Assalamualaikum dan salam sejahtera
Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei gagal dalam misinya untuk merangkul gelaran ketujuh pada Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia selepas terkandas di peringkat separuh akhir di Istora Senayan di sini, malam ini.
Bekas pemain nombor satu dunia berusia 35 tahun itu terpaksa akur apabila bintang muda Jepun, Kento Memota membalas dendam dengan kemenangan straight set 23-21, 21-12 dalam aksi selama 51 minit.
Ia adalah pertembungan kedua buat kedua-dua pemain dalam tempoh enam hari selepas final Terbuka Malaysia, Ahad lalu, yang menyaksikan Chong Wei mengalahkan pemain berusia 23 tahun itu 21-17, 23-21, untuk meraih gelaran ke-12.
Momota, bekas juara edisi 2015, akan membuat perhitungan dengan pemain pilihan utama, Viktor Axelsen dari Denmark di pentas final pada Ahad.Chong Wei, ketika ditemui, berkata Momota telah beraksi dengan baik dan agresif berbanding aksi final Terbuka Malaysia 2018.
"Lagipun saya bukan lagi berusia 26 tahun," kata Chong Wei yang mengaku agak keletihan dalam mengharungi kejohanan itu.
Biarpun kecewa, Chong Wei berkata beliau tetap bangga kerana pernah menjuarai Terbuka Indonesia sebanyak enam kali sebelum ini iaitu pada edisi 2007, 2009, 2010, 2011, 2013 dan 2016.
Sumber : Astro Awani
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.