurkan temasya sukan besar seperti Sukan Komancel 1998.
Sukan Asia Tenggara ke-21 mempunyai 39 venue untuk temasya sukan. 19 di Kuala Lumpur, 10 di Selangor, 4 di Johor dan 3 masing-masing di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Upacara pembukaan
Lebih daripada 15,000 sukarelawan termasuk 7,000 sekolah terlibat dala upacara pembukaan temasya sukan dan demi mencipta penganjuran Sukan SEA di tiga buah bandar buat kali pertama. Upacara pembukaan rasmi selari di Stadium Larkin di Johor Bahru dan Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang menjadikan sukan SEA pertama alaf baru sebuah acara yang paling dikenangi.
Semasa bunga api menerangi langit Stadium Nasional Bukit Jalil, lebih daripada 50,000 orang bersorak dan bergembira menyambut kedatangan temasya Sukan dua minggu yang dipertandingkan 10 negara Asia tenggara.
Perdana Menteri Malaysia Keempat Dr. Mahathir Mohamad dan isterinya Dr. Siti Hasmah menaiki 4WD tentera terbuka dan melambaikan tangan ke arah penonton yang menyambut kedatangannya dengan meriah dan penuh bersemangat. Koir yang menyanyikan lagu patriotik memulakan serantai persembahan termasuk formasi, nyanyian lagu da tarian. Kemuncak upacara tersebut ialah perbarisan kontinjen negara peserta terdiri daripada 5,000 olahragawan dan olahragawati dari seluruh rantau Asia Tenggara.
Gemuruh yang lantang diberikan kepada kontinjen tuan rumah seramai 558 atlet negara yang diirngi pembawa bendera Nur Herman Majid dan disambut penuh gembira oleh peminat yang mengibarkan bendera Jalur Gemilang. Obor temasya kemudian dibawa masuk stadium oleh bekas bintang bola sepak Soh Chin Aun dan bekas ratu lari trek Maria Lydia D'Vega Mercado dan dibawa 19 pelari lain sebelum bekas jaguh basikal Daud Ibrahim menghabiskan balapan terakhir. Dari atas pentas, dia memegang obor untuk menyala wayar menuju ke obor besar di sebelah hujung stadium
Apabila obor besar dinyalakan, beribu-ribu belon dan konfeti dituang ke atas penonton yang bersorak dan bertepuk tangan.
Suasana ini menandakan permulaan gemilang temasya sukan dwitahunan yang terbesar di Asia Tenggara yang kaya dengan budaya.
Upacara penutupan
Upacara penutupan diadakan pada 17hb September 2001 pada sebuah malam berhujan dengan tema: ASEAN: Masa untuk merayakan. Ia dihadiri oleh 100,000 penonton yang berjaya memasuki stadium dan mengambil tempat duduk mereka. Upacara bermula dengan persembahan beberapa selebriti tempatan termasuk Erra Fazira and Ziana Zain.
Selepas itu, anggota-anggota kumpulan terjun payung membuat pendaratan di padang stadium bersama 10 bendera negara yang mengambil bahagian dengan iringan lagu "Jalur Gemilang" yang dinyanyikan oleh sebuah kumpulan koir. Perbarisan memasuki stadium oleh kontinjen mengikut jenis sukan disambut dengan tepukan gemuruh oleh penonton dalam stadium. Susunan bermula dengan peserta-peserta akuatik, diikuti oleh peserta memanah, olahraga dan seterusnya peserta-peserta sukan lain.
Upacara kemudiannya diteruskan dengan persembahan "Citrawarna Malaysia' yang dipersembahkan oleh 300 penari dan 50 pemukul gendang menggegarkan stadium dengan gema irama yang mencerminkan kepelbagaian irama lagu serta tarian tradisional rakyat berbilang kaum di negara ini. Kemudian, Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil, penunggang kuda Ekuestrian Malaysia telah diisytiharkan sebagai Olahragawan Temasya, sementara pelari pecut Olahraga Thailand Supavadee Khawpeag telah diistiharkan sebagai Olahragawati Temasya.
Selepas Perdana Menteri Mahathir Mohammad mengistiharkan penutupan temasya, bendera Persekutuan Sukan Asia Tenggara telah diturunkan dan kawah obor telah dipadamkan. Pengerusi Persekutuan Sukan Asia Tenggara dan pengerusi Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Tunku Imran ibni Tuanku Ja’afar kemudiannya menyerahkan bendera temasya dan baton kepada presiden Majlis Olimpik Vietnam dan Menteri Sukan, Nguyen Danh Thai, lambang tanggungjawab Sukan SEA secara rasminya diserahkan kepada Vietnam, tuan rumah Sukan Asia Tenggara 2003.
Lagu Kebangsaan Vietnam dimainkan semasa Bendera Kebangsaan Vietnam dinaikkan. Selepas itu, sebuah persembahan segmen Vietnam 11-minit yang bertajuk "Selamat Datang ke Vietnam" (Welcome to Vietnam) telah dipersembahkan oleh penari wanita Vietnam dengan membawa sehelai bendera gergasi berwarna merah bersama mereka. Persembahan tersebut dibahagikan kepada tiga babak.
Upacara berakhir dengan sebuah persembahan segmen perpisahan Malaysia dengan bunga api dilepaskan ke atas langit serentak dengan 21 pendaki gunung turun dari bumbung dengan menggunakan tali diikat pada mereka dan mengagihkan hadiah kepada sesetengah penonton yang bernasib baik manakala belon dan kertas-kertas kecil berwarna-warni ditaburkan ke udara. Sebuah konsert khas kemudiannya diadakan oleh artis terkenal seperti Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Sheila Majid dan Amy of Search.
Sumber : Wikipedia
Sekian.
Begitulah ceritamya di temasya Sukan SEA 2001.Bagaimana dengan KL2017? Adakah sekali lagi sejarah di cipta? Adakah rakyat Malaysia akan dibanggakan oleh atlet-atlet mereka? Sebagai tanda sokongan terhadap pasukan Malaysia , marilah kita turun ke tempat acara-acara di adakan. Kita berikan semangat dan sorakan kepada mereka supaya dapat memberikan yang terbaik buat negara.
Sekian.
semoga terus berjaya
ReplyDeleteTahun 2001 kan. Tak sabar nak tgk upacara pembukaan dan penutup Sukan Sea KL17. Hope Malaysia juara kali ni. :D
ReplyDeletedah lama tak mengikuti perkembangan sukan
ReplyDeleteJanjiKita
tapi ikut ramalan kaji cuaca. mungkin acara pembukaan nanti hujan. harap ramalan tu salah la. mesti lagi gempak dari 2001 nanti
ReplyDeletehelloaiman
Sejarah tak kan berulang singgah dri sy http://www.lokmanamirul.com/2017/08/rose-face-serum-zeeta-produk-terbaik.html
ReplyDelete