Review Filem Captain Marvel (2019) : Satu Lagi Filem Marvel Terbaik?

Aerill Hassan
6


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar semua? Alhamdulillah kali ini kita bertemu lagi dalam sesi review filem. Filem apakah yang akan direview kali ini? Sudah tentu anda tahu dengan hanya melihat tajuk artikel ini. Sudah hampir sebulan juga filem ini telah ditayangkan ketika artikel ini ditulis. Sebenarnya aku sendiri dah menonton filem ini pada awal tayangan. Malah, aku dah menonton filem ini sebanyak dua kali! Kenapa dua kali? Kali pertama adalah untuk kepuasan diri, disebabkan aku peminat filem Marvel, jadi aku perlu menonton pada hari pertama atau seawall yang mungkin. Kali kedua pula adalah bersama adik aku.

…………………………....

Review Filem Captain Marvel 2019

*Aku nak tegaskan disini bahawa review ini terdapatnya SPOILER!

Sedikit synopsis tentang filem ini, ianya berkisarkan kisah hidup bagaimana Carol Danvers menjadi Captain Marvel. Berlatar belakangkan zaman 1990-an, kisahnya bermula apabila Carol Danvers membantu Dr. Wendy Lawson dalam projek PEGASUS. Kemudian, berlaku satu kemalangan yang menyebabkan Carol mendapat kuasa dan juga Dr. Wendy Lawson itu terbunuh. Seterusnya Carol dibawa ke planet Kree dan dibuang ingatan oleh Yon Rogg, dan seterusnya Carol dikenali sebagai Vers.



Jalan cerita diteruskan lagi apabila Vers mendapat ingatannya setelah dibantu oleh Skrull walaupun pada mulanya Carol Danvers berpendapat bahawa Skrull itu berniat jahat. Rupanya projek PEGASUS itu adalah projek menggunakan Tesseract dan berada di orbit Bersama keluarga Skrull, Talos yang lain. Secara keseluruhannya plot filem ini menceritakan bagaimana Carol Danvers menjadi Captain Marvel.


Jalan Cerita

Dari segi jalan cerita, aku berpendapat bahawa jalan cerita bagaimana kisah Captain Marvel ini dibentuk daripada sebelum mendapat kuasa sehinggalah ke tahap kuasa tertinggi sanagtlah berbeza berbanding watak hero Marvel sebelum-sebelum ini. Contohnya, Ironman, Thor, Captain America, Dr Strange dan sebagainya diceritakan plotnya daripada mereka kehilangan sesuatu kemudian mendapat kuasa dan akhirnya melawan kuasa jahat.


Berbeza dengan Captain Marvel, dari awal filem sudah mendapat kuasa, cuma belum mampu mengawal dan menggunakan kuasa di tahap tertinggi. Selain itu, aku juga suka bagaimana elemen-elemen 90-an dibawa dan digunakan dengan banyak pada filem ini. Babak kereta mengejar keretapi itu sememangnya sinonim dengan filem di zaman tersebut. 

Plot di dalam filem ini juga telah menambah jalan cerita bagi infiniti stones, tesseract, umum hanya mengetahui bahawa Howard Stark iaitu bapa kepada Tony Stark telah menjumpai Tesseract did asar lautan selepas mencari Captain America, tetapi umum tidak mengetahui tentang apa yang terjadi berikutnya terhadap Tesseract itu.

Bagi aku Tesseract itu sesuatu yang penting sebab ianya batu infiniti pertama dalam Marvel Cinematic Universe.




Unsur Lawak / Aksi

Filem-fielm Marvel pastinya mempunyai unsur humour yang pastinya merupakan satu tanda dagang (trademark) bagi filem MCU. Bagi aku unsur lawak di dalam filem ini adalah pada kadar secukupnya. Tidak melebih-lebih dan tidak kurang sehingga membuatkan penonton bosan.

Contohnya adalah ketika CD kotak hitam itu sedang dibaca menggunakan computer yang lama. Sangat kelakar sebab ianya sememangnya terjadi!


Untuk unsur aksi, aku rasa mungkin di bahagian akhir boleh dibanyakkan lagi babak aksi antara Captain Marvel dan Yon-Rogg serta Ronan. Mungkin watak Ronan itu akan dikembangkan lagi dalam Captain Marvel 2 walaupun watak itu telah mati di Guardians Of The Galaxy.

Muzik Latar

Untuk muzik latar dan penataan bunyi, aku rasa ianya boleh dipuji! Walaupun aku masih merasakan masih ada filem Marvel lain yang muzik dan bunyinya lebih menarik tetapi ianya tidaklah di tahap tidak memuaskan.

Pelakon

Pemilihan pelakon Brie Larson sebagai Captain Marvel sememangnya aku sangat bersetuju! Beliau mampu menjadi satu lagi pelakon hebat di dalam Marvel Cinematic Universe. Aku juga suka bagaimana di dalam filem ini, watak-watak di dalam filem Marvel terdahulu diwujudkan kembali.


Selain itu, Jude Law sebagai Yon-Rogg, salah satu penambahan koleksi pelakon terbaik di dalam Marvel Universe.
………………………………………

Secara keseluruhannya aku berpendapat filem ini filem yang Berjaya. Berjaya dari segi penyampaian serta penerimaan penonton apabila setakat artikel ditulis sudah hampir 1 Billion USD telah dikutip. Tahniah Marvel kerana berjaya memperkenalkan superhero tidak ternama dan bakalan menjadi sebaris dengan superhero lain.

Tak sabar untuk melihat bagaimana Captain Marvel berinteraksi dengan Avengers lain di dalam filem Avengers Endgame. Credit scene yang beberapa saat di hujung filem itu sahaja sudah membuatkan aku teruja!

Markah : 9.65 / 10







Post a Comment

6Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!