Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pada dua malam sebelum raya , akud an adik beradik aku keluar ke bandar Kulim untuk membeli beberapa lagi barang yang masih lagi belum cukup untuk persiapan raya. Pada mulanya kami merancang nak ke Kulim Central. Jangkaan kami adalah trafik tidak banyak kerana ramai yang masih belum pulang ke kampung.
Ternyata jangkaan itu salah! Di depan kawasan jalan Desa Aman ,sudah banyak kereta yang berpusu-pusu melalui jalan itu. Maklumlah itukan satu-satunya jalan dari Utara nak ke bahagian Timur.Nampaknya terpaksa menggunakan jalan di bahagian belakang yang gelap dan tidak berlampu. Jalan ini tak ramai yang tahu.
Setibanya di kawasan Kulim Central , kereta sangat banyak dan jalan jammed. Maka, kami membatalkan niat untuk ke situ dan meneruskan perjalanan ke Tesco Kulim. Alhamdulillah , di Tesco Kulim tidaklah seramai di Kulim Central. Dalam pukul 12 malam juga kami pulang ke rumah setelah selesai membeli barang.
....................................................................
Pada malam raya pula, setelah selesai semua tugas-tugas menyiapkan makanan dan membersihkan rumah, kami sekeluarga keluar ke pekan Kuala Ketil untuk merasai kemeriahan jualan pada malam raya. Seperti biasa, jalan sangatlah penuh dengan kereta dan motor. Kami terpaksa letak kereta di tempat yang jauh hampir 500 meter daripada tempat yang menjual barangan .
Di tempat jualan itu pula, penuh dengan orang ramai yang sibuk membuat pembelian saat-saat akhir. Walaubagaimanapun harganya masih sama mahal seperti malam-malam sebelum ini. Mungkin selepas 12.00 malam harganya akan berbeza.
Apa-apa pun aku suka bila mana kemeriahan untuk meraikan raya itu masih ada. Suka dan gembira melihat kegembiraan semua orang. Alhamdulillah.
Sekian.
Seronok bila masih ada suasana hari raya, tempat aku tahun ni hambar je, lampu raya pun jarang2 tpasang, tak seperti tahun2 lps. Anyway, slmt hari raya dan smoga gembira sejahters disamping keluarga Ril 😊😊😊
ReplyDelete