Assalamualaikum dan salam sejahtera
Di bahagian kedua ini, aku akan ceritakan tentang Ujian Bahagian II dan III. Untuk ketahui tentang Ujian Bahagian I , anda boleh lihat di entri sebelum ini. Sebelum itu, aku nak ceritakan tentang RSM dan RPK.
Sebelum aku belajar memandu dan berada di tempat pemandu, aku perlu mengikuti kelas selama 1 1/2 jam tentang RPK dan RSM. RPK dan RSM ini akan diuji ketika ujian JPJ nanti. Jadi, anda dinasihatkan untuk fokus di bahagian ini juga.
Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK)
RPK adalah pemeriksaan bagi kenderaan yang anda akan pandu. Ianya meliputi pemeriksaan luaran kenderaan, pemeriksaan dalam but kenderaan dan juga pemeriksaan di dalam bonet agar semuanya berada dalam keadaan baik.
Rutin Sebelum Memandu (RSM)
RSM pula adalah pemeriksaan tempat duduk, melaraskan beberapa perkara sebelum memulakan pemanduan. Selain itu, RSM juga meliputi pemeriksaan bahagian panel instrument dan juga menguji peralatan seperti gear, lampu isyarat dan lain-lain agar berfungsi dalam keadaan baik.
Ujian Bahagian II
Tujuannya adalah untuk menguji tahap kemahiran calon untuk mengawal kenderaan di dalam litar. Ada 6 elemen untuk ujian bahagian II ini.
- Pergerakan selekoh 'S'
- Pergerakan selekoh 'Z'
- Mendaki dan menuruni bukit.
- Memarkir sisi.
- Pergerakan tiga penjuru.
- Tanjakan (ramp) untuk kereta automatik sahaja.
Untuk ujian bahagian II, calon perlu menjalani latihan Praktikal di Litar (KPP02) selama 5 1/2 jam.
Untuk pengalaman diri aku sendiri, sebenarnya aku tidak membuat latihan praktikal di litar selama 5 1/2 jam tetapi rasanya lebih. Sebab utamanya adalah aku merupakan seorang pelajar yang 'ZERO'. Aku langsung tidak tahu memandu dan ambil tahu tentang kereta. Jadi, aku perlu belajar dari awal, tentang cara mengawal, menggunakan gear yang sesuai dan sebagainya.
Alhamdulillah, aku mendapat seorang jurulatih yang garang bagaikan seorang ahli PASKAL! Tiap kali aku ke kelas pastinya aku akan gemuruh. Tapi, ada beberapa kali aku tidak puas hati terhadap jurulatih tersebut sebab beliau menganggap aku sudah pandai dan sebagainya, jadi bila aku buat salah, terus dimarahi di depan semua orang.
Contoh parkir sisi
Tapi tak mengapa, semuanya aku simpan dalam hati. Haha. Alhamdulillah , setelah beberapa minggu berlatih di litar, akhirnya aku berjaya juga untuk memandu dengan lancar.
Bahagian yang paling aku lemah adalah MENDAKI DAN MENURUNI BUKIT. Selalu sangat enjin mati di bahagian itu. Bahagian lain alhamdulillah, agak baik.
Jadual Kelas Belajar Memandu
Untuk pengetahuan anda, jadual waktu kelas aku adalah sangat tidak 'fleksibel'. Aku hanya boleh belajar dan mengikuti kelas di waktu pagi sahaja, dan hanya 3 kali kelas bagi seminggu kerana aku mempunyai kekangan masa.
Alhamdulillah, jadual telah disusun atur dengan baik oleh kerani di sekolah memandu tersebut. Cuma yang menjadi masalah ketika itu adalah aku cepat lupa! Disebabkan jarak waktu yang agak lama, aku perlu refresh semula setiap kali masuk minggu baru.
Ujian Bahagian III
Tujuan ujian ini adalah untuk menguji calon memandu kereta di jalan raya bersama kenderaan lain. 10 jam memandu di kawasan jalan raya diperlukan untuk calon mengambil ujian bahagian ini.
Aku rasa untuk pengalaman aku, ianya terbalik. Aku lebih banyak meluangkan masa di litar berbanding memandu di jalan raya. Alhamdulillah, setelah agak cekap di litar, memandu di jalan raya tiada masalah. Aku diajar bagaimana untuk menggunakan gear, di kawasan mana perlu memberi signal, dikawasan mana menggunakan gear sekian-sekian.
Penilaian Sebelum Ujian JPJ
Sebelum calon diuji oleh JPJ, ujian oleh sekolah memandu akan dilakukan terlebih dahulu. Penilaian sebelum ujian merupakan salah satu aspek yang perlu dilakukan sebelum ujian JPJ.
Pada kelas terakhir, jurulatih ataupun cikgu aku akan membuat penilaian. Beliau hanya melihat seperti seorang pegawai JPJ ketika di litar, manakala ketika di jalan raya, beliau hanya duduk diam di sebelah melihat kita memandu.
Alhamdulillah, ada beberapa bahagian yang aku perlukan penambahbaikan. Dibolehkan untuk mana-mana calon mengambil kelas tambahan sebagai persiapan sebelum diuji JPJ. Aku turut menambah kelas agar aku lebih bersedia dan yakin untuk ujian.
Untuk Ujian JPJ akan diceritakan di bahagian terakhir iaitu bahagian 3.
Bersambung ...
Untuk Ujian JPJ akan diceritakan di bahagian terakhir iaitu bahagian 3.
Bersambung ...
Sekian
Ramai jugak yang fail bila mendaki n menuruni bukit ea.
ReplyDeleteAkak pun samaaa..hehe
Good luck dik :)
When I initially commented I clicked the "Notify me when new comments are added" checkbox and now each time a comment is added I get four emails with the
ReplyDeletesame comment. Is there any way you can remove me from that service?
Thanks a lot!