Assalamualaikum dan salam sejahtera
via GIPHY
Review :
Tajuk : Salafi
Penulis : Shaz Johar
Keluaran : Mac 2018
Sinopsis :
Sewaktu aku memulas tombol pintu untuk keluar, suara Abang terdengar lagi.
“Abang sanggup bunuh kau kalau kau conteng arang dalam keluarga kita. Simpan kata-kata aku ni dalam otak tu elok-elok.”
Jantung berdegup kencang. Separuh otakku berkata yang aku tak perlu khuatir kerana Abang takkan sanggup membunuh adiknya sendiri. Dia tidaklah sebodoh atau sekejam itu. Tapi separuh lagi meminta aku terus berfikir dan berwaspada. Melihat karekter Abang, tak mustahil dia mampu lakukan semua itu.
via GIPHY
Review :
Salah satu novel yang membuatkan aku banyak berfikir dan sememangnya ianya berlaku dalam masyarakat. Antara orang terdekat di sekeliling aku ada mengalami kejadian yang sama tetapi tidaklah sampai berlakunya kematian.
Sebuah cerita yang menarik. Aku sangat suka cara penceritaan dalam novel ini dimana ianya berbentuk flashback dan diceritakan oleh si mati.
Walaubagaimanapun aku sangat sedih bila mana dapat tahu ada manusia yang sebegini rupa wujud di dalam kalangan kita.
Tahniah kepada penulis!
Sekian
Menarik ceritanya kan
ReplyDeleteSimple sangat reviewnya.
ReplyDeleteTapi so far buku2 keluaran FIXI tak pernah mengecewakan.
Keep on reading. :)
FIXI nye novel tak pernah menghampakan
ReplyDelete