Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kuala Lumpur: Juara Terbuka Belanda dan pemenang pingat emas Sukan Remaja Olimpik Nanjing 2014, Cheam June Wei akan menggalas tugas berat menggantikan Datuk Lee Chong Wei ke Sukan Asia Jakarta-Palembang bulan depan, selepas jaguh perseorangan lelaki negara iu menarik diri akibat masalah kesihatan.
Menurut Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, keputusan itu dibuat selepas hasil perincangan dengan ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek semalam.
"Saya ada bercakap dengan Misbun semalam dan membincangkan mengenai pemain yang menggantikan Chong Wei bagi acara berpasukan dan perseorangan lelaki. Seperti mana sedia maklum beberapa nama sudah dikemukakan sebelum ini berdasarkan senarai panjang dan mereka membabitkan Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Lim Chi Wing serta June Wei," katanya dalam sidang media ketika majlis pelancaran pakaian rasmi APMG 2018 di Wisma UFL, di sini hari ini.
Ujarnya, selepas mendapat pengesahan Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) BAM mereka melakukan proses penukaran nama kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
"Kita mungkin membariskan June Wei sebagai ganti (tempat Chong Wei). Dalam masa sama sasaran pingat juga berubah. Sebelum ini kita meletakkan sasaran tiga pingat tidak kira sebarang warna namun disebabkan perkara ini ia dikurangkan kepada dua.
"Sebagaimana kenyataan kita dalam kenyataan akhbar baru-baru ini, kita beri peluang dan ruang kepasda Chong Wei menjalani proses pemulihan dalam masa sebulan. Kita harap dia kembali cergas," kata Norza yang juga presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Sementara itu, Pengerusi C&T, Datuk Ng Chin Chai berkata, Misbun sendiri membuat saraan untuk memberi ruang kepada naib juara Terbuka Finland dan Austria itu.
Sebagai rekod, Chong Wei memenangi gangsa acara perseorangan lelaki selain membantu pasukan negara menduduki tempat ketiga di Sukan Asia Incheon, empat tahun lalu.
Pemain perseorangan lelaki yang tersenarai kali ini membabitkan Lee Zii Jia, Leong Jun Hao dan Soong Joo Ven manakala beregu, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin serta Chan Peng Soon-Goh Soon Huat.
Chong Wei bukan saja menarik diri dari Sukan Asia, malah terpaksa melupakan Kejohanan Dunia di Nanjing minggu depan selepas mengalami masalah pernafasan yang menyaksikan dia terpaksa berehat sebulan.
PROFIL
Nama penuh: Cheam June Wei
Tarikh lahir: 23 Januari 1997 .
Tempat lahir: Seberang Jaya, Pulau Pinang
Tinggi: 172sm .
Ranking: 79 dunia
Kejayaan:
Tarikh lahir: 23 Januari 1997 .
Tempat lahir: Seberang Jaya, Pulau Pinang
Tinggi: 172sm .
Ranking: 79 dunia
Kejayaan:
- 2012-Kejohanan Remaja Asia Gimcheon - perak berpasukan campuran
- 2014-Sukan Olimpik Remaja Nanjing - emas beregu campuran
- 2015-Siri Antarabangsa Malaysia - Naib juara
- 2018-Terbuka Belanda - Juara
- Terbuka Finland - Naib Juara
- Terbuka Austria - Naib Juara
Sumber: Berita Harian
Harap Datuk Lee Chong Wei cepat sembuh
ReplyDeleteitulah yg diharapkan ..
Deletesudah tiba masanya utk LCW bersara.
ReplyDeletemungkin juga :)
DeleteSampai masa kena ada pengganti pada LCW.
ReplyDeletebetul tu.. tak boleh harapkan dia sepanjang masa..
Delete