10 Konsert Terbaik Dato' Sri Siti Nurhaliza (2018)

Aerill Hassan
6


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sudah lama rasanya aku tidak menulis mengenai idola aku yang juga merupakan penyanyi nombor 1 negara, Dato Sri Siti Nurhaliza. Aku sememangnya mengikuti segala perkembangan beliau di dalam industri Malaysia. Walaupun beliau baru lepas berehat daripada melahirkan Siti Aafiyah , nampaknya beliau akan kembali menghangatkan dunia seni tanahair apabila beliau akan terbang ke Jepun untuk membuat persembahan kelak. 

Bersempena dengan kelahiran sulung beliau dan 'comeback' semula di dalam bidang nyanyian, apakata kita lihat 10 Konsert Terbaik Dato' Sri Siti Nurhaliza yang pernah dipersembahkan.





Lokasi : Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Tarikh : 7 April 2015

Di tempat ke 10 adalah Konsert Dato' Siti Nurhaliza Unplugged. Konsert ini ditempat ke 10 dan layak dimasukkan ke dalam senarai ini kerana konsert ini mempunyai makna dalam kerjaya beliau iaitu meraikan 20 tahun pembabitan beliau dalam industri muzik Malaysia. Apa yang menarik ketika konsert ini adalah , hampir kesemua lagu yang dinyanyikan ketika konsert satu malam ini adalah daripada album-album beliau, iaitu lagu-lagu hits dan popular dari awal kerjayanya sehinggalah terbaru.

Hampir 30 lagu telah berjaya dipersembahkan dan konsert ini menjadi platform untuk beliau menyanyikan kesemua lagu daripada album Fragmen. Yang lebih memeranjatkan adalah tiket konsert ini habis dijual sehari sebelum malam konsert. Konsert ini juga turut menerima maklum balas positi dan pujian daripada pengkritik. Album konsert ini merupakan album pertama yang dibeli menggunakan duit aku sendiri.



9. Konsert Istana Cinta (2007)


Lokasi :  Panggung Sari , Istana Budaya , Kuala Lumpur.
Tarikh : 20 & 21 April 2007

Di tempat ke 9 adalah Konsert Istana Cinta Nostalgia Tan Sri P. Ramlee & Puan Sri Saloma. Rasanya ramai yang tak tahu bahawa ini merupakan konsert tribute kedua yang dipersembahkan oleh beliau. Kali pertama adalah pada tahun 2002 iaitu konsert tribute buat Sudirman. 

Konsert ini bagi aku adalah antara konsert yang perlu dimasukkan dalam carta kerana dapat lihat bagaimana lagu-lagu yang dicipta oleh Tan Sri P Ramlee sangat merdu dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza. Sedikit tentang konsert ini, tiketnya habis sehari sebelum konsert berlangsung. Selain itu, Siti Nurhaliza turut berlakon di pentas itu dengan melakonkan babak Cikgu Shaari dan Norkiah dalam filem Masam-Masam Manis.

8. SATU Konsert Eksklusif Dato' Siti Nurhaliza (2009)


Lokasi : Panggung Sari, Istana Budaya , Kuala Lumpur.
Tarikh : 26, 27 & 28 Jun 2009

Ditempat ke 8 adalah Konsert SATU Eksklusif Dato Siti Nurhaliza. Konsert ini antara konsert yang terbaik yang pernah dipersembahkan oleh beliau. Kenapa? Sebab ada beberapa elemen menarik yang diterapkan iaitu dari segi muzik, kesan, tarian, visual, grafik, koreografi dan teknikal.

Konsert ini juga memberikan gambaran dan mempersembahkan nyanyian beliau setelah lebih sedekad dalam bidang nyanyian melalui lagu-lagu medley daripada album sebelum-sebelum ini. Selain itu, ada juga beberapa elemen yang mengisahkan percintaan beliau dengan suaminya, Datuk Khalid Muhammad Jiwa.



7. Siti Nurhaliza in Symphony (2013)


Lokasi : Dewan Filharmonik Petronas, KLCC, Kuala Lumpur.
Tarikh : 5,6 & 7 Julai 2013

Di tempat ke 7 adalah Konsert Siti Nurhaliza in Symphony - Live With The Malaysian philharmonic Orchestra. Ini merupakan konsert solo pertama beliau di dewan ini dan disokong oleh 80 pemuzik orkestra. 12 tahun sebelum itu beliau pernah membuat persembahan sebagai artis jemputan ketika konsert Tan Sri SM Salim (2001).

Apa yang menarik bagi aku tentang konsert ini adalah tahap ke'eksklusif'annya. Ya, tiada mana-mana rakaman yang ada di pasaran sama ada dalam bentuk album dan sebagainya. Video di youtube, hanyalah audio yang dirakam secara haram oleh penonton sahaja. Sayang sekali aku takd apat nak lihat dan tonton persembahan ini. Berdasarkan audio di youtube, vokal beliau sangat hebat! Teringin nak dengar lagu Badarsila, Kau Kekasihku dan  Hanya dia yang dipersembahkan pada malam konsert. 



6. Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir (2002)


Lokasi : Panggung Sari , Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Tarikh : 30, 31 Mei & 1 , 2 Jun 2002.

Ditempat ke 6 adalah Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir. Sebenarnya aku masih lagi berfikir sama ada konsert ini patut diletakkan di tempat yang lebih tinggi atau di tempat ke 6 sahaja. Antara konsert terawal yang dijayakan oleh beliau. Ini juga merupakan konsert pertama beliau di Istana Budaya.

Kenapa konsert ini masuk dalam carta ini? Pertama adalah disebabkan vokal beliau. Kepada yang belum pernah lihat , boleh cari di Youtube.  Antara persembahan yang memberi kesan kepada aku adalah Nilai Cintamu, Merisik Khabar dan Salam Terakhir. Vokal beliau sangat hebat walaupun baru berusia 23 tahun ketika itu. Selain itu, susunan muzik yang mantap di susun oleh Ramli MS sememangnya sangat bagus. Sebab itu lagu Merisik Khabar daripada konsert ini berjaya menang di Anugerah Industri Muzik bagi Susunan Muzik Terbaik!



5. Konsert Mega Siti Nurhaliza (2001)



Lokasi : Stadium Putra, Bukit Jalil,Kuala Lumpur
Tarikh : 30 Jun 2001

Di tempat ke 5 adalah Konsert Mega Siti Nurhaliza. Konsert ini merupakan konsert solo ke 3 beliau sewaktu usia beliau 22 tahun. Kenapa konsert ini ditempat ke 5? Pertamanya adalah konsert ini begitu hebat dan berskala besar. Beliau menghiburkan penonton dengan melakukan pelbagai bentuk hiburan di atas pentas dan bukan hanya dengan menyanyi. Kedua, kepelbagaian yang dipertontonkan dalam konsert ini. Ada pelbagai genre dan segmen ya! 

Antara elemen yang menarik yang dipertunjukkan adalah beliau terbang daripada bumbung stadium dan turun ke pentas yang berada di tengah-tengah konsert, persembahan gimrama, kawad senyap, pertunjukan mahik , tarian kebudayaan, dan pelbagai lagi. Konsert ini membuktikan bahawa Siti Nurhaliza bukanlah seperti penyanyi biasa-biasa.



4. Konsert Lentera Timur (2013)



Lokasi : Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Tarikh : 20, 21,22 & 24 September 2013

Konsert yang berada di tempat ke 4 adalah Konsert Lentera Timur. Ya! Konsert ini ditempat ke 4 adalah kerana konsert ini merupakan salah sebuah konsert yang aku suka sebab kesemua lagu ayng dipersembahkan adalah dalam genre Muzik Melayu dan rakyat tradisional. Sememangnya aku sangat menggemari album-album tradisional beliau yang diterbitkan sebelum-sebelum ini. Kebanyakan lagu-lagu yang dipersembahkan di ambil daripada empat album solo tradisional beliau sebelum ini iaitu Cindai (1997) , Sahmura (2000), Sanggar Mustika (2002) dan Lentera Timur (2008).

Ap yang menarik adalah konsert ini disokong oleh Orkestra Tradisional Malaysia. Kalau sesiapa yang pernah menonton konsert ini pastinya akan bangga menjadi rakyat Malaysia kerana penuh dengan kebudayaan Melayu dan alat muzik berbilang bangsa di Malaysia. Antara persembahan menarik dalam konsert ini adalah persembahan Nirmala , Bahtera Merdeka dan Cindai.



3. Siti Nurhaliza Live Concert (2004)



Lokasi : Seluruh Malaysia (15 Lokasi)
Tarikh : 20 Jun - 21 Ogos 2004

Salah satu konsert terbaik beliau , di tempat ke 3 adalah konsert Siti Nurhaliza Live in Concert 2004 atau Siti Nurhaliza Fantasia Tour. Ketika ini nama beliau begitu memuncak dan konsert jelajah ini merupakan siri pertama jelajah beliau ke seluruh pelusuk Malaysia. Selepas dua bulan menjelajahi Malaysia, Siti Nurhaliza membuat konsert finalenya di Stadium Nasional Bukit Jalil , Kuala Lumpur. 

Lebih sejuta penonton telah berjaya dikumpulkan daripada 15 tempat yang telah dijelajahi. Sayangnya aku ketika ini masih kecil dan tak sempat nak pergi ke konsert jelajah ini. Antara yang menarik ketika konsert finale adalah ketika beliau menitiskan airmata kerana gosip ketika itu. Selain itu, ada beberapa persembahan yang menyentuh hati dan perasaan antaranya adalah  Medley Kau Kekasihku dan Percayalah, Pejam Matamu, Kembalikan Indah dan Aku Cinta Padamu.



2. Dato' Siti Nurhaliza & Friends Concert (2016)



Lokasi : Stadium Negara, Kuala Lumpur.
Tarikh : 2 April 2016

Di tempat ke 2 adalah Yonder Music Live Series : Dato' Siti Nurhaliza & Friends Concert. Konsert ini layak berada di tempat kedua adalah kerana ini merupakan satu-satunya konsert yang aku berjaya hadirkan diri. Alhamdulillah. Kali pertama aku mendengar suara dan melihat persembahan beliau secara live. Antara konsert beliau yang terkini, menampilkan persembahan yang sangat memukau dan vokal yang tiada bandingnya.

Lebih 7000 orang telah hadir menyaksikan konsert ini. Antara persembahan yang buat aku terpegun dan 'goosebump' adalah  Percayalah, Ku Mahu & Ku Milikmu,  Muara Hati, Seindah Biasa & Kau Sangat Bererti dan Lebih Indah. Ada beberapa momen yang memberi kesan yang mendalam pada diri aku, pertama adalah momen ketika beliau berduet bersama mendiang Whitney Houston dengan lagu Memories dan juga ketika beliau mengalirkan air mata apabila terkenang pada arwah bapa beliau. 

1. Siti Nurhaliza in Concert Royal Albert Hall (2005)



Lokasi : Royal Albert Hall , London.
Tarikh : 1 April 2005

Di kedudukan nombor 1 sudah semestinya adalah Siti Nurhaliza in Concert Royal Albert Hall, London.  Konsert ini adalah bersempena 10 tahun pembabitan beliau dalam industri muzik. Masih tiada mana-mana konsert beliau yang boleh mengalahkan konsert ini. Kenapa konsert ini berjaya mendapat tempat pertama?

Pertamanya adalah vokal beliau. Vokal beliau ketika konsert ini sangat memukau!  Boleh dikatakan lebih baik daripada vokal dalam album studio yang dirakam ketika membuat album. Disebabkan itu jugalah vokal beliau ketika ini dianugerahkan Persembahan Vokal Terbaik  pada Anugerah Industri Muzik 2006. Keduanya adalah susunan muzik. Hampir kesemua lagu-lagu yang dipersembahkan susunan muziknya diubah berbanding asal. Susunan muzik digubah oleh Roslan Aziz dan diterjemahkan di dalam rentak jazz, bersesuaian dengan lenggok suara beliau. Ketiga,  The London Symphony Orchestra (TLSO) berganding bahu dengan pemuzik lain untuk mengiringi beliau! Semua orang tahu , TLSO merupakan salah satu orkestra terbaik di dunia. Antara persembahan yang memukau sudah tentunya Medley Lagu-Lagu Cinta yang memperlihatkan kehebatan vokal beliau. Selain itu, Fast Medley yang dijayakan beliau dengan cukup baik! Persembahan Badarsila juga begitu memukau dan seksi! 

...............................................................................

Bagaimana? Setuju atau tidak dengan senarai konsert terbaik ini? Mungkin anda ada pendapat sendiri mengenai kedudukan carta konsert beliau dan sebagainya , mungkin anda boleh senaraikan di ruangan komen?

In shaa Allah , di masa hadapan mungkin carta ini akan berubah apabila beliau mengadakan konsert-konsert seterusnya yang pasti terbaik dari segala sudut.

Sekian.

Sumber Fakta : Wikipedia

Sumber Gambar : Google Image

Post a Comment

6Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!