LGBT Perlu Hormati Hak, Sensitiviti Golongan Majoriti

Aerill Hassan
2


Assalamualaikum dan salam sejahtera



PUTRAJAYA: Golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) diingatkan untuk menghormati sensitiviti dan hak kelompok majoriti masyarakat di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

Beliau berkata adalah penting untuk kerajaan hari ini melindungi sensitiviti dan suara majoriti berhubung isu tersebut terutamanya para ibu bapa yang risau anak mereka akan terpengaruh dengan gaya hidup sebegitu sekiranya ia dipromosikan secara umum.

"Apabila golongan LGBT bercakap mengenai hak asasi manusia, kita menghormati hak mereka, tetapi dalam masyarakat ada banyak kelompok lain yang turut mempunyai hak... majoriti masyarakat di negara ini tidak mahu budaya tersebut dipromosikan secara umum," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Fuziah berkata demikian ketika mengulas arahan penurunan dua potret aktivis LGBT pada pameran fotografi 'Stripes and Strokes' bersempena Festival Georgetown, Pulau Pinang.

"Apabila kita suruh turunkan (potret aktivis) bukan bermaksud kita mendiskriminasi mereka, kita hormat tetapi bukan sehingga kita mempromosi dan mengiktiraf mereka seolah-olah majoriti di negara ini tidak mempunyai suara," katanya.

"Kalau mereka (golongan LGBT) mengamalkannya di ruang peribadi mereka itu adalah antara mereka dengan Tuhan tetapi apabila mereka mengamalkanya di khalayak dan mempromosikannya pula, maka itu melanggar norma-norma dan syariat. Kita menghormati hak mereka tetapi mereka perlu bataskannya hanya di ruang peribadi," katanya.

Terdahulu ketika berucap merasmikan seminar Cakna Isu-Isu Semasa "Wacana Kontemporari Wanita dan Hak Asasi", Fuziah berkata adalah penting untuk memastikan golongan wanita menduduki sekurang-kurangnya 30 peratus dalam peringkat pembuat keputusan.

"Ini adalah kerana perspektif yang dibawa wanita adalah berbeza daripada lelaki dan bagi memberi keseimbangan dalam setiap keputusan perlu adanya input-input daripada golongan ini," katanya.




Sumber : Astro Awani
Tags

Post a Comment

2Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!