Assalamualaikum dan salam sejahtera
Entri kali ini aku nak bercerita dan berkongsi tentang persiapan majlis pertunangan. Sebelum ini , aku ada ceritakan sedikit sahaja tentang pertunangan. Anda boleh baca DISINI. Seperti yang diketahui, ini adalah majlis pertunangan kakak aku.
Pada mulanya majlis ini dicadangkan untuk berlangsung secara sederhana dan hanya adik beradik ayah dan mak aku sahaja yang dijemput. Tetapi setelah difikirkan semula , lebih baik beritahu pada jiran-jiran sekitar dan juga sekalikan majlis ini bersama dengan majlis hari raya. Bermakna, majlis ini ada khemah kenduri di luar.
Yang menjadi fokus utama adalah dari segi hantaran. Untuk majlis pertunangan ini , di sebelah perempuan menyediakan 7 bekas hantaran manakala pihak lelaki 5 bekas hantaran. Kakak aku sebenarnya sudah beberapa bulan membuat survey jenis hantaran dan sebagainya. Alhamdulillah. Di kedai bunga tempoh hari , kami membeli barang-barang untuk menghias bekas hantaran.
Selain mempunyai hantaran dan khemas, majlis pertunangan yang pada mulanya dianggap sederhana ini mempunyai pelamin. Dalam hati aku sebenarnya mengatakan bahawa tidak perlu pelamin atau sebagainya. Tetapi mungkin trend masa kini , di majlis pertunangan turut mempunyai pelamin. Apa yang menariknya , pelamin ini sangat cantik dan harganya sangatlah murah.
Cantik kan pelaminnya? Aku tak sangka pelaminnya secantik itu. Terus perasaan nak kahwin dalam diri aku naik ke paras 98%. Cuma tunggu calon sahaja. Haha.
Apa lagi tunggu? Aku terus duduk dan merasmikan pelamin ini sebelum majlis bermula. Alhamdulillah , nasib baik cat warna rumah masuk dan sepadan dengan pelamin. By the way itulah kakak aku.
Setelah pelamin siap, kotak hantaran juga berjaya disiapkan. Hanya menunggu barang-barang yang akan diletakkan di kawasan yang berbulu itu. Pada hari sebelum majlis ini , jiran-jiran datang membantu untuk menyediakan bahan-bahan masakan untuk kenduri esok harinya. Alhamdulillah , nasib baik ada jiran-jiran yang sangat ringan tulang.
Menu pada hari kenduri itu adalah laksa, nasi putih, ayam goreng berempah, gulai daging, ikan masin,tembikai, air oren, lemang, ketupat dan beberapa ulam. Pada malam sebelum majlis itu, jiran-jiran datang membantu menyiapkan kuah laksa sahaja. Manakala menu-menu lain dibuat pada pagi hari majlis pertunangan itu diadakan.
Sekian.
akak ingatkan aeril yang nak bertunang...hehehehe..apa pun moga semuanya berjalan dengan lancar
ReplyDeletesaya muda lagi.. calon pun tkde.. hehe
Deleteserius cantik pelamin tu
ReplyDeletekan... cantik walaupun harga murah..
DeleteTerjumpa pula post ni diwaktu saya nak bertunang tak lama lagi. Hehe. Menarik
ReplyDeleteselamat bertunang ya
Delete