Konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour (2004)

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera



Siti Nurhaliza Live In Concert 2004 merupakan konsert solo kelima oleh penyanyi pop Malaysia, Siti Nurhaliza. Konsert ini merupakan konsert jelajah pertama beliau di mana Siti menjelajah 15 lokasi menarik di seluruh Malaysia. Konsert ini juga diadakan empat bulan selepas Siti melancarkan album ke-10 beliau, Prasasti Seni.

..........................................................................

Konsert

Selepas dua bulan menjelajahi Malaysia, Siti Nurhaliza menghangatkan arena konsert persada muzik dengan konsert finale, bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil. 15 buah lokasi telah Siti jelajahi, dan setiap lokasi merupakan satu kejayaan besar. Siti Nurhaliza Fantasia Tour merupakan siri jelajah konsert bersama bintang-bintang Akademi Fantasia 1&2.

Walaupun di awal siri konsert, lokasi pertama di Alor Setar, berlaku insiden yang diluar kawalan apabila pentas konsert roboh dipukul ribut. SNP mengambil langkah bijak apabila tidak membatalkan lokasi tersebut, namun SNP mengambil keputusan untuk mengadakan konsert di lokasi yang sama, tetapi lokasi tersebut terpaksa dilakukan di akhir siri jelajah konsert.

Muar merupakan antara lokasi yang mendapat sambutan hangat kerana Siti telah lama tidak membuat konsert di negeri itu. Selain itu, siri jelajah ini menghimpunkan lebih dari sejuta penonton. Konsert finale Siti Nurhaliza Fantasia Tour merupakan konsert terbesar nasional apabila menghimpunkan lebih dari 70 000 penonton.

Siti menjelajah ke setiap lokasi menggunakan bas yang direka khas untuk Siti oleh Transnasional, dilengkapi dengan sebuah katil, dihiasi dengan langsir hijau, sebuah televisyen dan sebuah tandas.

Siti menghiburkan peminat dengan lebih dari 24 buah lagu, termasuk sebuah lagu bersama bintang-bintang AF. Siti juga membuat kejutan apabila menyampaikan lagu Aku Cinta Padamu dalam empat versi berbeza, setiap satu dipadankan dengan kostum yang sesuai.



Antara detik yang cukup menyentuh hati adalah ketika Siti tidak dapat menahan airmata ketika isu 'usikan' timbul. Nyata Siti seorang penyanyi yang mempunyai perasaan, dan insan biasa.

Konsert ini merupakan antara konsert yang membawa kenangan manis buat Siti dan peminat beliau. Album ini juga memuatkan sebuah CD istimewa "Kenangan Jelajah" dimana memaparkan di sebalik tabir penjelajahan Siti di Semenanjung Malaysia.

Rangkaian konsert ini mendapat sambutan luar biasa, dan fenomena ini melingkup luas sehingga ke negara jiran, Indonesia apabila Siti membuat konsert jelajah disana dengan judul Siti Nurhaliza Indonesia Tour. SNIT berlangsung di kota-kota besar di Indonesia dan setiap kota mempunyai tema-tema yang berbeza.

.........................................................................................



Susunan Lagu

CD 1

Interlude
  • Cahaya Seribu Liku
  • Debaran Cinta
  • Kau Kekasihku
  • Percayalah
  • Lagu Rindu
  • Cinta Tak Beranti
  • Janji Kasih
  • Aku Cinta Padamu
  • Kembalikan Indah
  • Ku Milikmu
  • Fantasia Bulan Madu
  • Hati Emas
  • Gerhana
  • Isabella


CD 2

  • Bukan Cinta Biasa
  • Cindai
  • Ku Menunggu
  • Pejam Matamu
  • I Surrender
  • One Sweet Day
  • Pendirianku
  • Dialah Di Hati
  • Seindah Biasa

..............................................................................



Tarikh Jelajah


  • Ogos 2004 Malaysia
  • Oktober 2004 Indonesia
..........................................................................

Sekian


Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!