Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pantai Cenang [Cenang Beach], Pulau Langkawi, Kedah
Pantai Temasya Tanjung Batu [Temasya Tanjung Batu Beach], Sarawak
Pantai Cahaya Negeri [Pantai Cahaya Negeri Beach], Port Dickson, Negeri Sembilan
Pantai Irama [Irama Beach], Kelantan
Pantai Paya [Paya Beach], Pulau Tioman, Pahang
Pantai Teluk Belanga [Teluk Belanga Beach] , Pulau Pangkor, Perak
Pantai Pulau Rawa [ Rawa Island Beach], Johor
Pantai Pulau Sipadan [Sipadan Island Beach], Sabah
Malaysia sememanya sebuah negara yang penuh dengan tempat-tempat menarik untuk dilawati termasuklah dengan pantai-pantai yang cantik dan bersih. Mungkin ada yang tak berapa nak bersih dan sebagainya , tetapi kita tolak tepi pantai sebegitu. Kali ini kita akan melihat 10 pantai yang tercantik di Malaysia.
Pantai Cenang [Cenang Beach], Pulau Langkawi, Kedah
Langkawi merupakan salah sebuah tempat yang sangat sesuai untuk mereka yang sukakan pantai sejak dahulu lagi. Langkawi sememangnya tempat yang begitu popular dengan pelbagai acara contohnya Festival Air yang disambut oleh pelancong dan warga tempatan. Di Langkawi, Pantai Cenang merupakan salah sebuah tempat yang paling dikunjungi oleh pelancong tempatan dan pelancong luar negara.
Pantai Tanjung Batu merupakan tempat berkelah dan rekreasi yang terletak 3km daripada pusat bandar. Kawasan ini merupakan tempat popular bagi penduduk bandar Bintulu untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti berenang dan berbasikal. Selain itu, kawasan pantai ini juga sesuai untuk merasai suasana romantik sambil melihat matahari terbenam.
Pantai Cahaya Negeri ini terletak di Port Dickson. Ianya mempunyai keluasan pantai yang agak luas dan air lautnya jernih. Sesuai untuk berenang dan pantai ini merupakan salah satu pantai yang tidak terlalu sibuk yang membuatkan ianya sesuai untuk mereka yang inginkan kedamaian.
Dikatakan salah sebuah pantai yang paling cantik di pantai timur Malaysia, Pantai Irama terletak lebih kurang 3km selatan dari bandar Bachok. Pantai Irama ini merupakan tempat yang begitu cantik sesuai untuk percutian bersama keluarga dan mempunyai tempat berkelah yag menarik serta gerai-gerai makan. Sebagai peringatan , senarai ini bukannya mengikut susunan dan aturan sebaliknya ianya diletak secara rawak.
Pantai Bagan Lalang [Bagan Lalang Beach], Selangor
Pantai ini mungkin memegang takhta sebagai pantai tercantik di pantai barat negeri Selangor. Pantai Bagan Lalang ini merupakan salah satu pantai yang paling dekat dengan ibu negara, Kuala Lumpur iaitu mengambil masa hanya 25 minit sahaja dari KLIA dan Litar Antarabangsa Sepang.
Pantai Panjang [Long Beach], Pulau Perhentian Kecil , Terengganu
Pantai ini mungkin sesuai untuk mereka yang suka akan pantai dan percutian bajet. Kawasan pantai ini dikelilingi pemandangan hijau dan juga pantai yang memutih. Kejernihan air lautnya membuatkan ianya seperti syurga bagi hidupan marin. Pantai ini sesuai untuk aktiviti menyelam dan snorkel [snorkeling]. Jika anda bertuah , kemungkinan anda akan berpotensi untuk melihat penyu gergasi bertelur sekitar bulan Jun dan September.
Pantai Paya [Paya Beach], Pulau Tioman, Pahang
Pantai Paya ini merupakan salah sebuah tempat yang dikategorikan di Malaysia sebagai taman laut. Terdapat banyak terumbu karang dan ikan yang bewarna warni yang boleh dilihat melalui penglihatan di dalam laut. Pulau berbentuk seakan air mata ini memberikan pengalaman abseil [abseiling] dan memanjat batu di beberapa tempat. Pulau Tioman merupakan pulau bebas cukai , bermakna barangan di sini lebih murah.
Pantai ini juga dikenali dengan nama 'Emerald Bay' , ianya merupakan salah sebuah teluk tercantik di dunia. Tempat ini sesuai untuk pasangan yang ingin berbulan madu atau sekadar bercuti. Air yang bewarna zamrud ini dan juga persekitaran yang sunyi tanpa gangguan membolehkan anda untuk bercuti dengan romantik. Servis perkahwinan juga boleh didapati di sini.
Pantai Rawa ini merupakan kepunyaan Kesultanan Johor. Pantai ini mempunyai pasir putih yang begitu cantik dan juga air laut yang begitu biru. Tempat ini sesuai untuk mereka yang mencarikan kedamaian untuk bercuti dan sebagainya. Pemandangan panorama sekitar pantai di Johor ini sungguh menakjubkan.
Pulau Sipadan ini dikenali ramai sebagai tempat menyelam skuba [scuba diving] terbaik di dunia. Pulau ini dikelilingi dengan terumbu karang yang begitu kaya dengan hidupan marin. Ianya memberikan pengalaman terbaik buat penyelam untuk menyaksikan keajaiban dunia ini. Selain itu, anda juga boleh melihat penyu gergasi dan juga ikan jerung putih semasa menyelam.
Bagaimana? Anda berpuas hati dengan senarai ini? Mungkin anda mempunyai pilihan pantai anda tersendiri, jadi anda boleh komen pantai mana yang berada di kedudukan 10 pilihan anda.
Sekian
boleh buat rujukan nanti kalau nak g pantai hehe
ReplyDeletealhamdulillah :)
Deletewaaa trmasuk jugak pntai irama kelatey ku. tp tk seindah gambar dah sekarang nii
ReplyDeleteye ke?
DeleteMiri banyak pantai cantik juga but dek harus pbangunan a few dah takda pantai
ReplyDeleteye ke.. sayangnya..
Deleteterbaek.. mmg cantik :)
ReplyDeleteterima kasih :)
Deletewahhh...cantiknya pantai. Boleh bookmark jadi rujukan bila nak bercuti nnti.
ReplyDeletemmg cantik2 pantai di malaysia :)
Delete