Xiaomi Mi 8 : Berbaloi atau tidak ?

Aerill Hassan
12


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Syarikat Pengeluar Telefon Pintar Xiaomi baru-baru ini telah melancarkan satu telefon pintar terbaru iaitu Xiaomi Mi 8. Antara ciri-cirinya adalah menggunakan skrin bertakuk sebesar 6.21 AMOLED keluaran SAMSUNG dan menyokong sistem Always on Display dan HDR 10. Ini menjadikan telfon pintar ini sebagai yang pertama keluara Xiaomi yang menggunakan skrin bertakuk dan OLED.


Spesifikasi :
  • Dijana Pemproses Snapdragon 845
  • Memori 6GB dan storan 64GB /128GB/ 256GB
  • Tiada Sokongan mikroSD

Kamera
  • Kamera utama 12+12 Megapixel f/1.8+f/2.4 di bahagian belakang.
  • Kamera hadapan 20 Megapixel f/2.0 mempunyai sokongan pemancar infro merah.


Bolehkan sistem nyahkunci telefon pintar menggunakan wajah di dalam gelap. Kamera hadapan dan belakang mempunyai sokongan AI (Kecerdasan Buatan) yang menganalisa objek yang ingin diambil. Gambar dengan kesan BOKEH juga boleh dilakukan walaupun hanya dilengkapi satu kamera. Telefon pintar ini juga dilengkapi dengan pengimbas cap jari berbentuk bulat pada bahagian belakang.

Bateri
  • 3400 mAH , menyokong pengecasan pantas QuickCharge 4.0+ 
  • Pengecasan tanpa wayar Qi 18W

Harga

Di China dijual pada harga :-
  • Versi 64 GB :  RMB 2699 ( ~ RM1679)
  • Versi 128 GB : RMB 2999 (~ RM1685)
  • Versi 256 GB : RMB 3299 (~ RM 2052)

Pilihan warna : Hitam, Putih, Biru, Emas




Sumber : Amanz.my | xiaomi
Tags

Post a Comment

12Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!