Review Blog : Starlavenderluna

Aerill Hassan
6
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Review blog seterusnya adalah blog Starlavenderluna. Rasanya ramai yang dah pernah singgah dan berkenalan dengan tuan punya blog. Dimiliki oleh Shikin Razali , iaitu seorang blogger yang peramah dan rajin komen dalam entri.


Sedikit tentang pemilik blog , beliau adalah seorang pembantu Pustakawan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.


Mengenai blog, pertama dari segi rekabentuk, cantik. Semua widget tersusun. Header juga sangat cantik. Mungkin boleh dikecilkan lagi , tapi rasanya dah okay dah saiznya. Blog ini dari pengamatan dan penglihatan aku, secara keseluruhannya menggunakan tema warna lembut. Walaupun ada corak bunga warna warni di atas dan di bawah bahagian blog.

Dari segi entri yang dihasilkan , rasanya fokus utama adalah memberi info. Pelbagai info menarik dan fakta yang pelbagai ditulis dan dikongsi kepada para pembaca. Sebagai contoh , Sekolah Pelik dan Unik di Dunia dan juga Kehebatan Sperma Lelaki.

Semoga tuan punya blog semakin maju jaya dalam dunia blogging. In shaa Allah ,semoga kita sama-sama mencapai apa yang kita impikan. Tahniah diucapkan kepada pemilik blog kerana mempunyai blog yang cantik dan kemas.

Sekian.


......................................................................................

P/S : Minta kebenaran pada tuan milik blog untuk screenshot beberapa bahagian di dalam blog.

Post a Comment

6Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Alhamdulillah, terima kasih pada awak kerana sudi review jurnal saya.. =) Rasa terharu sangat dan semoga apa yang saya kongsikan akan memberi manfaat kepada kita..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, saya dah buat entri khas untuk awak.. Jemput singgah..

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2018/04/review-jurnal-daripada-aerill-hassan.html

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!