Assalamualaikum dan salam sejahtera
Salam, kali ni aku nak berkongsi pengalaman yang tidak aku lupakan hingga hari ini. Isteri aku sampai hari ini dia meremang bulu roma bila teringat kejadian tu.
Kejadian ini berlaku pada penghujung tahun 2006. Pada hari itu, aku menghadiri Majlis Konvokesyen di UiTM Shah Alam. Majlis Konvokesyen ditemani oleh isteri dan keluarga. Selesai urusan konvokesyen, aku bertolak dari Shah Alam ke Temerloh untuk menghantar keluargaku sebelum bertolak ke Kuantan bagi menghadiri sesi temuduga di Taman Indera Mahkota, Kuantan pada keesokannya.
Lebih kurang pukul 12.00 malam, aku bertolak dari rumahku di Temerloh untuk ke Kuantan. Pada hematku, perjalanan aku lebih kurang 2 jam sahaja. Melepasi tol Temerloh, kemudian membelok ke Kuantan, tiada apa yang luarbiasa kecuali perut aku yang lapar. Silapku juga tidak makan di rumah sebelum bertolak. Disebabkan ada R&R, aku abaikan sesalan aku.
R&R Temerloh
R&R Temerloh hanya lebih kurang 3 km dari Tol Temerloh. Kerana aku baru bertolak, aku keberatan untuk singgah di Temerloh. Aku teruskan perjalanan. Isteriku dikerusi kelindan tidur kerana mengantuk. Aku pula duk melayan pemanduan, sambil memandu kepala aku mula bergiang cerita-cerita 'istimewa' yang diceritakan geng penarik kereta di Temerloh. Ada yang jumpa orang jual satay di tepi highway, beli satay kemudian bila pergi di hari lain tiada tanda atau orang berniaga di situ. Selain itu, cerita-cerita mengerikan tentang kemalangan-kemalangan yang berlaku di Highway Pantai Timur turut bermain di kepala.
Berbalik kepada realiti masa itu, aku mula rasa mengantuk. Mungkin keletihan seharian berkonvokesyen. Perut pun lapar. Jadi, aku plan nak singgah R&R 'besar' seterusnya. Sepanjang perjalanan tu, aku mulalah menggatal cari benda-benda pelik. Aku nampak api terbang di tingkap kelindan, tapi aku fikir tu mungkin reflection lampu. Tapi mungkin juga 'konon nampak'.
Dipendekkan cerita, aku nampak R&R di hadapan. Mata mengantuk, perut dah lapar..apa lagi 'berhenti sebentar di R&R' lah. Kalau tak silap aku, lebih kurang 1:30 pagi aku berhenti di R&R tu. Aku kejutkan isteri aku, memberitahu kami dah sampai di R&R.
R&R mana?
R&R mana? Aku tak tau! Yang penting ada kereta parking, ada orang, dan kedai buka. Tapi tak semua kedai buka, ada lebih kurang enam @ tujuh daripada deretan kedai yang buka. Tapi yang menarik perhatian aku adalah kedai di tengah-tengah, kedai tu memasak sup yang aromanya sungguhhhhh sedap dan dia masak di depan kedai, bukan di dalam kedai. Depan kedai? Luarbiasa dalam hari aku. Yang masak sup tu aku nampak seorang lelaki berkopiah, umurnya lebih kurang 45-50 , duk menggaul sup tu dengan menggunakan sudip atau penggaul dodol. Sup tu dimasak dalam periuk besar untuk kenduri!
Favorite isteri aku mee sup, dan aku pulak tergoda dengan sup tu. Jadi kami pun order 'Mee Sup dua!!". Seriously sedap. Sampai sekarang teringat lagi sedapnya sup tu. Selesai makan, aku mengantuk. Aku bagitahu isteriku yang aku nak rehat dan tidur di dalam kereta. Tertidur seketika. Kemudian isteri aku kejutkan aku dalam keadaan kelam kabut. Terkejutlah kan! Ingatkan ada apa, dia bagitahu dah pukul 3.00 pagi. Jom bertolak.
Bertolak ke Kuantan
Aku ambil air mineral untuk segarkan muka dan kepala aku. Kemudian, bertolak dari R&R. Masih lagi mengantuk, tapi sepanjang umur aku, belum pernah aku terlalu mengantuk untuk memandu. Jadi aku teruskan perjalanan. Tapi......... malam itu, sememangnya aku terlalu mengantuk. Malam yang gelap, dengan kereta yang jarang-jarang nak ada...sebelum nak melalui satu jejantas....mata aku gelap, tak nampak apa.. terkejut aku, aku tertekan pedal minyak sekuat hati, kemudian terlanggar sesuatu, aku dan isteri terhantuk ke cermin hadapan, dan terlihat cahaya lampu yang terang benderang dari hadapan.
MasyaAllah
Aku terlanggar divider tengah, betul-betul di bawah jambatan. Cahaya terang benderang tu adalah treler panjang di laluan bertentangan. Allah s.w.t masih panjangkan umur aku dan isteri. Nasib baik ada pembahagi jalan, kalau tidak...
Aku turun dari kereta, setelah melihat tiada kereta dari haluan yang sama. Keadaan kereta aku masa tu - Hood depan kemek, manakala allignment rim/tayar kereta depan & kanan lari ke kanan. Aku gagahkan perjalanan dengan keadaan tayar sebegitu sampailah ke Kuantan.
Selepas Kejadian
Kejadian kemalangan itu adalah kemalangan pertama aku. Jadi kejadian tu masih bermain diingatan aku. Selepas kejadian tu, aku cuba menunjukkan kepada kawan/keluarga tempat kejadian tu dan mencari R&R yang aku singgah sebelum itu.
Tapi......sampai hari ini aku tidak jumpa!!!!
Jadi R&R apakah ini?
R&R Makhluk Halus ?
Sekian.
Aku menyaksikan dan melalui pengalaman ini bersama isteri aku.
Lokasi kemalangan adalah di Lebuhraya Pantai Timur, menghala ke Kuantan, sempadan Maran-Kuantan, ada jejantas, laluan membelok ke kiri.
Seram sebenarnya perjalanan waktu mlm ni..lagi2 bila jalan lengang..Allahu.
ReplyDeleteitu lah pasal... kalau saya mmg tak la nak keluar//
DeletePernah dengar cerita2 misteri macam ni.
ReplyDeleteApalah sup yang dimakan tu ek
ntahlah... haha :P
DeleteAda lagi satu R&R kalau nak cuba, terletak kat Tasik Raban, Perak. tempat ni dah lama tutup, tapi adakalanya ia buka. Kejadian berlaku waktu malam juga.
ReplyDeleteSampai la ni, saya cuba lalu kat situ, kot-kot dapat jumpa, tapi hampa!
Tasik Raban? Okay lepas ni nak cari lah, minta2 dapat jumpa :)
Delete