Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baca Juga : [ Bahagian 3 : Proses Pengambilan Lesen Memandu Kereta ]
Untuk entri kali ini, aku nak ceritakan tentang pengalaman aku belajar memandu kereta daripada awal sehinggalah tamat dan sehinggalah mempunyai Lesen memandu kereta. Proses belajar memandu daripada awal sehinggalah akhir bagi aku berlaku dalam tempoh hampir 2 bulan sahaja.
Aku mula mendaftar untuk mengambil Lesen Memandu Kereta Manual pada awal bulan September 2018. Aku mendaftar di sebuah sekolah memandu yang terletak di daerah Kulim. Harga bagi Lesen Memandu Kereta Manual adalah RM1050 sahaja. Harga bagi Lesen Memandu Kereta Auto adalam RM1200. Harga mungkin berbeza mengikut sekolah memandu ya.
- Harga Lesen Memandu Kereta Manual : RM1050
- Harga Lesen Memandu Kereta Auto : RM1200
Secara kesuluruhannnya terdapat tiga bahagian ujian, iaitu :-
- Ujian Bahagian I : Ujian Teori Undang-Undang Jalan Raya dan Pemanduan Berhemah
- Ujian Bahagian II : Ujian Praktikal Pemanduan di Litar
- Ujian Bahagian II : Ujian Praktikal Pemanduan di Jalan Raya.
UJIAN BAHAGIAN I
Tujuan ujian bahagian 1 ini adalah untuk menguji tahap kefahaman calon pemandu tentang peraturan lalu lintas dan undang-undang jalan raya. Ujian di bahagian ini adalah ujian komputer. Manakala untuk mengambil ujian komputer ini kita perlu menghadiri kelas KPP01 selama 6 jam.
KELAS 6 JAM
Sebelum ini pada tahun 2013, aku dah pernah ke kelas yang sama 'bosan' seperti kelas ini iaitu ketika mengambil Lesen Motorsikal B2. Jadi boleh dikatakan aku sudah biasa dengan situasi tersebut. Untuk kelas ini, aku tidak kenal seorang pun, sebab aku pergi seorang diri dan daftar untuk diri sendiri, tanpa kawan dan sebagainya.
Satu perkataan sahaja iaitu "BOSAN"!!
Walaupun kita sudah dapat buku teks yang tebal, tetapi mereka tetap nak ulas setiap muka surat yang ada pada buku teks tersebut sedangkan aku boleh sahaja membaca di rumah. Mungkin ianya peringatan untuk mereka yang malas membelek buku itu.
Alhamdulillah, untuk penceramah atau cikgu pertama ketika ceramah tersebut sangat baik dan 'friendly'. Tetapi untuk cikgu kedua, boleh dikatakan beliau agak merapu dan sering membuat lawak tidak menjadi. Mungkin disebabkan aku dan mengantuk dan terlampau bosan.
Selepas menghadiri kelas 6 jam itu, aku perlu menghadiri dan mengambil ujian komputer. Walaupun aku sudah pernah mengambil ujian ini pada tahun 2013 untuk lesen motor, tetapi tetap perlu ambil juga untuk kali ini.
Disebabkan aku seorang yang rajin dan aku takut bila mana kalau aku gagal ujian ini , kena bayar duit lagi untuk ujian berikutnya, jadi aku study habis-habisan pada malam sebelum ujian tersebut. Ujian komputer ini adalah pada hari sabtu. Sebenarnya tarikh ujian adalah mengikut sekolah memandu masing-masing.
Tiba pada hari ujian, tepat pukul 8 pagi aku sudah sampai ke Sekolah Memandu. Kenapa tidak terus ke pusat ujian? Sebabnya aku perlu mengikut van yang disediakan pihak sekolah memandu. Kemudian, beramai-ramailah kami ke tempat ujian tersebut.
- Markah Penuh : 50 markah
- Markah Lulus : 42 markah
Seperti yang dijangka, penuh dan sesak tempat mengambil ujian itu! Aku sangatlah tak suka tempat-tempat sesak, tapi nak buat macam mana, ujian perlu diambil, duit sudah dibayar! Yang penting, sediakan RM10 untuk diberi kepada pihak ujian tersebut. Katanya untuk pengambilan gambar kita untuk dimasukkan ke dalam sistem.
Markah penuh bagi ujian ini adalah 50 markah. Markah untuk lulus pula adalah 42 markah. Alhamdulillah, markah aku adalah 48 daripada 50. Alhamdulilllah, syukur ke hadrat Ilahi. Tak sia-sia aku study berhabis-habisan malam sebelumnya.
Tips aku untuk ujian ini adalah BACA BUKU! Sebab ada soalan yang sememangnya sangat putar belit yang mana jawapannya hampir-hampir sama, hanya orang yang membaca buku sahaja yang boleh jawab! Bagi aku daripada target lulus, apa kata target bagi dapat markah penuh?
Selepas lebih kurang seminggu, pihak sekolah memandu membuat panggilan mengatakan bahawa lesen L telah siap. Alhamdulillah. Lupa pula nak beritahu bahawa setelah selesai membuat ujian komputer, aku perlu memberikan gambar passport dan berlatar belakangkan warna putih untuk diberikan kepada pihak sekolah memandu.
Dengan memiliki lesen ini bermakna kita sudah boleh belajar memandu kereta dan diawasi oleh jurulatih. Untuk memandu seorang diri masih belum layak ya!
Untuk Ujian Bahagian II dan Bahagian III akan diceritakan di bahagian 3.
Dengan memiliki lesen ini bermakna kita sudah boleh belajar memandu kereta dan diawasi oleh jurulatih. Untuk memandu seorang diri masih belum layak ya!
Untuk Ujian Bahagian II dan Bahagian III akan diceritakan di bahagian 3.
Bersambung ...
Sekian
Fasa pertama ni mmg mbosankan, wl dh lama, mshh juga tahap bosan yg sama yea 😊😊
ReplyDelete