Assalamualaikum dan salam sejahtera
Penyampai radio popular, Faizal Ismail menegur secara berhemah tindakan usahawan kosmetik terkemuka yang memuat naik video isterinya sedang dalam proses bersalin. Kata Faizal, detik itu sangat peribadi dan sepatutnya seorang suami perli menenteramkan isterinya ataupun berdoa.
"Maaf, saya tak sokong upload video saat-saat isteri nak bersalin walau dalam apa keadaan sekali pun.
"Ia adalah saat yang sangat peribadi apatah lagi si isteri tengah bersabung nyawa.
"Lebih baik berdoa dan baca apa yang patut. Ia bukan untuk tontonan umum," luah Faizal menerusi akaun Instagramnya hari ini. Malah kata Faizal, seseorang individu tidak semestinya melihat video sedemikian untuk menghormati wanita mahu pun seorang ibu.
"Alasan untuk beri pengajaran kepada yang lain adalah sekadar nak halalkan perbuatan."
Faizal yang sudah lima kali menemani dan menyaksikan sendiri isterinya bersalin bagaimanapun berharap pihak tertentu yang lebih arif melontarkan pendapat berhubung perkara tersebut.
"Harap tiada lagi yang buat. Mungkin perlu pandangan daripada pakar agama dalam hal ini," tambah Faizal.
Terdahulu, usahawan kosmetik tersebut telah memuat naik sepotong video yang memaparkan saat getir isterinya sedang bersalin di akaun Instagram peribadinya. Alasannya, untuk memberikan pengajaran tentang pengorbanan seorang ibu melahirkan zuriat.
Hurmm macam-macam dato seri alif ni
ReplyDeleteboleh masuk kategori attention seeker
Deletebetul tu. kalau tujuan untuk kenangan keluarga sendiri xpa. kalau untuk tontonan umum x sesuai..
ReplyDeletetapi ada jugak yg sokong beliau..
DeleteSaya sebagai perempuan pun tak sokong jugak urghh gila publisiti betul
ReplyDeleteErni Hasmiza
kan.. gilakan publisiti..
DeleteKalau untuk simpanan dia saja dan keluarga. Should be okay. Tapi dia kan suka letak semua yang dia buat dalam ig. Makanya mungkin itu sudah menjadi kebiasaan.
ReplyDeletebetul tu... mungkin itu dah mmg dalam diri dia.. sifat nak menunjukkan semua yg dia buat..
Delete