Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sumber Gambar : Google Image
Sumber : Malaysian Digest
Mencari kerja di zaman ini adalah suatu perkara yang sangat mudah. Pelbagai laman web disediakan sebagai suatu tempat untuk graduan dan juga mereka yang belum mempunyai kerja untuk mencari kerja dengan mudah dan cepat. Tetapi , awas kerana ada beberapa pekerjaan yang ditawarkan mempunyai niat jahat atau scam. Ada beberapa kes ditipu ketiga ditemuduga. Untuk megetahui lebih lanjut, jom baca 5 kisah graduan ditipu ketika ditemuduga.
Kisah Pertama: Sesi Temuduga Atas Katil
SABAK BERNAM - Gerak hati seorang ibu berjaya menyelamatkan seorang anaknya dan beberapa mangsa lain daripada menjadi mangsa sindiket penipuan kononnya mereka dijanjikan tawaran kerja dalam sebuah syarikat perkapalan pelancongan dengan memperoleh pendapatan USD2,500 sebulan.
Kegiatan kira-kira jam 1 tengah hari kelmarin itu terbongkar setelah ibu mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Aifa, 47, berasa curiga selepas anaknya yang baru selesai menjalani temuduga pulang ke rumah dalam keadaan gelisah.
Aifa berkata, anak lelakinya berusia 23 tahun itu memiliki diploma dalam bidang kulinari hadir ke temuduga itu bagi memohon jawatan chef seperti tawaran pekerjaan yang terdapat dalam risalah diperoleh daripada seorang rakannya sejak Oktober lalu.
“Anak saya pergi pagi (kelmarin), dalam setengah jam, dia dah balik semula ke rumah.
“Saya tanya dia macam mana temuduga tadi (kelmarin), dia kata agak mencurigakan sebab penemuduga tak minta rekod kesihatan dan tak tengok resume, sebaliknya hanya minta RM400 semata-mata,” katanya.
Dia kemudiannya bertanya lanjut dan anaknya itu menjelaskan sesi temuduga itu berlangsung di sebuah bilik hotel di Sungai Besar dengan dua penemuduga duduk di atas katil, sementara lima pemohon dipanggil serentak masuk ke dalam bilik hotel berkenaan.
Aifa memberitahu, dia kemudiannya ‘memasang umpan’ dengan meminta anaknya itu menghubungi salah seorang penemuduga kononnya tiga lagi rakannya berminat untuk bekerja di syarikat berkenaan.
“Selepas tahu mereka (penemuduga) berada di sana, saya dan anak terus ke hotel dan bila sampai saya terus naik ke tingkat satu dan jumpa dua lelaki di koridor luar.
“Bila saya tanya, mereka banyak berdalih termasuk gagal buktikan mereka daripada syarikat perkapalan berkenaan,” katanya.
Aifa menjelaskan, anaknya itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Sungai Besar, pada hari sama.
Seorang mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, dia hanya menyedari ditipu selepas salah seorang rakannya menghubunginya memaklumkan tiga lelaki itu diberkas polis.
“Saya sempat bayar RM400 masa temuduga tu, mereka kata kononnya nak ubah kehidupan saya daripada pekerja kampung kepada berpendapatan tinggi.
“Tak sangka saya kena tipu. Saya harap polis dapat ambil tindakan tegas...sanggup mereka songlap duit orang yang amat memerlukan pekerjaan,” katanya.
Seorang lagi mangsa, Mohd Farid Abd Rahman, 37, berkata, dia nyaris ditipu, namun akibat syarat-syarat tidak logik dikenakan, dia mula berasa sangsi terhadap lelaki terbabit.
“Dalam surat tawaran kata kena bayar RM300 saja, tapi bila saya sampai sana (tempat temuduga), mereka minta RM400 pula.
“Saya jadi keliru dan ambil keputusan tak mahu bayar dan balik ke rumah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa mengesahkan kejadian itu sambil memberitahu tiga suspek berusia 61, 65 dan 66 itu ditahan reman bagi membantu siasatan.
“Polis masih jalankan siasatan lanjut berhubung kes ini. Sidang media mengenainya akan diadakan Isnin ini,” katanya.
Semalam, video berdurasi 1:59 saat menunjukkan tiga lelaki yang sedang duduk di kerusi panjang di sebuah hotel di Sungai Besar dipercayai baru sahaja ‘kantoi’ selepas kegiatan mereka menipu pencari kerja disebar di Facebook.
Seramai 17,000 menonton video itu, manakala sebanyak 164 perkongsian dan mendapat sebanyak 304 'like' pada sebuah akuan Facebook popular di Sungai Besar.
Sumber : Malaysian Digest
Kisah Kedua: Awas Fresh Grads Jangan Terpedaya!
Sumber Gambar : Google Image
Selepas beberapa bulan habis belajar, aku mendapat beberapa panggilan job inteview. Aku berharap untuk bekerja di sekitar KL/Selangor pada masa itu. Pada suatu hari, aku dapat panggilan interview. Mereka kata mereka dapat resume aku daripada jobstreet sedangkan aku tak mohon pun. Sebagai fresh grads yang tak ada pengalaman, itu suatu berita gembira untuk aku. Aku tanya ini company apa, mereka kata mereka servicing company. Okay, aku yang dungu ni pun pergi interview sebab ada interview lain di Bangsar.
Pada hari interview, aku call company untuk minta tunjuk arah ke company. Kedudukan lokasi company di Tingkat 7, Blok 2A Plaza Sentral berdekatan Menara UEM, Stesen Sentral (Kl Sentral). Bila sampai di bangunan tu, aku cari direktori nama company yang ada di blok itu. Aku jumpa 3i Infotech. Tapi aku interview bukan company tu. Soalan interview cukup senang sebab mereka cuma bertanyakan mengenai family background je. Aku memang doa supaya dapat tempat kerja yang senang nak pi boleh baik public transport. Allah makbulkan dan dapat kerja.
First day datang kerja, satu batch yang masuk sama dengan aku duduk dalam bilik meeting. Manager dan assistant manager yang begitu ramah bagi briefing pasal company. Dia kata first week adalah training dan untuk first week company tak bayar gaji. Btw dia tawarkan gaji dari RM 2000-RM2800. Aku minta RM2500, dapat dengan position as Admin Executive. Manager, Emy kata company adalah menjalankan currency exchange investment (senang cerita forex investment). Hari2 aku disitu akan print graph, tanda graph 'High', 'Low', garis2, kena tahu theory sell and buy.
Ms Emy kata kerja kami adalah assist manager dan tak akan jumpa client. Kami kena sediakan proposal, come out with strategies. Selepas beberapa hari disitu, para manager akan push orang baru untuk kononnya tolong orang terdekat dengan mereka (ibu bapa, adik beradik, kawan rapat) secara financially dengan buat investment ni. Disebabkan kononnya kami ni company yang bekerja sbg customer service untuk HSBC Hong Kong (jual produk HSBC HK), bila kami yang handle account (ada orang buat investment dan kita handle investment tu), staff akan dapat Transaction Fee (baca:komisen) Konon minimum TF boleh dapat sebulan RM4000.
Part lawak bila kata gaji staff dibayar oleh Microsoft sebab untuk buat sell/buy dalam investment ni guna Microsoft Silverlight. Padahal sebenarnya Microsoft Silverlight untuk buat editing amenda ntah. Tak ada kena mengenai dengan investment tu. Kita orang dipush dan di-psycho gila2 untuk ada client. Untuk buat investment dengan harga staff (konon kita orang staff), RM 100,000. Manager akan tolong beri solution untuk kita untuk dapatkan client. Bila manager ni tak dapat membantu, manager lain datang kat kita bagi solution lain.
Setiap malam manager akan call tanya update kita sama ada kita dah berjaya dapat client ke belum. Waktu cuti pun call, mesej. Aku yang selalu tak ada credit ni tak reply mesej. Fon pun buat hal masa tu, aku pernah angkat sekali je. Malam2 lain aku sengaja tak angkat sebab rasa menyampah yang amat. Waktu lunch hour, aku tak dibenarkan berbual2 dan jalan2 sama dengan satu batch masuk dengan aku. Kebetulan awal2 dulu kita orang sempat kenal2. Kita orang ada kwn yang sama. Btw kat situ, orang baru memang tak dibenarkan untuk contact sesama sendiri.
Kawan aku call aku mengadu stress kerja kt situ. Rupanya bukan dia je stress, aku pun! Kita orang ragui banyak benda dengan company ni sebab sampai kita orang berhenti kerja, kita orang tak tahu nama company tu apa. Serius! Kita orang selalu diugut, ingat kita orang boleh kerja ke kat situ kalau tak ada account. Senior staff kat situ konon semua ada account dan tolong family dia orang banyak. Depa selalu cerita beli barang mahal2, shopping ribu2. Akhirnya aku decide berhenti.
Hari terakhir aku kat situ, aku baru tau classmate degree pun kerja kat situ tapi kita orang tak sempat cakap pape. Sampai satu masa, classmate aku tu whatsapp aku cakap stress kerja situ. Dia tanya manager kat situ mana aku, dia orang kata aku dah handle account, sebab tu tak ada kt office. Gila Menipu! Celah mana aku nak dapat rm100000? Walaupun aku hampir menjerumuskan seseorang dan siap minta buat loan weh! Gilaaaa! Lepas balik Johor, aku baru tahu nama sebenar scam company ni sebab classmate aku tu bagitau, dia baca daripada blog. Nama company ni tukar2, Pro Infinity la, Binary Indulgence la.
Bila aku fikir2 balik, ni memang pengalaman untuk aku. Kebetulan masa tu, fon aku rosak sebenarnya, aku tak boleh nk google lebih2 pasal company ni masa tu. Harapnya bilangan mangsa penipuan tak bertambah terutamanya dalam kalangan fresh grads. Cukuplah aku dah rasa, korang tak payah!
Dibawah gambar staff yang banyak mempermainkan perasaan orang terutamanya fresh grads.ciskek.huhu (*btw gambar ambil dari blog).
Mohon sebarkan kepada semua supaya tidak terperangkap dengan scam company. Jazakumullahu khairan.
Sumber : Apa Abdul Aziz
Kisah Ketiga: Binary Indulgence Penipu!
Sumber Gambar : Google Image
Family kami ditipu in total RM 187000. Modus operandi sama. Start dengan akak dapat peluang interview dengan syarikat BINARY INDULGENCE di KL Plaza. Masa interview ada soalan tentang background family. Ayah cikgu mak baru pencen cikgu. Memang target dorang.
Akak mula kerja kena mental psycho, tak boleh berinteraksi sesama pekerja. Tak boleh bertukar nombor handphone. Manager and pihak atasan monitor tingkah laku. Pekerja baru seperti akak saya akan ditawarkan dengan janji janji lumayan seperti jika berjaya dapatkan client secepat mungkin dalam waktu waktu tertentu akan diberi insentif sehingga 8K. Di pujuk supaya menarik family terdekat untuk melabur dengan jumlah minimum. Family mula terpengaruh dengan melabur 50K USD ataupun waktu itu RM 160K.
To cut the story short mula mula ada la untung sikit sikit 2-3K and client pun syok. Sehingga last sekali account tak dapat diselamatkan dan untuk active balik account client kena tambah at least 60K dalam masa hanya beberapa hari atau broker akan close account and duit lebur. Itu la terjadi pada family. Tak ada duit lagi untuk ditambah, account lebur macam tu. Konon HQ hong kong yang uruskan. Company tak boleh buat apa apa. Tapi bila disemak semua scam!!!
Report telah dibuat pada polis, security comission and bank negara. Surprisingly pihak pihak berwajib ni pun cakap susah nak dakwa sindiket ni sebab tak ada undang undang yang betul betul relate dengan dorang. But polis semua bagi jaminan mereka akan tetap siasat. Kami sempat sekeluarga pergi bambu geng geng ni tapi macam orang tak bersalah je anjing anjing ni cakap.
And beware target depa mostly from my sister observation is fresh graduate yang berlatar belakang kan family government servant especially yang ada pencen ada duit pampasan and all that. Too sad most yang kena melayu islam!!! Hopefully kurang orang yang akan tertipu dengan puak puak ni lepas ini. If you ever encounter one of the pig in the photo, beware and immediately keep yourself far far far away...
Sumber : Farahdoodles
Kisah Keempat: Scammed Company: Beware!
Sumber Gambar : Google Image
Assalamualaikum wbt
Aku saja buat blog sebab nak share dengan korang pasal pengalaman berkenaan scammed company. Benda ni dah banyak terjadi dah dekat orang awam cuma pada awalnya ramai yang tak sedar. Aku pun biasa dengar benda ni dari member-member aku cuma biasanya aku tak amek port sampai la benda ni terjadi dekat kakak aku sendiri.
Yang kakak aku kena ni pasal forex investment la. Kakak aku apply job dekat Jobstreet then ada satu hari tu sorang perenpuan ni call minta datang interview dekat Plaza Sentral KL. Position yg ditawarkan pulak admin exec. Hah memang sesuai la dengan kakak aku yg study business admin masa degree dulu. Yang dia ni pun pergi la gigih drive dari JB ni KL sana semata-mata nak pergi interview. Before pergi interview tu ada la search pasal company ni tapi tak jumpa info. Bila email minta company details, pun tak dibagi. Perghh dah pelik dah kat situ.
So tak lama lepas interview tu dlm masa seminggu kakak aku dpt panggilan kononnya dia dpt job tu. Punya la suka, sebab ni first time dia pergi interview and terus dpt kerja. Korang tahu tak perasaan bila korang dah banyak kali pergi interview kerja sana sini and end up korang tak dpt pun job tu and tetiba interview yang ni korang lulus pulak. faham tak? Mesti la excited gila kan. So kakak aku pun pergi la. Dia duduk rumah cousin kitorang dekat Setiawangsa, kira senang la nak pergi kerja naik LRT je.
1st day masuk kerja dia kata ada training 3 hari tanpa elaun. Bila dah 3 hari training kononnya kena tambah lagi sampai 8 hari. And offer letter hanya akan diberi bila kau dah tamat training. And yg paling tak bestnya masa training tu takde elaun pun. Mak aku power la jugak pasal hal-hal admin ni, cakap tak patut la buat macma tu sebab company wajar bagi elaun or sediakan makan ke apa. Tapi kakak aku ni redha je nak kerja jugak. Sampai la dia terbaca satu blog ni pasal foreign exchange scammed and nama company dia ada disebut-sebut dalam comment dekat blog tu. Lepas tu kakak aku terus berhenti lepas dah 5 hari training. Pagi tu manager dia call kenapa tak dtg office, kakak aku ckp je dia nak berhenti and manager dia relax je.
Based on kakak aku punya story, dia cakap kerja yg dia buat tu takde kena mengena langsung dgn ilmu admin yg dia belajar. 1st day masuk kerja dah kena analyse graph. Kononnya syarikat ini buat forex consultancy la, so kakak aku kena tahu pasal graph ni semua so that nanti senang nak consult client. Trainee pulak semua disogok dgn peluang kenaikan gaji yg tinggi la, office trip ke oversea la, bonus tinggi la. Sapa tak kagum oii! So kerja je la even rasa pelik kan.
Pastu based on manager dia, kakak aku tak payah cari client pun. Just stay dalam company and client tu nanti terdiri drpd family member pekerja dlm company tu jugak. Ye la mana taknya, setiap hari call, message tanya ada tak bgtau pasal forex dekat family member semua. Diorang berminat tak nak join. Siap tanya parents kerja apa. Pernah buat gov loan dgn bank tak. Cousin aku kerja apa. Stay dekat mana. Kejadah woiii!!!
And yg paling tak menahan sekali bila masa kerja trainee masing-masing diguide oleh manager. So takde kesempatan nak tukar no phone, FB, Twitter semua. Nak ke toilet pun kena iring. Kau hado? Bila nak balik pulak, asing-asing. Sorang-sorang kena panggil masuk dlm bilik manager lagi satu, then bila dah habis terus je balik. So takde kesempatan la nak tegur menegur dgn kawan-kawan yg lain ni. Plus, bila makan pun manager ni duduk sekali. Lepas tu dok story pasal family dia yg berjaya dlm forex ni konon and minta kakak aku join or cari client cepat. Kiranya kalau takde client takkan dibayar gaji. Kejam tak?
Company yg kakak aku kena ni Binary Indulgence / B Indulgence dekat Suite 2A, Tingkat 7, Plaza Sentral. Byk je company lain yg buat kes macam ni contohnya Real Ingenious, Dynamic Wise, Titan Benchmark. And yg tak bestnya, mangsa penipuan ni kebanyakkannya MELAYU. Tapi aku rasa la Melayu je kot yg kena. Tak pernah pulak aku baca ada kaum lain yg tertipu dgn kes-kes macam ni.
So aku harap korang yg dekat luar sana tu jgn la excited sgt bila dpt kerja tu. Buat research sikit pasal company tu. So that tak jadi macam kakak aku ni. Sekarang dah menganggur balik. Aku harap dia cepat-cepat la dapat kerja.
Sumber : Amir Mohd Adham
Kisah Kelima: Binary Sdn Bhd penipu!
Sumber Gambar : Google Image
I've been having a bad feeling about this. Gile lah. Mmg i ada apply for this job dekat jobstreet. I apply jumaat pagi around 11am then ptg around 3pm dah ada orang call. Untuk orang yang jobless lepas degree ni kira mcm the best feeling i've ever had lah. Excited lah konon2 sebab mcm bestnyaaaaa orang panggil interview. Sekali nah...
Mula2 dorg call i ada tanya ni comp apa tapi tak jawab..then 2nd time tu sbb dia nak bagi location semua, dia call lagi. I tanya lagi "kenape tak de pun info pasal company ni online? How i nak prepare utk interview kalau i tak de company background?" Then org tu ckp aah companyni mmg tak de website and so on..kat situ i dah pelik..mcm why on earth kau ada company tapi kau tak de website at all? Buat twitter pun jadi la..fb page ke..ni mmg totally none..tapi tak pe..terus kan jugak..
Then orang tu pesan suruh bawa sijil original and copy, bawa copy IC, gambar passport satu. Kat situ aku pelik lagi sekali..sebabnya..mcm details sangat benda2 yang kau nak..mmg tak pelik company mintak ic fotostat n gambar..but untuk company yang aku sendiri tak tau tu company apa, bagi aku yang tu pelik..
Another pelikness of this company ialah..masa aku tanya ni company apa, dorg mcm gagap2 nak jawab..masa tanya company ni kat mana, alamat dia apa, org yang call aku tu cakap dia akan call balik..sebab aku rasa maybe dia nak check dulu aku ni org yang nak dtg interview or orang yang maybe boleh sense kerja scam dorg. Pelik kan? If you have nothing to hide kenapa mcm menggelabah? Mmg fishy gila lah perangai2.
Aku ada sorg kawan kerja kat building sama Block 2A KL sentral. Company ni punya alamat is PLAZA SENTRAL, KL SENTRAL, BLOCK 2A, TINGKAT 7 UNIT 1. So kawan aku tanya la..aku bakal interview kat company IT ke sebab all she knows kat level tu is IT company (based on kl sentral punya floor guide la). So aku mcm still tak sedap hati..aku google IT company yang claimed to be on that ith floor. It turn out to be company tu punya alamat betul..company IT tu pun legal. Its just unit 7-1..bukan lah 7-1 and 7-2..kat situ dah tau dah..si Binary Sdn Bhd ni tipu..
Aku punya la paranoid. Bangun subuh hari yang nak pegi interview tu, aku siap mintak doa, kalau betul la company tu tipu, show me the way ya Allah..(lebih kurang la aku doa gitu) hahahaha. Sekali aku tergerak nak pg google lagi..semua aku try..alamat, nama company n so on..pastu terjumpa la blog en amir ni...mmg mcm..menyumpah2 aku baca..macam nak pg bom ah tempat tu..hahaha..siot betul..aku baru fefeeling nak dpt kerja..so kesimpulannya..aku tak pg pun interview tu..sebab mmg fishy gila benda2 yang jadi ni..thank you sebab share!
Maaf sebab post panjang..luahan perasaan..hehehe! So pleaseee and please beware! Dont simply give your photocopy IC or your certs without checking on the background first!
Sumber : Buasir Otak
Kepada anda yang masih mencari kerja, cuba selidik dan membuat kajian terlebih dahulu berkenaan syarikat yang menawarkan kita temuduga. In shaa Allah dari situ anda akan dapat lihat sama ada syarikat itu benar-benar baik atau tidak. Anda mempunyai kisah anda tersendiri? Share di bahagian komen.
Baca Juga : 18 Laman Web Cari Kerja Terbaik 2018
Sekian
Kesian kan pada mangsa yang terkena kes macam ni.. :(
ReplyDeleteitulah pasal.. mmg jahat company yg buat hal ni..
Deletemcm2 sekarang ni.. org ssh nak cari kerja.. ada pula yg ambil kesempatan..
ReplyDeletebetul tu. kena pandai2 jaga diri..
Delete