Filem Hantu Kak Limah Raih RM1.8 Juta di Hari Pembukaan

Aerill Hassan
4


Assalamualaikum dan salam sejahtera




Baru sahaja membuka tayangan di hari pertama semalam, filem Hantu Kak Limah (HKL) melakar dua rekod yang tersendiri. Pertama, HKL menjadi sebagai filem tempatan pertama yang menerima kutipan tertinggi iaitu lebih RM650,000 di hari pembukaan “sneak preview” pada 8 Ogos.

Kedua, HKL mengukir kejayaan berganda apabila kutipan mencecah RM1.8 juta pada hari pertama ianya ditayangkan kepada umum semalam (9 Ogos). Kutipan tersebut sekaligus merekodkan HKL sebagai filem yang menerima kutipan tertinggi di hari pembukaan.

Filem kerjasama Astro Shaw dan Infinitus Gold ini boleh ditonton di 133 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Manakala, di Singapura bermula hujung minggu ini. Filem francais komedi seram yang diarahkan oleh Mamat Khalid ini menampilkan Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.

Apa tunggu lagi, saksikan Hantu Kak Limah di pawagam berdekatan anda sekarang

Sumber : AstroGempak

Post a Comment

4Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!