Tanda-Tanda Anda Mempunyai Sakit Psoriasis

Aerill Hassan
6


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Aku sendiri merupakan salah seorang daripada pesakit Psoriasis. Pada awalnya aku agak segan atau malu untuk beritahu pada orang lain, tetapi setelah hampir 10 tahun mengidap penyakit ini, semuanya sudah tiada makna. Alhamdulillah, jenis yang aku terima tidaklah teruk mana. Ap yang penting cuma perlu lembabkan kulit setiap masa , tak boleh terlampau kering. Jom kita lihat sama ada tanda-tanda penyakit ini ada pada anda atau tidak.

Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang.


Tanda-tanda terhadap mereka yang mempunyai Psoriasis :

Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah :
  • Keguguran sisik pada kulit 
  • Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan. 
  • Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza

Jenis-jenis psoriasis

  • Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok 
  • Di kalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis. 
  • Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dipanggil erythrodermic psoriasis 
  • Lampin psoriasis 
  • Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk di mana ia boleh menimbulkan kesakitan 
  • Guttate psoriasis 
  • Plaque psoriasis (bertompok dan timbul) 

Komplikasi

Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:
  • Sendi hujung pada jari tangan atau kaki 
  • Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki

Rawatan (Bergantung kepada lokasi dan keterukan kulit terlibat) 

Krim dan ubatan yang boleh melegakan.

Pelembab 
  • Ia adalah penting untuk menjaga kulit supaya lembap sepanjang masa. Anda seharusnya : 
  • Menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap 
  • Menggunakan sarung tangan 
  • Memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada menggaru supaya kulit tidak rosak

Ubatan dan krim

Doktor akan memberi ubatan seperti : 

  • Krim yang berasaskan coal tar ( arang), kortison dan lain-lain jenis pelembap . 
  • Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine and Calcipatriol 
  • Cahaya ultraviolet dan fototerapi PUVA


Di mana untuk mendapat rawatan?

Pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan dan berjumpa kepada doktor anda. Doktor anda akan menilai keadaan anda dan mulakan rawatan yang sesuai. Jika diperlukan anda akan dirujuk kepada pakar kulit bergantung kepada betapa teruk penyakit anda

Perkara perlu diingati 

Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini.



Sumber : myhealth.com
Tags

Post a Comment

6Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Alhamdulillah saya takde penyakit ni.. Nampak scary laa (╥﹏╥)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg nampak scary... ada yang sakitnya sangat teruk.. ada yang biasa-biasa sahaja..

      Delete
  2. Lagi satu kalau ada yang tertanya-tanya macam mana seseorang tu boleh dapat psoriasis ni, jawapan dia adalah sebab overactive immune system :) Boleh jugak jadi disebabkan faktor genetik

    ReplyDelete
  3. Ooo Mai takde penyakit ni, cuma kulit sgt sensitif cepat luka, cepat jadi kudis, dan parut yang taknak hilang. Haish huduh rasa nasib orang tak nampak. Haha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!