Assalamualaikum dan salam sejahtera
Salam Aidilfitri diucapkan buat semua pembaca dan rakan-rakan blogger. Hampir sebulan lamanya tidak menulis dan menerbitkan entri di blog ini. Sebenarnya pada bulan Ramadhan, aku ada buat kerja part time yang menyebabkan masa untuk menulis menjadi terhad. Biasalah, mencari duit leih untuk raya.
Bagaimana dengan raya anda? Mesti meriah kan? Raya aku pada tahun ini adalah raya yang serba dalam sederhana. Tak banyak sangat duit dikeluarkan walaupun berhempas pulas mencarinya. Pertama kalinya sejak bayi aku tidak mempunyai baju raya. Pakai baju melayu sebelum-sebelum ini sahaja.
Tahun ini juga aku beraya tanpa tokwan yang baru sahaja meninggalkan kami sekeluarga beberapa bulan yang lalu. [ Baca Sini ] Juga tahun ini bertambah ahli keluarga baru dalam keluarga aku iaitu abang ipar. Aku belum cerita di blog lagi rasanya tentang perkahwinan kakak aku pada hujung tahun yang lalu. In shaa Allah raya tahun depan akan bertambah lagi ahli keluarga baru. In shaa Allah.
In shaa Allah aku akan teruskan berblogging seperti biasa, setelah mempunyai banyak masa terluang. Banyak benda sebenarnya aku nak kongsikan pada semua. Berjumpa lagi dalam entri yang lain.
Akhir kata, Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin
Sekian.
Salam aidilfitri
ReplyDeletesalam aidilfitri jugak :)
Deleteselamat hari raya aerill. lambat sikit wish haha
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri. Al-Fatihah buat Tokwan semoga ditempatkan bersama org2 yg beriman..
ReplyDeleteKeep on blogging :)
Selamat hari raya :) terima kasih :)
DeleteSalam lebaran dari pahang
ReplyDeletesalam lebaran jugak :)
DeleteSalam lebaran 1440H
ReplyDeleteTq join bloglist saudara aerill..sy dh update blog saudara aerill dalam bloglist sy
ReplyDelete