Album Sanggar Mustika (2002)

Aerill Hassan
2
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sanggar Mustika merupakan album studio ke-8 oleh penyanyi Siti Nurhaliza, dilancarkan pada 10 Mac 2002 oleh Suria Records. Album ini merupakan penyambung tradisi muzik tradisional dan berjaya mempertingkatkan mutu irama Malaysia. Album ini telah terjual melebihi 40,000 unit. Sanggar Mustika juga menyelitkan 2 buah lagu nostalgia sebagai menghargai perjuangan mereka yang terlebih dahulu berbakti kepada dunia seni iaitu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ("Bunga Melor") dan Toh Puan Rafeah Buang ("Bisikan Hati"). "Bisikan Hati" juga dirakam sebagai buah tangan khas dari Siti untuk ibu beliau yang tercinta, Siti Salmah Bachik. Single-single dari album ini ialah "Nirmala", "Badarsila", dan "Kurik Kundi".

..............................................................................

Penciptaan

Selepas kejayaan dua album tradisional solo (Cindai dan Sahmura) dan satu album duet tradisional bersama Noraniza Idris (Seri Balas), Siti Nurhaliza sekali lagi bekerjasama dengan komposer dan penerbit muzik, Pak Ngah untuk projek seterusnya dengan apa yang akan dikenali sebagai Sanggar Mustika. Untuk album ini, Siti memilih lagu “Bunga Melor" dendangan asal P. Ramlee dan “Bisikan Hati” yang dipopularkan oleh Allahyarhamah Datin Rafeah Buang dan diberikan nafas baru agar ianya mudah dihayati oleh pendengar yang menyukai lagu-lagu Melayu tradisional.

Judul "Sanggar Mustika" dipilih berdasarkan maksud sanggar yang bermakna tempat dan mustika yang bererti cantik atau sempurna. Ianya diterjemahkan sebagat tempat yang paling cantik atau sempurna untuk meletakkan irama tradisional. Proses pembikinan album ini bermula pada awal Januari 2001 semasa Siti melancarkan album ketujuhnya, Safa dan siap sepenuhnya pada akhir Februari 2002.


Sanggar Mustika fokus kepada Pop Etnik, yang disifatkan oleh Siti sebagai mudah tetapi memerlukan kerja keras yang serius Sebagai contoh, lagu "Kurik Kundi" yang dicipta oleh Pak Ngah dan ditulis oleh Nurul Asyiqin memerlukan Siti menggunakan tujuh loghat daerah di tujuh negeri di Malaysia — iaitu loghat Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Siti amat berpuas hati dengan susunan muzik yang dibuat oleh Ramli MS yang turut menyelitkan irama moden. Menerusi album itu juga, beliau telah diberi kesempatan menghasilkan lirik untuk lagu Panas Berteduh Gelap Bersuluh di samping ingin memberi hiburan kepada peminat di samping menunaikan tanggungjawab sosialnya menerusi lirik yang bermesej.

.............................................................................

Gaya Muzik

Sanggar Mustika diiringi oleh alunan etnik dengan hos daripada artis Malaysia. Bersesuaian dengan kekayaan perbendaharaan seni tanah air, album itu memuatkan pelbagai rentak seperti joget, keroncong, inang dan canggung. Namun, fokus album Siti kali ini lebih tertumpu kepada irama padang pasir yang menjadi trend pasaran muzik kontemporari.

.....................................................................

Penerimaan

Album Sanggar Mustika mendapat sambutan baik semasa pelancarannya pada 10 Mac 2002 dan terjual sebanyak 400, 000 unit di Malaysia dan 75, 000 unit di Indonesia serta mendapat pengiktirafan emas oleh Asosiasi Industri Rekaman Indonesia (ASIRI). Album ini mula memasuki pasaran Indonesia pada April 2002.

Majlis pelancaran album ini diadakan pada jam 1:30 petang di pusat membeli-belah 1 Utama, Damansara, Petaling Jaya. Ia dirasmikan oleh tokoh budayawan negara, Y.Bhg Puan Azah Aziz dan dihadiri oleh 2,000 peminat. Suria Records memilih tarikh 10 Mac 2002 untuk melancarkan album ini kerana ingin memberi peluang kepada peminat Siti melihat sendiri acara pelancaran album terbaru itu. Jaya Jusco 1 Utama menjadi lokasi pelancaran album ini kerana hubungan erat SRC dan Siti sendiri yang terjalin dengan pihak pengurusan pusat membeli belah tersebut disamping ianya dapat memberi peluang terbuka kepada sesiapa sahaja untuk datang melihat majlis pelancaran albumnya. Selain itu, Siti juga telah terpilih menjadi model kepada Jaya Jusco yang telah menandatangani perjanjian secara rasmi pada 7 Mac lalu.


...............................................................................................................

Persembahan

Siti menyanyikan lagu “Nirmala” semasa konsert solonya (Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, London) pada 1 April 2005 di Royal Albert Hall, London. Segmen Irama Malaysia di mana penonton memuji nota tinggi beliau dan kolaborasi hebat kumpulan tarian tradisional dan persembahan muzikal.

Siti juga dianugerahkan sebagai The Best Vocal of Asia, semasa Voice of Asia 2002 Grand Prix Champion di mana beliau menyanyikan Nirmala. Semasa persembahannya di Konsert Lentera Timur Dato’ Siti Nurhaliza di Istana Budaya pada 20-24 September 2013, Siti memperdendangkan tiga lagu di dalam album Sanggar Mustika – “Nirmala”, “Kurik Kundi” dan “Bunga Melur” yang diberikan gubahan baru, persembahannya memukai ribuan penonton yang hadir.

.........................................................................




Senarai Runut

1. Nirmala
Penulis : Che'Kem
Komposer : Pak Ngah

2. Joget Senyum Memikat
Penulis : Nurul Asyiqin
Komposer : S. Atan

3. Panas Berteduh Gelap Bersuluh
Penulis : Siti Nurhaliza
Komposer : Khir Rahman

4. Bisikan Hati
Penulis : Haimon Abd. Rahman
Komposer : Haimon Abd. Rahman

5. Badarsila
Penulis : Lokgha
Komposer : Suflan Faidzal

6. Syair Kamelia
Penulis : Nurul Asyiqin
Komposer : S. Atan

7. Di Batas Masa
Penulis : Habsah Hassan
Komposer Naim

8. Sulam Sembilan
Penulis : Lokgha
Komposer : Pak Ngah

9. Bunga Melor
Penulis : S. Sudarmaji
Komposer : P. Ramlee

10. Kurik Kundi
Penulis : Nurul Asyiqin
Komposer : Pak Ngah

..............................................................................

Anugerah


  • Anugerah ERA 2002

Lagu : Kurik Kundi
Lagu Etnik/Global Pilihan Terbaik - Dicalonkan

Lagu : Nirmala
Lagu Etnik/Global Pilihan Terbaik - Menang
Muzik Video Pilihan Terbaik - Menang


  • Anugerah ERA 2003

Lagu : Badarsila
Lagu Etnik/Global Pilihan Terbaik - Menang


  • Anugerah Industri Muzik 2003

Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) - Menang
Album Pop Etnik Terbaik - Dicalonkan

Lagu : Nirmala
Lagu Terbaik - Dicalonkan

  • Anugerah Juara Lagu 2002

Lagu : Nirmala

Kategori Irama Malaysia - Menang
Persembahan Terbaik - Menang

..........................................................................

Sekian

Post a Comment

2Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Suka sangat album ni. Masa beli CD album SM ni dulu hari2 pasang sampai hafal semua lagu tapi sayang dah hilang dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la. cuma yg beza dulu ayah beli kaset, pastu dengar dalam kereta bila nak pi jalan2.. sampai dah hafal..pastu dah hilang kasetnya..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!