Lin Dan Ancaman Utama Buat Dato Lee Chong Wei

Aerill Hassan
4


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Juara bertahan , Lin Dan antara pemain yang perlu diberi tumpuan pada Terbuka Malaysia yang bermula 26 Jun hingga 7 Julai ini di Arena Axiata Bukit Jalil dengan dia dilihat terdesak mempertahankan kejuaraan dimenangi tahun lalu bagi memperbaiki ranking dunianya. Bintang sensasi China itu semakin kesuntukan masa untuk memperbaiki kedudukan ranking bagi membolehkan dia beraksi pada temasya Sukan Asia 2018 di Jakarta, Indonesia Ogos depan.

Dia yang ketika ini menghuni ranking ke-10 dunia adalah pemain ketiga terbaik China di belakang Shi Yuqi yang menghuni kedudukan ketiga dunia diikuti Chen Long kelima. Hanya dua pemain saja boleh disenaraikan setiap negara bagi beraksi dalam saingan individu pada temasya yang berlangsung empat tahun sekali itu.

Jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan berkata, berdasarkan prestasi dan semangat yang ditunjukkan Lin Dan, ia membuktikan juara dunia lima kali itu mengambil serius dalam setiap kejohanan disertainya.



"Kalau kita lihat pada situasi semasa Lin Dan, dia menyertai Terbuka New Zealand dan menjadi juara. Dia juga akan beraksi pada Terbuka Amerika Syarikat (minggu depan). Jadi, ini membuktikan yang dia benar-benar mahu memperbaiki kedudukan rankingnya kerana Sukan Asia hanya dua wakil saja boleh beraksi dalam saingan individu. Situasi ini pastinya akan menyaksikan dia memberikan yang terbaik pada Terbuka Malaysia, apatah lagi dia adalah juara bertahan. Sudah pasti kelibatnya nanti akan menjadi tumpuan." kata Hendrawan.

Pada edisi tahun lalu , Lin Dan merekodkan gelaran pertama Terbuka Malaysia selepas menewaskan  jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dalam aksi final yang berlangsung di Kuching, Sarawak. Sementara itu, mengulas mengenai anak didiknya, Chong Wei yang menerima undian sukar pada Terbuka Malaysia kali ini, Hendrawan menyifatkan ia adalah ujian terbaik buat pemain berusia 36 tahun itu mnjelang Kejohanan Dunia di Nanjing, China dari 30 Julai hingga 5 Ogos dan Sukan Asia.

"Memang sukar kerana smeua pemain 32 terbaik dunia akan beraksi dan jika dia boleh menjadi juara disini, ia memang cukup hebat selain dapat meningkatkan keyakinannya. Ini adalah ujian terbaik buat Chong Wei sebelum Kejohanan Dunia dan Sukan Asia,"kata Hendrawan.

Chong Wei berdepan laluan berliku pada edisi tahun ini apabil empat musuh utamanya iaitu Viktor Axelsen, Chen long, Shi Yuqi dan Lin Dan dijangka menjadi lawannya dalam laluan ke final.

Sumber : Berita Harian.



Post a Comment

4Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Biasa Chong Wei kalah badi dengan si Lin Dan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepanjang pertemuan mereka sebelum ni banyak kali dah chong wei kalah..

      Delete
  2. Taktik lin dan slalu mjadi, apa pun ttp sokong chong wei

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!