15+ Petua Menghalau Tikus Paling Berkesan Sepanjang Zaman

Aerill Hassan
6


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Apa khabar semua! Artikel kali ini adalah mengenai Petua Menghalau Tikus Paling Berkesan. Sebenarnya aku pernah mengalami beberapa gangguan tikus. Pernah suatu ketika di rumah sewa, ada bunyi air berkocak di dalam bilik air. Bilik aku ada kolah air yang besar, kemudian dengar macam ada sesuatu sedang berenang-renang di dalam kolah itu. Housemate aku pun lihat dan ianya adalah tikus. Kemudian tikus itu lemas dan mati di dalam kolah itu. 

Punyalah susah nak buang tikus tu sebab semua housemate termasuk aku geli dengan tikus itu. Sudahlah dah jadi bangkai!Selepas dibuang, beberapa bulan kemudian, saudara maranya turut melakukan perkara sama. Jadi, di sini aku nak bagitahu petua yang berkesan untuk menghalau tikus-tikus durjana ini. Btw, aku dah tak duduk di rumah sewa itu dah.


15+ Petua Menghalau Tikus Paling Berkesan


1. DAUN PANDAN
Daun pandan bertindak sebagai agen pewangi semula jadi untuk kediaman anda. Tikus juga tidak menyukai daun pandan. Selain itu juga, anda boleh jimat dengan tidak membeli pewangi kediaman yang mahal.

2. DAUN SEMAMBU
Letakkan daun semambu di laluan tikus. Ianya juga boleh merawat demam.


3. DAUN DURIAN BELANDA
Caranya letakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu dilalui tikus atau sarang tikus. Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali di tempat yang sering menjadi laluan tikus. Letakkan juga di dalam almari pakaian.

Insya-Allah, tikus tidak akan datang lagi.

4. JERING
Letak jering dengan tangkai-tangkainya sekali dekat dapur. Biarkan di dapur sampai kering.

5. SERBUK LADA HITAM
Taburkan serbuk lada hitam di tempat ada tikus atau laluan tikus itu.

6. BUAH PONG-PONG


Buah Pong-Pong juga boleh digunakan untuk menghalau tikus. Letakkan pada kawasan yang disyaki ada tikus. Insya-Allah tikus tidak akan datang lagi. Bagi yang pertama kali dengar nama buah Pong-Pong, boleh dapatkan maklumat lanjut dari Wikipedia.

Amaran: Buah Pong-Pong adalah beracun. Jangan dimakan.

7. BUAH MENGKUDU
Ambil dua atau tiga biji buah mengkudu. Potong mengkudu itu menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia di dalam mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat dapat menghalau tikus.

8. MINYAK PUDINA
Sapukan minyak pudina pada kain dan letakkan pada di tempat yang sering menjadi laluan tikus. Insya-Allah tikus tidak akan datang lagi kerana tikus tidak menyukai bau pudina.

9. KAPUR BARUS
Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus itu. Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat.

Cuma petua halau tikus menggunakan kapur barus agak tidak sesuai bagi yang ada anak kecil. Takut anak-anak ingat itu adalah gula-gula!

10. CAT BADAN TIKUS
Tangkap seekor tikus, kemudian lumurkan badannya dengan cat berwarna terang seperti warna merah, kemudian lepaskan. Tikus tersebut tidak akan datang lagi, malah turut membuatkan tikus-tikus lain berasa takut untuk mengganggu kediaman anda.

11. KULIT DURIAN
Letakan beberapa potongan kulit durian tersebut di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus. Bau kulit durian yang menusuk hidung dan berduri pastinya akan membuatkan tikus gerun untuk datang ke rumah anda.

12. BELA KUCING


Petua halau tikus ini hanyalah untuk orang yang sukakan kucing. Peliharalah kucing di rumah anda, pastinya tikus akan takut untuk datang ke rumah anda. Kucing adalah musuh utama tikus. Cuma jangan bela kucing mahal yang cuma pandai tengok tikus lalu sahaja.

13. BUAH KEPOMPONG
Letakkan beberapa biji buah kepompong muda atau masak di sarang tikus.

14. PERANGKAP TIKUS
Letakkan perangkap tikus (perangkap jaring atau gam tikus) di laluan yang sering dilalui tikus.

15. TUTUP SEMUA LALUAN MASUK TIKUS
Tutup semua laluan yang membolehkan tikus masuk ke rumah. Pasangkan jaring atau tutup terus laluan masuk. Jangan sampai ada sedikit ruang kerana tikus boleh melepasi ruang sempit itu.

16. GUNA SERAI WANGI
Petua halau tikus yang terakhir ialah dengan menggunakan serai wangi. Ada banyak produk serai wangi di pasaran dalam bentuk semburan. Ia efektif bukan sahaja untuk tikus, malah untuk haiwan perosak dan serangga yang lain.


Sumber : Sirap Limau
Tags

Post a Comment

6Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!