Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kembali lagi ke perkongsian mengenai proses temuduga. Alhamdulillah sudah beberapa artikel yang sudah ditulis sebelum ini. Diharapkan kesemuanya bermanfaat untuk sesiapa yang akan ditemuduga atau sedang mencari kerja. Memperkenalkan diri ketika temuduga merupakan bahagian paling penting kerana ianya merupakan salah satu perkara pertama yang dinilai oleh penemuduga.
Jadi, sebagai seorang yang desperate inginkan pekerjaan dan inginkan yang terbaik ketika temuduga, anda perlulah memberikan respond seperti yang akan ditunjukan lebih lanjut di dalam artikel ini.
Baca Juga : [ 18 Laman Web Cari Kerja Terbaik 2018 ]
5 Bahagian Utama Semasa Kenalkan Diri
- Bahagian 1 - Bagi tahu Nama, Umur, Status anda. Bujang ke tak.
- Bahagian 2 - Background Education, Bila Graduated dan semuanya.
- Bahagian 3 - Pengalaman Kerja
- Bahagian 4 - Pencapaian Yang Pernah Diperoleh
- Bahagian 5 - Kenapa anda sesuai untuk kerja ini?
Baca Juga : [ Cara-Cara Menjawab Soalan Temuduga Dalam Bahasa Inggeris ]
Kita terus ke bahagian 2, kerana bahagian satu anda boleh faham dengan sendirnya.
Bahagian 2 - Background Education, Bila Graduated semua
GRADUATED U MANA?
Ini penting juga. Bagi tahu anda belajar di mana sebelum ini, tahun berada anda bergraduasi. Juga sertakan kelulusan anda. Mengenai pointer pula, jika ianya agak paras hidung tu, lebih baik tak perlu kongsi. Kalau pointer tinggi, bolehlah kongsi untuk tingkatkan potensi anda diambil kerja.
Baca Juga : [ 80+ Soalan Lazim Dalam Temuduga Kerja ]
Bahagian 3 - Pengalaman Kerja
PENGALAMAN ADA TAK?
Ini perkara paling utama. Ingatkan 3 faktor utama apa yang soalan ' mina anda kenalkan diri
ini boleh memberi maklumat kepada si penemuduga?
1. Adakah budak ini ada kelayakan [education] untuk kerja yang aku nak beri dekat dia ni?
2. Adakah budak ini ada pengalaman yang macam aku nak?
3. Adakah budak ini boleh buat dan pengalamannya sesuai dengan kerja?
Bahagian 4 - Pencapaian Yang Pernah Di Peroleh
PENCAPAIAN TERBAIK?
Contoh macam kilang saya sekarang, selain daripada daily routine task, akan ada satu projek yang jurutera minta tolong. Jadi , projek ini boleh di kongsi untuk bahagian ini. Andai kata anda tiada, mungkin boleh kongsi apa daily task anda yang mungkin penting dan utama yang akan membantu syarikat.
Baca Juga : [ 10+ Koleksi Contoh Resume Yang Lengkap ]
Bahagian 5 - Kenapa Anda Sesuai Untuk Kerja ini?
HEBAT SANGAT KE KAMU NI?
Seperti yang diberitahu di bahagian 3, anda perlu memberi butiran yang detail ketika pengalaman kerja.
Tujuannya adalah untuk buatkan anda sendiri dengan yakinnya cakap, yang anda boleh buat kerja dan sesuai dengan kerja kosong yang ditawarkan.
Tetapi, jangan terlampu yakin dan over acting pula. Anda perlu kelihatan bersahaja, nampak rendah diri dan paling penting TIDAK RIAK. *batuk ehem ehem Aliff Syukri
Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.
- Anda mesti praktis dan berlatih. Kalau tak berlatih monolog atau dialog cara kenalkan diri ini mungkin sukar untuk anda nanti. Ianya untuk berlatih agar anda bercakap dengan baik [fasih,petah,jelas]
- Tidak perlu sembang terlalu lama. Cukup kenalkan diri dalam masa kurang 10 minit sahaja.Mungkin 10 minit agak sederhana lama, 5 minit adalah yang terbaik.
- Tidak perlu kongsi perkara terlampau detail. Contohnya anda ada pengalaman dari tiga buah kilang sebelum ini, tidak perlu ceritakan semua tugas anda disetiap kilag satu-persatu. Hanya yang penting dan major responsible sahaja. Jika penemugua itu bertanya atau minta dijelaskan, barulah anda kongsi dengan lebih detail.
- Cuba berlatih intonasi ketika bercakap. Jangan menjadi seperti robot atau menggunakan intonasi membosankan. Cuba juga berlatih bercakap dalam keadaan senyum.
Sekian sahaja tips dan panduan untuk sesi perkenalkan diri. Artikel atau bahan yang diberikan ini aku jumpa di twitter beberapa hari yang lalu , tetapi hari ini sudah hilang sumbernya. Mungkin jika aku jumpa nanti aku akan tuliskan sekali sumber dari mana aku dapat panduan ini.
Sekian.
Sumber : Twitter
bagusnya, detail penerangan ni. Selalu stuck nak sembang apa kalau dia suruh kenalkan diri
ReplyDeleteterima kasih :) semoga bermanfaat
Deleteboleh rujuk ni kalau ada iv
ReplyDeletein shaa Allah , semoga bermanfaat :)
Deletedah lama x ditemuduga ni. anyway, thanks for the tips..
ReplyDeletewelcome abam kie :)
DeleteHarap saya tak perlu lagi nak pergi interview..btw thanks sharing :)
ReplyDeletein shaa Allah.. sama-sama
DeleteThank you for the tips. Boleh nanti rujuk kemudian untuk persediaan nak iv.
ReplyDeletewelcome :)
Delete