Assalamualaikum dan salam sejahtera
Jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei bukan saja terlepas aksi pada Kejohanan Badminton Dunia di Nanjing, China bermula, Isnin ini tetapi juga kemungkinan besar tidak dapat beraksi pada Sukan Asia 2018 di Jakarta, Indonesia yang membuka tirai saingan 18 Ogos depan. Ini kerana, pemain berusia 36 tahun itu dilapor mengalami masalah kesihatan yang memerlukan dia berehat panjang untuk kembali pulih sepenuhnya sekali gus terlepas kedua-dua kejohanan utama itu tahun ini.
Atas nasihat doktor, Chong Wei tidak boleh menjalani latihan di gelanggang sebaliknya berehat di rumah dan menjalani rawatan yang sudah ditetapkan untuk dirinya bagi kembali pulih. Persatuan Badminton Malaysia (BAM) difahamkan akan mengadakan sidang media berhubung perkara itu dalam masa terdekat ini.
Ketiadaan Chong Wei beraksi dalam kedua-dua kejohanan utama itu pastinya memberi tamparan buat Malaysia selepas dia masih diletakkan sandaran untuk menghadirkan kejayaan buat negara. Bagaimanapun, selepas 17 tahun 'mengabdikan' diri terhadap kerjayanya sebagai pemain badminton dan mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa, Chong Wei berhak mendapat rehat secukupnya demi kesihatan dirinya.
Semalam, Meja Sukan NSTP melaporkan, Chong Wei yang juga pemain nombor dua dunia kemungkinan besar menarik diri daripada menyertai Kejohanan Dunia selepas tidak turun menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara sejak seminggu lalu. Dia dilaporkan jatuh sakit sebaik pulang dari Jakarta yang menyaksikan dia terkandas di separuh akhir susulan kekalahan di tangan bintang muda Jepun, Kento Momota pada 7 Julai lalu.
Seminggu sebelum itu, Chong Wei cemerlang apabila merangkul gelaran ke-12 Terbuka Malaysia selepas menewaskan Momota dalam aksi final. Kali terakhir, Chong Wei ketika dihubungi bagi mendapatkan reaksinya berhubung undian Kejohanan Dunia adalah pada Rabu minggu lalu yang mana dia mengakui masih berehat di rumah dan tidak turun menjalani latihan.
Sumber : Berita Harian
.....................................................
Sebagai peminat sukan Badminton , sememangnya keadaan ini membuatkan kita rasa sedih kerana beliau mungkin satu-satunya harapan negara untuk menghadirkan emas pada kejohanan dunia dan sukan asia. Walaubagaimanapun setelah melihat usaha dan kegigihan beliau selama ini , rasanya yang terbaik adalah kesihatan beliau. Mungkin Malaysia perlu akur bahawa kita sudah ketandusan pemain seperti beliau.
Sekian.
Kesiannya dato LCW..get well soon..
ReplyDeletekan.. tak apalah ;)
Deletesedihnya.. Dato’ Lee Chong Wei harapan negara.. moga cepat2 ada pelapis yg setanding dgn Dato’
ReplyDeletein shaa Allah ada tu nanti :)
DeleteTetapi sedih macammana pun Kesihatan diutamakan. Tak sabar nak tengok Rise of the legend : Lee Chong Wei The movie...huhu.
ReplyDeleteamalah .. tak sempat nk tgok lgi filem tu..
DeleteSemoga LCW cepat sembuhdan kembali beraksi seperti biasa
ReplyDeletein shaa Allah :)
Deletehe has done enough for his country as well as for himself.
ReplyDeletebetul tu :)
Deletetak ada lagi ke peganti LCW nie,tengok dia pun tak cukup rehat..
ReplyDeletetk nampak lgi bayang yg akan gantikan beliau..
Delete