Makan di The Cofee Bean & Tea Leaf, Nu Sentral, Kuala Lumpur

Aerill Hassan
3


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Sebelum bermulanya bulan Ramadhan, aku dan rakan aku telah menikmati makanan di restoran The Coffee Bean & Tea Leaf di Nu Sentral, Kuala Lumpur. Sebenarnya tujuan Utama bukanlah untuk makan tetapi untuk ber"reunion" bersama insan yang dah lama tak jumpa. Alhamdulillah.

BACA : Sebelum meneruskan pembacaan, aku minta maaf sekiranya post ini menggugat keimanan anda dalam melakukan perkara diwajibkan Allah S.W.T yakni berpuasa. Kepada yang imannya lemah senipis bawang, bolehlah klik pada entri yang lain ya. Untuk yang teguh imannya boleh teruskan membaca dan komen! :)



Apa yang aku order untuk makan? Untuk air, aku memilih Caramel Ice Blended Drink. Umum mengetahui bahawa aku dan caramel tidak boleh berpisah. Kalau beli popcorn untuk tengok wayang, pastinya popcorn caramel yang akan dipilih. 

Untuk makan pula aku order Salmon Mushroom Aglio Olio. Pada mulanya aku nak order Chicken & Mushroom Spaghetti tapi dah habis. Tak apalah, bukan rezeki.

Untuk air, untuk pendapat aku rasanya sama seperti ice blended lain yang berperisa caramel, manis dan sedap. Untuk sekali sekala bolehlah, kalau setiap hari, hey! Nak sangat penyakit kencing manis ke?



Untuk makanan pula, aku rasa biasa sahaja. Ada yang tak kena dengan citarasa aku. Mungkin sebab aku bukanlah penggemar makanan barat. Aku lebih suka satay, ayam goreng dan sebagainya. Mungkin untuk orang lain, rasanya sedap. tapi untuk aku, mungkin ini kali pertama dan terakhir untuk aku order makanan ini. In shaa Allah, jika berkelapangan dan berkewangan, aku akan order menu lain pula.

Kepada yang teringin bolehlah ke restoran ini, boleh check di laman web mereka di mana lokasi restoran yang terdekat. 




Sekian.

Post a Comment

3Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!