Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah, pada hari Jumaat dan Sabtu yang lalu, aku telah berkesempatan menonton filem yang sedang hangat diperkatakan ramai iaitu filem Hantu Kak Limah ! Sebuah filem tempatan yang menggegarkan negara kerana kutipan box office yang sangat tinggi dan mencatat rekod baru bagi sejarah perfileman negara.
Sedikit fakta tentang filem ini, Hantu Kak Limah 3 merupakan kesinambungan kepada filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (2013). Ditayangkan serentak di seluruh negara pada 9 Ogos 2018 yang lalu.
Pelakon :-
- Awie - Husin
- Rab Khalid - Yeh Sekupang
- Sharwani NS - Wani
- TJ Isa - Khuda
- Delimawati - Kak Limah
- Zul Ariffin - Solihin
- Uqasha Senrose - Puteri Bunian
- Mus Mar - Bapa Bunian
- Ropie - Nayan
- Pekin Ibrahim - Musalman
- Sabri Yunus - Ketua Kampung
Pengarah : Mamat Khalis
Penerbit
- Gayatri Su-Lin Pillai
- Khairul Anwar Salleh
- TP Lim
Penulis : Mamat Khalid
Sinematografi : Jack Rahmad
Syarikat Produksi : Astro Shaw & Infinitus Productions
Tempoh Tayangan : 111 minit
Seterusnya, aku akan memberikan ulasan berkenaan filem ini berdasarkan beberapa faktor yang akan dibahagikan. In shaa Allah , ulasan ini adalah berdasarkan perasaan dan pengalaman menonton filem ini.
1. PLOT
Plot cerita ini bagi aku baik dan agak sama seperti filem lain , iaitu pada intronya ada babak pengenalan , babak watak meninggal dunia , kemudian menghantui. Seterusnya plot tentang hantu tersebut dan misteri diselesaikan.
Apa yang berbeza adalah bila ada babak alam bunian yang buatkan aku seperti dibuai-buai dalam alam itu. Kalau anda perasan plot ini seakan filem Zombie Kampung Pisang. Iaitu di awalnya ada watak yang meninggal dunia , kemudian mereka diganggu oleh zombie dan akhirnya misteri dirungkaikan di akhir cerita.
Cuma yang membezakan adalah watak hantu iaitu zombie dan Kak Limah.
2. WATAK
Untuk bahagian watak , semua watak di dalam filem ini bagi aku memberikan impak yang tersendiri. Maksudnya semua wataknya penting untuk menjadikan filem ini lebih 'Malaysia'.
Antara watak yang aku suka sudah semestinya watak Nayan yang sangat lucu. Juga watak Yeh Sekupang yang wataknya sangat bersahaja di dalam loghat utara. Watak Khuda juga aku rasa mempunyai sebab ianya jadi sebegitu.
Mungkin watak puteri2 bunian jika dijadikan lebih baik akan memberikan kesan yang lebih pada mereka yabg menonton. Teringat pada filem Magika di mana kesemua watak puteri bunian di sungai dilakonkan oleh Maya Karin. Kesemua puteri itu mempunyai wajah yang sama.
3. MUZIK
Untuk muzik pula , aku sangat suka! Sebabnya banyak muzik berunsurkan irama tradisional di dalam filem ini. Yang paling menonjol adalah keroncong. Boleh dilihat di dalam lagu Srikandi Cinta yang digubah kepada keroncong.
Bungi alat gamelan juga menjadikan filem ini dekat dengan penonton nusantara. Selain itu , kesan bunyi untuk seram juga tidak dilakukan secara berlebihan. Semuanya cukup dan sesuai dengan tema filem ini.
Lagu Srikandi Cinta bagi aku sebuah lagu yang epik dan sangat sesuai untuk filem ini.
4. KESAN KHAS
Mungkin ada beberapa bahagian yang boleh diperbaiki lagi tetapi secara keseluruhannya boleh dipuji. Walaupun agak kurang menggunakan imej janaan komputer (CGI) tetapi hasilnya adalah memuaskan.
Perlu ingat bahawa CGI di Malaysia masih ditahap rendah. Masih ingatkah anda pada filem Cicakman 3? CGI di Malaysia kualitinya lebih rendah daripada kesan khas biasa sebelum wujudnya CGI. Faham kan?
In shaa Allah , sudah nampak kemajuan di sudut itu. Mungkin beberapa tahun lagi kita akan menuju ke arah itu.
5. PENERIMAAN PENONTON
Apa yang aku lihat di panggung wayang adalah begitu ramai keluarga yang datang menonton. Disebabkan aku menonton dua kali di tempat yang berbeza, jadi aku dapat lihat begitu ramai penonton sehinggakan penuh pawagam tersebut. Kebanyakannya adalah keluarga yang membawa anak kecil dan warga tua yang aku rasa sangat sukar nak ke pawagam.
Di laman media sosial pula , aku dapat lihat beberapa jenis penerimaan, ada yang biasa-biasa sahaja. Dan ada juga yang menjadikan filem ini satu penanda aras dalam industri perfileman negara.
....................
Secara kesimpulannya , aku rasa filem ini boleh dikatakan sangat berjaya! Iaitu berjaya dari segi kutipan tiket dan juga penerimaan penonton. Alhamdulillah, aku tak nafikan yang filem ini merupakan salah satu naskhah terbaik yang ditayangkan oleh industri perfileman negara pada tahun ini.'
Aku beri markah 96.78 % untuk filem ini.
Sekian
best cerita ni.. :)
ReplyDeletetinggi markah tu.. siap ade perpuluhan. Haha! tk tengok lagi cerita ni.. maybe kalau sembat leh la tgok kt wayang :)
ReplyDeletesaya lum tengok lagi cite ni....haiya....tengok pun tahu mesti best
ReplyDeletejemput singgah..dan done follow sini!
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/