PRU 14 : 2018 : Pakatan Harapan Menang!

Aerill Hassan
2


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Pilihan raya umum Malaysia ke-14 (PRU-14) diadakan pada 9 Mei 2018 setelah parlimen dibubarkan pada 7 April 2018.Tempoh penggal parlimen mengikut Perlembagaan Malaysia ialah lima tahun sejak mula bersidang, iaitu sehingga 24 Jun 2018. Yang di-Pertuan Agong bagaimanapun boleh membubarkan parlimen lebih awal atas nasihat Perdana Menteri. Bagi pilihan raya serentak seluruh negara (parlimen dan DUN), pilihan raya perlu diadakan selewat-lewatnya 6 Jun 2018. Pilihan raya umum Malaysia menggunakan sistem undian pemenang undi terbanyak. Pilihan raya akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Walaupun daripada segi teori mana-mana negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negerinya secara berasingan daripada Parlimen, secara tradisinya DUN dibubarkan sekali dengan Parlimen, kecuali Sarawak.

222 orang ahli Dewan Rakyat dipilih dari kawasan pemilihan ahli tunggal menggunakan sistem undian pemenang undi terbanyak. Malaysia tidak mengamalkan pengundian wajib dan pendaftaran pengundi automatik. Umur pengundian adalah 21 tahun ke atas walaupun usia majoriti di negara ini adalah 18 tahun. Pengubahsuaian sempadan pilihan raya untuk seluruh negara telah dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Rakyat, dan kemudiannya diwartakan pada 29 Mac 2018 setelah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong menjelang pilihan raya umum ke-14.[2] Pilihanraya dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), yang berada di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri.

Pada 6 April 2018, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tarikh pembubaran parlimen iaitu berkuatkuasa pada 7 April 2018 menerusi ucapan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen dari Perdana Putra kira-kira pukul 12 tengah hari selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet terakhir untuk penggal kali ini.

Pilihan raya ini dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini merupakan pembangkang utama di Parlimen Malaysia. Pakatan ini mendapat majoriti mudah 113 kerusi di Dewan Rakyat. Ditambah dengan 8 kerusi yang dimenangi Parti Warisan Sabah, mereka mempunyai 121 kerusi keseluruhannya di Parlimen, cukup bagi membentuk kerajaan baharu.

Ini merupakan satu kekalahan bersejarah bagi gabungan Barisan Nasional yang belum pernah kalah sebelum ini, sejak kemerdekaan Malaysia pada 1957, iaitu 61 tahun yang lalu. Ia juga menjadikan Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua, dan pada umur 92 tahun, ketua kerajaan tertua di dunia, namun beliau membayangkan akan memberi laluan kepada Anwar Ibrahim selepas mendapat pengampunan diraja.

Proses pilihanraya

Pada 10 April 2018, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah telah membuat pengumuman bagi perjalanan Pilihan Raya Umum ke-14 setelah mengadakan Mesyuarat Khas berkaitannya pada hari yang sama. SPR telah menetapkan tarikh-tarikh seperti yang berikut:

Bagi menjalankan proses PRU14 ini, SPR telah melantik 222 orang Pegawai Pengurus Pilihan Raya. SPR juga menubuhkan 445 buah Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR).untuk tujuan memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen. Pada pilihan raya kali ini, seramai 259,391 orang petugas dilantik daripada kalangan orang awam untuk pengendalian proses PRU-14 manakala sebanyak 8,989 buah premis bangunan akan digunakan sebagai Pusat Mengundi yang mengandungi semua 28,995 Tempat Mengundi (Saluran) dan dianggarkan memerlukan belanjawan sebanyak RM500 juta,[16][17] lebih RM 100 juta daripada yang sebelumnya.

Daftar Pemilih Pilihan Raya PRU14 yang akan digunakan untuk PRU14 pula adalah yang berdaftar sehingga Suku Keempat Tahun 2017 yang mengandungi 14,940,624 orang. Pemilih berdaftar tersebut terdiri daripada:
  • Pemilih Biasa: 14,636,716 orang
  • Pemilih Awal (Tentera dan Pasangan/Polis): 300,255 orang
  • Pengundi Tidak Hadir Luar Negara: 3,653 orang


Keputusan Pilihan Raya


Di peringkat Parlimen, Pakatan Harapan berjaya memperoleh majoriti mudah apabila mendapat 122 kerusi parlimen, manakala Barisan Nasional mendapat 79 kerusi dan PAS mendapat 18 serta 3 kerusi dimenangi parti bebas.

Di peringkat negeri, Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan negeri di negeri Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Sabah. Manakala PAS berjaya membentuk kerajaan negeri di Terengganu dan Kelantan dan Barisan Nasional hanya membentuk kerajaan negeri di Pahang, Perlis dan Sarawak.

Isu dan Kontroversi

Penandaan semula

Parti pembangkang, pertubuhan bukan kerajaan dan juga ahli politik dari parti pemerintah menuduh kerajaan gerimander memihak kepada Barisan Nasional dalam penambakan semula sempadan pilihan raya. Kebanyakan sempadan yang baru dibuat semula tidak mempunyai jumlah pengedaran pengundi yang hampir sama. Badan pengawalseliaan pilihan raya di Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya, telah diketahui oleh reputasi teruk yang mengelilingi ketelusan, dan juga dituduh secara langsung dimanipulasi oleh kerajaan pemerintah sekarang.

Projek Integriti Pilihan Raya (EIP), sebuah projek akademik bebas yang berpusat di Universiti Harvard dan Universiti Sydney yang mengkaji integriti pilihan raya dan memberikan skor PEI (Persepsi Global Integriti Pemilihan) kepada negara-negara di seluruh dunia, telah dalam kertas penyelidikan terbarunya yang diterbitkan pada November 2017, menentukan dan mengutamakan integriti pilihan raya Malaysia di 142 dari 158 negara, di atas Zimbabwe (ke-143), Vietnam (ke-147) dan Afghanistan (ke-150).

Pembubaran PPBM



Sehari sebelum Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), Surayati Ibrahim telah membuat sidang media mengumumkan pembubaran sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Pihak JPPM telah mengeluarkan perintah pembubaran sementara berdasarkan notis mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966, kepada PPBM yang memperuntukkan PPBM diberi tempoh 30 hari untuk menghantar semua dokumen yang diperlukan JPPM dan jika ada rayuan dan ditolak, PPBM akan dibatalkan pendaftarannya.

PPBM, yang diwakili Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh kemudiannya memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan JPPM yang membubarkan sementara parti itu. Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, parti itu berhak berbuat demikian berikutan notis berkenaan tidak sampai kepada pihaknya secara rasmi dan hanya mengetahui mengenainya pembubaran sementara parti melalui khalayak.

Berikutan PRU yang menjelang tidak lama kemudian, Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa mereka tidak akan menyertai parti komponen lain dalam Pakatan Harapan berikutan pembubaran sementara parti itu. Ahli PPBM yang bertanding akan dinamakan sebagai calon bebas pada pilihan raya umum kali ini, di bawah logo yang digunakan oleh Pakatan Harapan.

Manifesto

Gabungan Pakatan Harapan telah melancarkan manifesto yang bertemakan "Membina Negara Memenuhi Harapan" untuk pilihan raya umum ke-14 pada 8 Mac 2018. Manifesto tersebut telah dilancarkan oleh calon perdana menteri mereka iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Konvesyen Ideal, Shah Alam di hadapan pimpinan PPBM, DAP, PKR dan Amanah. Manifesto yang menjanjikan 10 perkara, terutama meringankan beban rakyat dalam masa 100 hari pertama pentadbiran kerajaan PH itu terangkum dalam 5 teras utama Buku Harapan. Selain menenaraikan 10 janji dalam tempoh 100 hari, manifesto tersebut juga menyenaraikan 60 janji dalam tempoh lima tahun dan lima iltizam khusus.

Gagasan Sejahtera (GAGASAN) yang diterajui PAS pula melancarkan manifesto "Malaysia Sejahtera" pada 18 Mac 2018 dengan menawarkan 20 perkara utama bagi menghadapi PRU-14. Pengerusi GAGASAN, Datuk Seri Hadi Awang, berkata tawaran kepada kumpulan sasar itu dalam bentuk dasar dan penyelesaian bagi mengatasi bebanan rakyat dalam jangka masa pendek dan panjang.

Parti pemerintah Barisan Nasional telah membuat majlis pelancaran Manifesto BN, di Stadium Axiata Arena pada 7 April 2018. Manifesto yang bertemakan "Bersama BN Hebatkan Negaraku" itu dilancarkan sendiri oleh Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak. Manifesto BN untuk PRU kali ini menjadi inti pati aku janji yang terkandung dalam dokumen setebal 262 muka surat dan disifatkan oleh pucuk pimpiannya sebagai yang terbaik dan bersifat paling menyeluruh pernah dihasilkan. Berteraskan 14 tema utama merangkumi 365 inisiati, manifesto itu disifatkan mereka mampu menyentuh denyut nadi segenap lapisan masyarakat di negara ini yang sering dahagakan limpahan kesan pembangunan.

Sekian

Sumber : Wikipedia
Tags

Post a Comment

2Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!