Assalamualaikum dan salam sejahtera
Entri kali ini ialah berkenaan 7 amalan untuk melindungi diri dari gangguan Jin dan Sihir. Mungkin di zaman sebra moden ini , ramai yang menganggap bahawa sudah tiada orang yang mengamalkan sihir dan sebagainya. Anda silap! Sebenarnya masih ramai yang mengamalkan perbuatan syirik ini. Sebagai satu bentuk untuk lindungi diri, di bawah adalah beberapa amalan yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Wallahualam.
1) Doa Pelindung
Maksudnya : Dengan nama Allah, dengan nama-Nya, tidak ada sesuatu pun di bumi atau dilangit yang boleh mendatangkan bahaya, Dia adalah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Cara amalan :-
Tiga kali selepas solat subuh dan Maghrib.
Hadis :-
Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda bahawa barangsiapa yang membaca ayat di atas di waktu padi dan petang sebanyak 3 kali, tidak ada sesuatu pun yang daapt memudharatkannya. (Lihat Sahih Sunan At-Tirmidzi, no 2689)
2) Zikir La Ilaaha Illah
Terjemahannya :-
"Tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian, Yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu."
Cara amalan :-
Dibaca sebanyak 100 kali selepas solat Subuh dan Maghrib (ataupun dibaca sebanyak 10 kali dalam hadis yang lain).
Di dalam hadis, Nabi S.A.W telah bersabda bahawa barangsiapa yang berkata (berzikir) dengan kalimah di atas, seratus kali setiap hari, maka Allah akan memberikan ganjaran kepadanya seperti membebaskan 100 orang hamba. Dan akan dicatatkan baginya 100 kebaikan, serta dihapuskan 100 kesalahan, dan dia akan terpelihara daripada gangguan syaitan pada hari itu sehingga tiba waktu petang. (Hadis Riwayat Bukhari, no hadis 31119, dan Muslim , no hadis 2691)
Faedah mengamalkannya :
Amalan ini akan mewujudkan pendinding yang tidak dapat dilihat, disekeliling anda. Sehingga jin yang ingin mengganggu anda tidak dapat menembusi dinding ini. In shaa Allah dengan izin Allah.
3) Doa sebelum tidur
Antara doa-doa perlindungan yang sahih dari Nabi S.A.W ialah :
Maksudnya : "Aku berlindung dengan perkataan Allah yang sempurna, dari kejahatan yang telah Dia ciptakan" (Diriwayatkan oleh Muslim, al-Dhikr wa'l-Du'aa, 4881)
Cara amalan :-
Dibaca tiga kali selepas solat Subuh dan Maghrib.
Kesan :-
Nabi bersabda, sesiapa yang duduk atau tidur disesuatu tempat dan membacakan doas di atas, tidaka da sesuatu pun yang boleh membahayakannya, sama ada dari kalangan jin ataupun binatang berbisa.
4) Doa lindungi diri dan gangguan syaitan yang menyebabkan waswas dalam solat.
Maksudnya : "Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk, dari kesombongannya dan sihirnya serta godaannya" (Sahih Abu Dawud,no 701)
Cara amalan :-
Bacalah sekali sebelum anda mula berdoa kepada Allah.
Kesan :-
Selagi anda duduk dan berdiri disuatu tempat, tidak ada jin yang boleh membahayakan anda.
5) Ayat Kursi
Maksudnya : "Allah, tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syaraat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjah kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)."
Cara Amalan :-
Baca dengan suara kuat pada setiap malam sebelum nak tidur, dan setiap pagi dirumah anda dan niatkan untuk perlindungan.
Kesan :-
Bacalah ayar kursi apabila kamu hendak tidur, dan tidak ada syaitan yang akan mendekati kamu hingga ke pagi. Dan Allah akan mengirimkan Malaikat untuk menjaga kamu hingga ke pagi. Kemudian baca sekali lagi pada waktu pagi.
6) Dua Ayat terakhir surah Al Baqarah
Maksudnya : "Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah dan Malaikat-malaikanNya dan Kitab-kitabNya dan Rasul- rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat kembali. (285) Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata) : Wahai Tuhan kami! Janganlan Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang terdahul daripada kami. Wahai Tuhan kami! anganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"
Cara amalan :-
Baca dengan kuat pada setiap malam sebelum anda hendak tidur da setiap pagi di rumah anda dengat niat perlindungan.
Hadis :
Telah diriwayatkan bahawa Abu Mas'ud Al-Ansari berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Sesiapa yang membaca dua ayat terakhir dari Surah Al-Baqarah, maka itu sudah mencukupi baginya" (Diriwayatkan oleh Bukhari, no hadis 4723, dan Muslim, no hadis 807)
7) Membaca Al-Muawwizatain
a) Surah Al-Falaq
Maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad) : Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptkan sekalian makhluk. (1) Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. (2) Dari bahaya gelap apabila ia masuk. (3) Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). (4) Serta dari kejahatan ornag yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.(5)
b) Surah An-Nas
Maksudnya : "Katakanlah (wahai muhammad) : Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. (1) Yang Menguasai sekalian manusia. (2) Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. (3) Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. (4) Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (5) (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia. (6)
Cara amalan : -
Selepas membaca Al-Muawwizatain, tiupkan ke tapak tangan anda, dan kemusian sapu ke seluruh tubuh anda, bermula dari atas hingga ke bawah. Ulangi sebanyak tiga kali.
Hadis :-
Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, beliau telah berkata, "Setelah turunnya kedua surah ini (Al-Muawwizatain), Rasulullah S.A.W. melengkapkan kedua-duanya sebagai bacaan wirid untuk membentengi diri dari pandangan buruk jin mahupun manusia." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Kesan :-
Ini adalah kaedah yang baik sebagai amalan perlindungan. Ini kerana ia bukan sahaja melindungi diri dari jin di luar, bahkan juga dari gangguan jin yang di dalam (dengan izin Allah). Amalan ini juga sepatutnya dilakukan oleh mereka yang selalu mengalami mimpi yang buruk atau menakutkan.
Bagi mereka yang mengalami gangguan jin asyiq, juga harus mengamalkan doa ini. Dengean cara yang ditunjukkan di atas, in shaa Allah kedua surah ini akan membentuk perlindungan yang tidak dapat ditembusi oleh jin.
Sekian.
nice sharing.. thanks
ReplyDeleteterima kasih :)
Delete