Review Filem : Avengers Infinity War

Aerill Hassan
6
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sudah dua kali sebenarnya aku menonton filem ini di pawagam. Pertama kali adalah pada 27 April 2018 di Sunway Putra Mall Kuala Lumpur dan kali ke kedua adalah pada 1 Mei 2018 di KLCC. Kedua-dua kalinya , aku masih terasa kagum dan teruja dengan filem ini. Sepatutnya entri review ini keluar awal, tapi disebabkan tak nak memberi spoiler kepada peminat MCU dan juga mereka yang belum menontonnya , jadi aku publishkan entri ini lambat sedikit.

Ini adalah salah satu seruan daripada pengarah filem ini juga supaya tidak memberi spoiler atau ceritakan plot terlalu awal kepada orang lain.Jadi , kalau ada sesiapa yang memberi review atau spoiler terlampau awal contohnya dalam jangka masa seminggu selepas filem ini keluar , pastinya aku tak akan baca. Alhamdulillah , sekarang sudah lebih seminggu filem ini ditayangkan di Malaysia maka aku rasa ianya masa yang sesuai untuk publishkan entri ini.


1. PLOT


Padat dengan babak - babak penting. Tak boleh terlelap atau terlepas pandang. Semuanya berlaku dengan pantas. Walaupun sebenarnya aku sendiri tak puas , sebab ada beberapa babak yang boleh dikembangkan tetapi mungkin sebab filem ini hanya 146 minit sahaja. Kepada yang tertanya - tanya kenapa filem ini bermula dengan babak-babak sekian , bolehlah baca komik Prelude Avengers Infinity War. Ada dua siri dalam prelude itu yang ceritakan tentang apa yang berlaku selepas Thor Ragnarok , Civil War , Black Panther , Doctor Strange.

Ada beberapa babak dalam filem ini membuatkan aku "ternganga mulut" sebab terpaku. Contohnya kemunculan Captain America , Black Widow , Falcon yang menolong Vision dan Scarlet Witch di Scotland. Satu lagi contoh ketika Scarlet Witch dah berjaya menghapuskan Mind Stone di Vision , tetapi Thanos berjaya memutar kembali masa menggunakan Time Stone.

Babak yang membuatkan aku sedih dan keluarkan air mata , contohnya ketika Loki mati, Gamora ditolak ke gaung , Spider-man di penghujung nyawanya. Satu lagi adalah babak ketika Scarlet With sedang berusaha hapuskan mind stone dan juga bertarumg dengan Thanos. Nampak emosi yang ditunjukkan Scarlet Witch sangatlah jujur.

Babak yang membuatkan aku ketawa sangatlah banyak. Contohnya ketika Gamora sedang mengurut otot Thor. Juga babak Bruce di dalam Hulkbuster yang terjatuh , kemudian muncul wajah Okoye.


2. CGI

Terbaik tetapi masih ada kelemahan terutamanya di babak Bruce Banner di dalam Hulkbuster ketika di hujungt filem ini. CGI bagi babak-babak lain rasanya di tahap baik. CGI di babak lain sangat mantap dan kelihatan hamnpir sempurna.

3. KARAKTER




Thanos , penjahat terbaik dalam kesemua Marvel filem. Lebih baik daripada Killmonger dalam Black Panther. Kisah mengenai hidupnya, semuanya sangat terbaik bagi seorang penjahat.

Thor , yang kehilangan kesemua yang disayangi. Star Lord yang kehilangan Gamora. Bruce Banner yang sukar untuk kembali menjadi Hulk. Tony Stark yang trauma akibat kejadian di New York  sehingga kini.

Apa yang menarik adalah apabila pertembungan sesama karakter berlaku. Contohnya ketika Guardians bertembung dengan Avengers di Planet Titan. Juga ketika Thor , Groot dan Rocket Racoon yang datang ke bumi melalui bifrost hammer baru Thor.

4. MUZIK

Susunan muzik mantap. Banyak elemen orchestra di dalam filem. Muzik seperti muzik bagi filem fantasi. Contohnya babak Shuri sedang "merawat" Vision. Tahniah Alan Silvestri , anda sememangnya seorang komposer filem terbaik di zaman ini. Banyak juga filem Marvel yang menggunakan khidmat beliau sebagai komposer muzik.


ISU 

1. SPOILER & INSTASTORY

Perbuatan sangat keji bila mana ada indvidu yang menyebarkan plot cerita kepada orang yang belum melihat. Mungkin mereka tak tahu yang Pengarah filem dah memberi amaran sebelum ini. #ThanosDemandsYourSilence

Perbuatan mengupload Instastory ketika menonton wayang juga merupakan salah satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan. Pertama , melanggar peraturan dalam pawagam. Kedua , melanggar hak cipta filen itu.Tetapi ada pulak selebriti Malaysia yang kononnya menganggap instastory merupakan salah satu cara marketing. #selebritibodoh

2. ENDING TERGANTUNG




Ada pulak komen mengenai ending tergantung dan sebagainya. Rasanya untuk sesiapa yang nak tonton filem ini harus dan wajib "study" dulu mengenai keseluruhan Marvel Cinematic Universe (MCU). Rajin-rajin membaca. Kalau tak dapat nak tonton filem-filen MCU sebelum ini , anda bolehlah membaca di wikipedia. Itu pun sudah memadai.

Sebab apa? MCU bermula pada tahun 2008. Jadi , jika anda tonton kesemua 18 filen terdahulu , pastinya anda akan tahu dan faham mengenai beberapa babak yang terdapat di dalam filem ini. Contohnya babak ketika Thanos dan Gamora mencari Soul Stone di Vadmir. Ada watak Red Skull di situ , Red Skull sebenarnya watak di dalam filem Captain America: The First Avengers , di mana watak itu dihantar ke angkasa oleh Tesseract iaitu Space Stone yg merupakan infinity stone pertama yang muncul dalam MCU.

......................................................................................................



Apa yang aku boleh katakan adalah filem ini merupakan filem terbaik MCU yang pernah ada setakat ini. Buat pertama kalinya Avengers tidak menang. Kalau sebelum ini dalam dua filem Avengers terdahulu, di penghujung Avengers pastinya mereka dapat kalahkan penjahat. Tetapi kali ini berbeza dan menunjukkan bahawa penjahat kali ini sangatlah jahat dan kuat.

Tahniah diucapkan kepada pengarah filem ini iaitu Joe dan Anthory Russo kerana berjaya menghasilkan sebuah naskhah terbaik di zaman ini. Tiada filem lain yang dapat melawan kekuatan filem ini. Juga kepada pelakon-pelakon di dalam filem ini yang begitu baik lakonannya.

Sekian.

Post a Comment

6Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Lepas Spiderman, Infinity Wars memang best nak layan. Tapi part hujung tu haihhh emosinya :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.. mmg dihujungnya sebegitu rupa utk filem selepasnya

      Delete
  2. tak layan lagi..but tertanya-tanya artis mana lah yang anggap instastory tu salah satu cara marketing, aku harap hahahaha... #selebritibodoh memang kena sangat ahh

    Erni Hasmiza

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!