Bahagian 3 : Proses Pengambilan Lesen Memandu Kereta

Aerill Hassan
2


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Dibahagian ketiga dan bahagian terakhir, aku akan ceritakan tentang bagaimana proses Ujian JPJ di lakukan. Untuk anda ketahui Ujian bahagian I, Ujian Bahagian II dan Bahagian III, anda boleh lihat di entri sebelum ini.

Setelah selesai dengan penilaian sebelum ujian dan kelas memandu, kini sudah tiba masa untuk anda diuji oleh Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ).Setelah selesai dengan kelas terakhir, kerani di sekolah memandu akan memberitahu bilakah tarikh untuk anda diuji. 

Di sekolah memandu aku, ujian bagi kereta dilakukan pada hari Isnin, jadi kepada sesiapa yang bekerja perlu mengambil cuti pada hari tersebut.

UJIAN JPJ

Pada hari ujian, semua calon perlu datang seawal pagi. Kemudian perlu lihat sama ada nama anda ada dalam senarai atau tidak. Setelah semua orang ada, dan jam menunjukkan pukul 9 pagi, kami semua di bawa ke pondok JPJ iaitu pondok sebelum anda diuji. 


Kemudian semua orang diberikan nombor giliran masing-masing dan dibahagikan mengikut dua ujian iaitu ujian di litar dan juga ujian di jalanraya.

Aku tergolong dalam golongan membuat ujian litar. Mereka yang diuji di bahagian litar akan dibawa ke pondok RPK dan RSM. Masih ingat tentang RPK dan RSM seperti yang diceritakan di bahagian 2? Di pondok ini, akan ada seorang pegawai JPJ akan menguji setiap calon tentang RPK dan RSM.

Tips aku disini adalah pastikan suara anda kuat, setiap bahagian perlu diperiksa. Itu sahaja. Ada juga bahagian yang aku tak sempat nak sebut, tetapi JPJ tersebut sudah suruh berhenti. Sekiranya anda tidak lulus di sini, anda tidak boleh mengambil ujian di litar dan jalanraya!

UJIAN LITAR

Setelah menunggu beberapa minit, tiba giliran aku untuk ujian di litar. Kelihatan sebuah kenderaan Perodua Viva yang dinaiki calon terdahulu berhenti di depan pondok. Kemudian,petugas memanggil nombor giliran aku. Alhamdulillah, kereta viva tersebut adalah kereta yang aku pandu dan guna ketika latihan dan kelas sebelum ini! Alhamdulillah.

Walaubagaimanapun ...

Bahagian pertama di uji adalah menaiki dan menuruni bukit. Terdapat satu pondok kecil betul-betul di puncah bukit itu. Disitulah keberadaan seorang pegawai JPJ lagi. Sebelum ini aku dah cerita bahawa aku paling lemah di bahagian ini, dan ternyata aku ada masalah ketika mendaki buat kali pertama kerana tayar hadapan tidak sampai di garisan kuning. Mungkin sebab gugup dan sebagainya. 

Nasib baik, peluang kedua diberi! Setelah doa dibaca berpuluh kali, aku mencuba buat kali kedua dan alhamdulillah, berjaya. Kemudian aku meneruskan ujian di bahagian lain. Alhamdulillah, semuanya lancar sahaja. 

UJIAN JALAN RAYA

Setelah selesai ujian di litar, aku memandu kereta ke pondok ujian untuk calon lain pula diuji. Kemudian aku perlu ke pondok lain untuk mengambil keputusan bagi ujian litar. Ketika itu, langit sudah mendung. Nampaknya akan hujan. Aku sudah mula risau kerana sebelum ini aku tidak pernah memandu di jalanraya dalam keadaan hujan.


Kemudian, aku membawa keputusan ujian litar ke pondok JPJ dan menunggu giliran untuk melakukan ujian di jalanraya. Sesampai sahaja aku di pondok JPJ, hujan mula turun dengan lebat tetapi hanya untuk jangka masa singkat sahaja.


Tiba giliran untuk diuji, aku melakukan RSM terlebih dahulu ketika di dalam kereta sebelum meneruskan ujian. Calon perlu melakukan RSM sahaja di ujian jalanraya. Syarat mandatori lain adalah calon perlu memastikan kenderaan tidak mati enjin lebih daripada 3 kali.

Kemudian, aku memandu seperti biasa, mengikut jalan yang telah diajar oleh jurulatih. Ada tiga jalan sebenarnya, tetapi hanya 2 sahaja yang kebiasaannya digunakan ketika ujian. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Pegawai JPJ tersebut tidak memberikan apa-apa respon atau suara ketika aku memandu. Mungkin pemanduan aku sangat membosankan? Apa-apa pun aku syukur kerana ianya selesai.

Setelah selesai semua, aku kembali ke kaunter di sekolah memandu dan pulang ke rumah setelah mengetahui keputusan UJIAN JPJ



Baca Juga : [ Bahagian 1 : Proses Pengambilan Lesen Memandu Kereta ]
Baca Juga : [ Bahagian 2 : Proses Pengambilan Lesen Memandu Kereta ]

Sekian

Post a Comment

2Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!