Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini merupakan hari terakhir sebelum hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke 14. Ini merupakan kali pertama aku layak untuk mengundi. Alhamdulillah, aku bernasib baik kerana sudah mendaftar pada tahun lepas, anda pula bagaimana?
Perasaan aku untuk Pilihan Raya kali ini adalah teruja, gembira dan gementar. Pertama adalah kerana ianya merupakan kali pertama, jadi smeuanya merupakan pengalaman baru. Kedua, ianya merupakan tugas berat iaitu mahu memilih pemimpin. Salah memilih maka rosaklah masa depan.
Buat masa sekarang, aku masih lagi belum memutuskan untuk mengundi pihak mana. Untuk pengundian kali pertama ini aku memilih untuk mengundi berdasarkan parti yang akan memerintah kelak berbanding calon. Jadi, sepanjang malam ini aku akan membuat kaji selidik tentang manifesto bagi semua parti yang bertanding.
Sekian
Moga apa yang kita pilih menang jua akhirnya.. InsyaAllah.. Aamii..
ReplyDeleteSelamat mengundi dan pilih lah dgn bijak, ms depan negara di tangan kita 😀
ReplyDeleteSelamat mengundi Khairil..saya pun first time jugak haha
ReplyDelete