Makan Nasi Arab di Restoran Puji Arabian Delight, Kulim

Aerill Hassan
2


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Untuk entri kali ini , aku akan bercerita tentang sebuah restoran makanan arab yang terletak di Kulim, Kedah Darul Aman.Restoran Puji Arabian Delight.Restoran ini terletak di Taman Tiram di Kulim , atau di jalan simen panggilan oleh orang sekitar Kulim.

Makan di restoran ini ,suasananya seperti berada di negara Arab apabila muzik-muzik serta alunan bunyi yang berunsurkan negara padang pasir. Restoran Arab yang aku pergi sebelum ini suasananya seperti berada di Malaysia sahaja. Selain itu, dengan kawasan tempat duduk untuk para pelanggan yang luas , ada tempat di dalam restoran dan ada pula tempat dikawasan terbuka.



Apa yang kurang bagi aku adalah dari segi menu. Kalau dilihat dalam gambar, ada pelbagai yang disediakan untuk para pelanggan. Kebanyakannya adalah makanan arab. Malangnya ketika aku pergi ke restoran ini , hanya beberapa makanan sahaja yang tinggal. Selebihnya TIADA. Contohnya Nasi arab lauk Kambing, HABIS. Padahal waktu itu masih lagi awal, pada jam 8 malam.



Selain itu, sudahlah menu yang ada pada malam itu hanyalah sedikit sahaja , jadi pilihan hanyalah terhad sahaja. Jadi, kami sekeluarga memilih Nasi Arab Lauk Ayam sahaja. Sepatutnya kami semua memilih Kambing sebagai juadah utama. Tetapi disebabkan HABIS , terpaksa menukar kepada ayam.


Pelayannya mengatakan beberapa menu hanya akan ada ketika bulan Ramadhan sahaja. Aku rasa sepatutnya di menu patut diletakkan satu kenyataan bahawa menu ini hanya di bulan Ramadhan sahaja. Jadi, tidaklah pelanggan yang datang tidak rasa ralat.

Bagi menu yang aku makan malam itu , rasanya sedap dan mengenyangkan. Mungkin lebih baik jika ada Kambing. In shaa Allah , kami sekeluarga akan datang lagi pada bulan Ramadhan atau kami ke restoran lain pulak.


Sekian

Post a Comment

2Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Paling tak berkenan bila makanan tu ada dalam menu dan bila order tak ada.. Atau hanya dibuat bulan tertentu.. Setuju dengan Khairil, sepatutnya kenalah tulis siap-siap di menu makanan tu hanya ada di bulan Ramadhan sahaja..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!