Cara Semak Saman Trafik, POLIS, AES dan JPJ Secara Online

Aerill Hassan
2


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Entri kali ini adalah entri untuk memberitahu kepada anda semua cara-cara paling cepat untuk kita menyemak saman-saman yang mungkin kita telah dapat melalui cara semakan online sahaja. Buat apa untuk kita terus pergi ke Balai Polis atau JPj sebagai contohnya untuk ketahui saman sedangkan ada cara yang lebih mudah.



Kemudahan perkhidmatan semak saman kereta, motor dan kenderaan kini lebih mudah kerana terlalu banyak cara untuk meyemak dan membuat pembayaran saman di internet dengan menggunakan sistem semakan online PDRM untuk saman Polis, JPJ dan AES. Sila check saman dan harga saman yang dikenakan supaya mudah untuk anda membayarnya nanti melalui kaedah yang anda pilih. Sebagai panduan, anda boleh mengikut cara dan langkah-langkah berikut yang dikongsikan untuk buat semakan.


1) MyED Online Services

Melalui laman web MyEG online anda boleh semak saman yang dikenakan JPJ, PDRM atau AES dan ikuti cara seperti dibawah :-

a) Layari laman MyEG online www.myeg.com.my

b) Anda wajib membuat pendaftaran baru iaitu register sebelum menggunakan servis ini untuk kali pertama.

c) Sila masukkan id atau nama serta kata laluan yang telah dibuat

d) Klik pautan e-Services pada paparan menu dan buat pilihan PDRM atau JPJ (Saman AES sila pilih JPJ)



2) Semak Saman JPJ

Melalui portal JPJ anda boleh menyemak saman online tanpa perlu buat pendaftaran, walaubagaimanapun, ianya untuk menyemak saman yang telah dikeluarkan oleh pihak JPJ sahaja.

a) Klik ke pautan ini SEMAKAN SAMAN JPJ 

b) Sila klik pada pautan 'Semakan Saman' dan buat pilihan sama ada untuk carian menggunakan 'Nombor ID sahaja atau nombor Pendaftaran Kenderaan (No Plat)'

c) Anda perlu memilih kategori ID

d) Sila isi No ID dan Nombor Kenderaan diikuti dengan kod sekuriti yang dipaparkan (Captcha)

e) Kemudian sila klik butang 'SEMAK'. Senarai keputuasan dan jumlah saman akan dipaparkan di bawah dengan tajuk Hasil Carian.



3) Rilek e-Services

Menerusi laman Rilek anda boleh menyemak saman polis trafik dan sebagainya. Jangan lupa double check selepas senarai saman dipaparkan.

a) Layari laman RILEK untuk Semak Saman PDRM secara online di www.rilek.com.my/users/login/rmp/summons-inquiry dan register jika anda belum mendaftar.

b) Masukkan nama dan kata laluan yang dibuat.

c) Seterusnya klik pada menu 'Search by' dan sila buat pilihan cara semakan.

d) Isikan maklumat anda dan tekan butang 'Next'.

Anda akan dapati jumlah saman yang dikenakan, selain itu , anda juga boleh membuat pembayaran segera di Rilek Online, iaitu secara online payment dengan beberapa bank yang terlibat seperti Maybank, Cimb, Bank Islam, Public Bank dan lain-lain.

4) SSO PDRM

Sistem Semakan Online PDRM (SSO) dan Laman Interaktif Trafik dibangunkan oleh Polis DiRaja Malaysia untuk memudahkan orang ramai yang ingin menyemak status sama trafik, status report saman polis dan banyak lagi yang ebrkaitan. Untuk membuat semakan, anda harus mendaftar sebagai pengguna baru terlebih dahulu sebelum membuat semakan. Sila layari portal SSO PDRM dan Laman Saman Trafik untuk keterangan lanjut.

1. Sistem Semakan Online : https://sso.rmp.gov.my/
2. Laman Interaktif Trafik PDRM : https://trafik.rmp.gov.my/copsportal/

Sumber : Media Maklumat

Tags

Post a Comment

2Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. thanks for sharing. dah beberapa kali disaman abam polis. sedih tul sbb x pasal2 duit terbang!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!