Review Blog : Yong Norliza

Aerill Hassan
2
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Hai semua. Baiklah , hari ini kita akan teruskan lagi dengan review blog bertuah. Tahniah diucapkan. Blog yang akan direview kali ini adalah blog Yong Norliza. Kepada yang belum kenal dengan blogger ini , jom kita kenal.


Sebenarnya, agak sukar untuk aku mencari maklumat tentang tuan punya blog. Walaupun disitu ada butang about dan Siapa Saya , tetapi bila ditekan , tiada maklumat. Jadi aku agak kecewa disitu kerana tidak dapat maklumat yang dikehendaki.


Mengenai blog pula , blog ini sangat cantik dan ringkas. Maksudnya disini , susunan widgetnya kemas. Tiada widget yang melambatkan loading blog bermakna blog ini sangat bagus. Di bahagian bawah header terdapat butang Resepi dan Travel, adakah ini bermakna tuan blog suka memasak dan melancong?

Setelah digodek lagi , rupa-rupanya blog ini telah wujud sejak tahun 2010. Ini bermakna blog ini sudah berusia 8 tahun. Tahniah kerana sudah berusia 8 tahun dan masih bertahan. Ada banyak entri yang menarik di dalam blog ini. Antaranya adalah Resepi Ikan Salmon Paling Ringkas.

Jom terjah blog ini beramai-ramai. Kepada yang nak terjah, jangan lupa untuk tinggalkan komen juga ya.


.................................................................................................



P/s : Minta kebenaran tuan blog untuk screenshot beberapa bahagian di dalam blog. Terima kasih.

Baca Juga :-

Senarai Pemenang Review Blog April 2018

Review Blog Percuma April 2018 !

Post a Comment

2Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!