Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dalam entri kali ini , aku nak cerita dengan anda semua tentang Green Tea berjenama BOH. Sudah lama sebenarnya aku mengamalkan minum green tea BOH ini. Hampir dua tahun rasanya aku mengamalkan minum teh ini.
Antara sebab aku suka minum teh ini adalah :-
1. Banyak buang AIR
Aku suka minum air teh hijau ini pada waktu pagi dan pada waktu malam. Sememangnya , dalam jangka masa itu , aku kerap ke bilik air untuk membuang air. Walaupun aku tak minum air yang banyak , tapi aku pasti , air inilah yang menyebabkan aku kerap ke bilik air.
2. Rasa CERGAS
Bila dah beberapa lama amalkan air teh hijau ini, aku dapat rasakan sesuatu yang berbeza pada diri. Salah satunya adalah badan lebih cergas. Kalau sebelum ini , rasa lemau dan malas, tapi sekarang sudah bertenaga dan tak rasa penat.
3. Badan Lebih SIHAT
Aku juga mengaku bahawa badan menjadi lebih sihat , kerana toxic di dalam badan telah dibuang dengan banyaknya. Apabila membuang air secara kerap , secara tidak langsung ianya bagaikan satu senaman ringan untuk badan. Haha. Aku rasa lebih sihat. Mungkin sebab aku amalkan minum teh hijau.
Jadi, untuk menjadi lebih sihat dan cergas , aku sarankan untuk anda minum teh hijau ini. Selain itu, senaman dan pemakanan juga penting untuk menjadikan diri kita sihat. Selain aku mengamalkan Green Tea BOH ini , aku juga ada minum Green Tea Ahmad.
Sekian.
Eh nak try minum yg jenis camne lak, biasa minum yg 3 in 1 tu, sedap 😀
ReplyDeleteohh sedap ke ?
Deletememang best green tea BOH ni. saya pun amalkan almost everyday (kecuali time period sebab takleh minum green tea time tu). hehe
ReplyDeleteohh.. tak tahu pulak time period tak boleh? :)
DeleteBlog www.helloaiman.com telah bertukar domain kepada www.aimanabdullah.com harap aerill boleh ubah URL di bloglist. Terima kasih
ReplyDelete| blog aimanabdullah |
orait. :)
Deletesama la suka minum ahmad tea jugak
ReplyDeletetapi susah nak cari dkt kedah ni. kat giant pun ada takde ja
Delete