Assalamualaikum dan salam sejahtera
Rasanya masih belum terlambat lagi untuk aku cerita azam tahun 2018 ini. Sebab apa? Sebab masa awal tahun , aku tak aktif blog, tapi sejak beberapa hari lepas baru dah kembali dengan blog. In shaa Allah , dalam entri kali ini aku nak kongsi dengan anda semua , azam tahun ini , untuk diri aku dan semuanya sekali.
Azam Tahun 2018
1. Dapat kerja.
In shaa Allah, tahun ni aku berdoa supaya dapat kerja untuk menyara diri. Rasanya sudah cukuplah ditanggung oleh ibubapa. Kini, tiba pulak masa untuk aku berdikari , untuk aku mencari makna kehidupan sebenar.
Buat masa sekarang , aku sedang kerja di sebuah tempat di Shah Alam sebagai seorang pekerja separuh masa (part-time), walaupun kerjanya tidak ada kena mengena dengan pengajian aku selamaini , tapi sekurang-kurangnya dapat juga aku menimba ilmu lain dariapda yang dipelajari.
2. Dapat lesen kereta
Ramai yang terkejut bila aku bagitau yang aku tiada lesen kereta lagi. Tapi Alhamdulillah, aku dah ada lesen motor dan sedang menggunakan motor sebagai kegunaan harian. Kebiasaannya orang akan ambil lesen kereta selepas SPM tetapi disebabkan kekangan kewangan , aku terpaksa melupakannya. In shaa Allah, bila wang dah cukup , lesen akan diambil dengan serta merta.
3. Langsaikan Hutang PTPTN
Rasanya ramai yang sama azam dengan aku iaitu nak langsaikan hutag PTPTN pada tahun ini. In shaa Allah , akan dilangsaikan segera mungkin. Untuk pengetahuan anda semua, hutang PTPTN aku yang ada adalah ketika Diploma. Untuk degree, Alhamdulillah, aku tidak perlu membayarnya kerana ditukar menjadi biasiswa. Alhamdulillah.
4. Pemuzik Berjaya
Impian aku nak jadi pemuzik yang berjaya. Berjaya dari segi cara persembahannya, penerimaan orang terhadap muzik yang dimainkan serta aku nak curah ilmu yang ada kepada generai berikutnya. In shaa Allah, aku akan usaha untuk menjadi pemuzik yang berjaya daripada sebelum ini.
5. Anak yang Soleh.
Azam aku juga untuk menjadi anak yang lebih taat dan berguna kepada ibu bapa.In shaa Allah tahun 2018 aku akan sentiasa mencari peluang untuk bahagiakan kedua ibu bapa aku.
6. Lebih dekat pada Allah S.W.T
Ya, itulah azam bagi setiap orang iaitu sentiasa ingin mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Mungkin dalam apa yang kita lakukan ketika ini membuatkan kita agak terpesong jauh daripada yang dikehendakiNYA maka inilah masanya untuk kembali ke jalan yang lurus.
In shaa Allah , aku sendiri sedang cuba untuk dekatkan diri kepada NYA, sedang cuba menjadi seorang yang lebih baik daripada sebelum-sebelum ini.
Sekian.
Aamin... kak shaz doakan azam aeril tertunai dgn jayanya..dan smoga d mudahkan segala keinginan.. bila kita pasang niat yg baik.. buat perkara yg baik pasti di mudahkan OlehNya.
ReplyDeleteHttp ://www.byshaz.blogspot.com
terima kasih
Delete