Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kali ini aku nak kongsi dengan anda semua tentang satu barangan elektronik yang telah aku beli di Lazada.Sebenarnya susah untuk aku beli barang elektronik di Lazada, aku lebih suka pergi ke kedai tersebut untuk melihat dan juga dapat membuat test di kedai itu. Tetapi kali ini aku telah membeli satu speaker yang diberi nama Fantech Hellscream GS201.
Sebelum ini, aku sudah mempunyai satu speaker berjenama Vinifier. Speaker itu telah aku beli pada tahun 2016 dan jangka hayatnya teah pun berakhir apabila bulan lalu, speaker itu telahpun rosak. Jadi, aku perlu membeli speaker yang baru. Kali ini aku mencuba untuk membeli speaker di lamanweb Lazada. Setelah memilih selama hampir 48 jam, akhirnya aku memilih untuk membeli speaker ini.
Kotak speaker |
Bahagian Belakang kotak |
Keadaan semasa speaker |
Alhamdulillah. Bila aku keluarkan sahaja speaker ini, aku sangat berpuas hati kerana ianya sama seperti yang aku bayangkan. Rekaan yang menarik. Kalau sebelum ini , bunyinya keluar melalui bahagian depan menghala kepada orang, tetapi jenis yang terbaru ini bunyinya keluar melalui bahagian atas dan bawah.
Selain itu, bunyi bass sangatlah baik, lebih baik berbanding speaker terdahulu. Boleh dikatakan speaker ini setanding dengan speaker lain yang berharga ratus-ratus ringgit. Alhamdulillah, aku sangat berpuas hati dengan pilihan aku. Syukur.
Free Gift |
Selain menawarkan speaker yang sangat baik bunyi dan rekaannya, pembelian kali ini turut disetai dengan hadiah percuma. Satu mouse pad untuk gaming diberikan sebagai hadiah percuma. Alhamdulillah, macam tahu-tahu yang masue pad aku yang lama telah berlubang-lubang.
Kesimpulannya, aku berpuas hati dengan pilihan aku untuk membeli di Lazada. Antara yang penting ketika membeli di Lazada adalah melihat review dan rating yang terdapat di sana. Untuk speaker pula, aku berpuas hati dengan apa yang aku dapat. Sangat berkualiti tinggi, bunyi yang dikeluarkan juga sangat bagus. Alhamdulillah. Aku sarankan kepada mereka yang ingin atau berniat nak beli speaker baru, bolehlah anda membeli Fantech Hellscream GS201 .
LINK PEMBELIAN : https://shp.ee/fhwqusj
Sekian
Kalau layan movie mesti best dengan speaker ni yer
ReplyDeletememang best.. macam pakai set home theater haha
DeleteBerapa harga dia Aerill??
ReplyDeleteOkay tak sound?
harga sangat berpatutan , rm 35 sahaja. sound sangat bagus.
Deleteslotxo You make so many great points here that I read your article a couple of times. Your views are in accordance with my own for the most part. This is great content for your readers.
ReplyDeleteSpeaker ni Mono ke Stereo ya?
ReplyDeletetiada specifikasi tulis mana2 pn.@@
rasanya ini stereo :)
DeleteThese highlights let you utilize the mouse for more, and forestall conditions that emerge from extensive stretch of monotonous minutes or supporting an unnatural positions. gaming mouse and keyboard
ReplyDelete