Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baca Juga : [ Review Filem : Avengers Endgame | Filem Terbaik Sepanjang Masa ]
Sinopsis
Pada 3 Julai yang lalu, aku berpeluang untuk menonton sebuah filem Marvel yang sangat dinanti-nantikan pada tahun ini. Filem Spider-Man: Far From Home merupakan filem Marvel Cinematic Universe ke 3 untuk tahun ni. Spider-Man: Far From Home merupakan filem terbaru 2019, diadaptasi daripada komik Marvel. Filem ini merupakan filem sekuel kepada filem Spider-Man: Homecoming (2017) dan juga filem ke 23 bagi Marvel Cinematic Universe (MCU).
Sebagai peminat Marvel Cinematic Universe, aku sememangnya tak akan lepaskan peluang untuk menonton filem yang diterbitkan pada hari pertama tayangan. Ya, sebab aku mengikuti MCU dari awal lagi. Sebenarnya sebelum menonton filem ini, aku ada pelbagai jangkaan tentang bagaimana jalan cerita filem ini akan terjadi. Disebabkan filem ini adalah selepas Avengers: Endgame, jadi ramai yang tertanya-tanya. Okay, jom kita baca ulasan aku tentang filem ini.
Sebagai peminat Marvel Cinematic Universe, aku sememangnya tak akan lepaskan peluang untuk menonton filem yang diterbitkan pada hari pertama tayangan. Ya, sebab aku mengikuti MCU dari awal lagi. Sebenarnya sebelum menonton filem ini, aku ada pelbagai jangkaan tentang bagaimana jalan cerita filem ini akan terjadi. Disebabkan filem ini adalah selepas Avengers: Endgame, jadi ramai yang tertanya-tanya. Okay, jom kita baca ulasan aku tentang filem ini.
Baca Juga : [ Review Filem : Avengers Endgame | Filem Terbaik Sepanjang Masa ]
Sinopsis
Filem ini mengisahkan tentang Peter Parker selepas kejadian "blip" dan juga kematian Tony Stark. Untuk menghilangkan rasa sedih serta meluangkan lebih masa bersama rakan-rakan, Peter Parker mengikuti rombongan percutian ke Eropah. Nick Fury merekrut Peter Parker untuk menentang satu kuasa jahat baru iaitu Elementals disertai dengan super hero terbaru iaitu Mysterio atau dengan nama sebenarnya, Quentin Beck.
Spider-Man: Far From Home
Pengarah : Jon Watts
Penerbit : Kevin Feige & Amy Pascal
Lakon Layar : Chris McKenna & Eric Sommers
Adaptasi : Spider-Man oleh Stan Lee & Steve Ditko
Muzik : Michael Giacchino
Syarikat Produksi : Columbia Pictures, Marvel Studios & Pascal Studios.
Bajet : $160 juta
Durasi filem : 129 minit
ULASAN & REVIEW
PLOT
Untuk jalan cerita filem ini, aku rasa ianya sangatlah tidak terjangka dan boleh aku katakan ianya lebih baik berbanding Spider-Man: Homecoming (2017). Susunan daripada awal sehingga ke akhir, aku rasa ianya sangat tersusun. Juga aku suka bagaimana diceritakan tentang orang awam berhadapan dengan kejadian "blip" iaitu selepas Thanos melakukan "snap" dan separuh daripada makhluk di seluruh dunia hilang.
Selain itu, aku suka apabila kejahatan Mysterio terserlah di pertengahan filem dan ianya sanagt tidak dijangkakan. Mungkin kepada yang pernah membaca komik sudah mengetahui bahawa Mysterio sememangnya watak orang jahat. Elemen percintaan di dalam filem ini juga kelihatan sangat "real". Kalau di filem sebelum ini, ianya bagi aku kelihatan agak "klisye" tetapi untuk kali ini, Peter Parker dan Michelle Jones sangat sesuai dan "awkward"nya menjadi.
Aku juga suka bagaimana mereka memperlihatkan bagaimana Mysterio memanipulasikan teknologi dalam melakukan perkara jahat. Dikaitkan dengan Tony Stark dan sebagainya, membuatkan ianya lebih terkait dengan filem-filem terdahulu termasuklah Captain America: Civil War dan juga Iron Man.
Untuk jalan cerita filem ini, aku rasa ianya sangatlah tidak terjangka dan boleh aku katakan ianya lebih baik berbanding Spider-Man: Homecoming (2017). Susunan daripada awal sehingga ke akhir, aku rasa ianya sangat tersusun. Juga aku suka bagaimana diceritakan tentang orang awam berhadapan dengan kejadian "blip" iaitu selepas Thanos melakukan "snap" dan separuh daripada makhluk di seluruh dunia hilang.
Selain itu, aku suka apabila kejahatan Mysterio terserlah di pertengahan filem dan ianya sanagt tidak dijangkakan. Mungkin kepada yang pernah membaca komik sudah mengetahui bahawa Mysterio sememangnya watak orang jahat. Elemen percintaan di dalam filem ini juga kelihatan sangat "real". Kalau di filem sebelum ini, ianya bagi aku kelihatan agak "klisye" tetapi untuk kali ini, Peter Parker dan Michelle Jones sangat sesuai dan "awkward"nya menjadi.
WATAK
Tom Holland sememangnya bagi aku Peter Parker dan Spider-Man terbaik antara kesemua pelakon yang pernah menjadi Spider-Man. Setiap lakonan Tom Holland sangatlah hebat, emosi yang ditunjukkan dapat dirasai oleh orang yang menonton. Jake Gyllenhaal juga sangat hebat ya! Salah sorang pelakon Hollywood yang sangat berbakat!
Watak-watak pembantu juga aku rasa sangat membantu. Kadang-kadang ada watak pembantu yang tidak membantu, dan akhirnya terbuang begitu sahaja sedangkan berpotensi untuk menjadikan filem lebih menarik.

MUZIK
Untuk muzik dalam filem ini aku rasa ianya sedikit kurang berbanding filem sebelum ini. Aku sebenarnya mengharapkan sesuatu yang lebih lagi daripada Michael Giacchino sebab kebiasaannya muzik yang digarap adalah sangat bagus.
Penggunaan lagu Whitney Houston, I Will Always Love You pada awal filem adalah sangat genius!

POST & MID CREDIT
Ada dua ya, credit scene! Ramai selepas yang pertama, terus meninggalkan pawagam, mungkin kerana ada kerja nak dilakukan atau malas nak tunggu. Aku sebagai peminat sudah tentunya tunggu! Untuk yang pertama, aku terkejut dan ternganga mulut! Kerana ianya sanagt tidak dijangka! Munculnya watak J. Jonah Jameson dan dilakonkan oleh orang yang sama iaitu J.K Simmons yang pernah melakonkan watak yang sama dalam filem Spider-Man trilogy Sam Raimi.
Untuk yang kedua pula , agak terkejut tetapi sudah dijangka kerana boleh lihat bagaimana Nick Fury kelihatan berbeza sedikit berbanding sebelum-sebelum ini dan akhirnya terbukti bahawa Nick Fury dan Maria Hill bukanlah mereka yang sebenar tetapi adalah Skruls! Sangat genius.

FILEM SPIDER-MAN TERBAIK
Pendapat aku, filem ini sangatlah patut dan wajib digelar filem Spider-Man terbaik setakat ini. Kenapa? Anda boleh baca ulasan aku diatas. Mungkin pendapat kita berbeza, tetapi marilah kita meraikan pendapat kita yang berbeza ini dengan tidak bergaduh dan berbalah pendapat.

Sumber : Giphy.com | Wikipedia | Google Image
Aku masuk ke dalam pawagam dari awal sehingga habis, lepas sahaja habis credit scene, ramai yang tinggalkan pawagam. Hmm.. Satu lagi , bila sedang menonton wayang, tak perlu nak terangkan satu persatu babak dekat orang sebelah! Juga mak bapak yang bawak anak kecil tolong kawal anak anda supaya tak dilempang orang lain.
Sekian.
Baik reviewnya...ni rasa xsbr nk download hehehe
ReplyDeletehaha, tengok dkt pawagam baru best cikgu :)
DeleteAlaaa alaaa jelesnyaa! Ntah bila nak tengok ntah. Masa Endgame hari tu husband siap ambik cuti nak p tgk. NI xkan nak kena ambik cuti lg kot haha
ReplyDeletehaha , takpa bila ada masa terluang bolehlah pergi ya :)
DeleteSpiderman ni semua dah tengok movienya. Baru ni tak tengok lagi. Movie Spiderman ni pun asyik tukar2 yang jadi Spiderman kan?. Nak kena tengok juga la sebab tinggi rating yang diberikan tu.
ReplyDeletemasuk yg ni dah tiga kali bertukar pelakon, tapi bagi saya versi mcu lebih menarik dan best :)
Deletesetuju ini antara Spiderman yang terbaik. tapi dari segi aksi Andrew bawakan lebih baik. kalau cakap gandingan tom dengan zendaya kalau nak tau dorang memang coouple sebelum filemn ni lagi so keserasian tu dah memang ada hehehe
ReplyDeleteEndgame tengok pun lambat. Tinggal anak dengan mak kejap, pastu kami laki bini merempit pergi wayang. Takkan spiderman pun nak kena buat cara sama? Geram pulak baca review, rasa macam malam ni juga nak tengok hahaha
ReplyDeleteSaya suka movie marvel. Spiderman ni salah satunya. Tapi, macam rugi la saya baca review sini. Tak pasal-pasal bocor jalan cerita. Saya nak save untuk diri sendiri. Macam tak tahan nak jugak tau. Akhirnya baca sampai habis. Sampai hati awak... ðŸ˜
ReplyDeleteTak berkesempatan lagi nak tengok spiderman ni..semalam nak tengok tapi ticket lewat pula..tapi tengok review rata2 kata best.. syoklah dapat jadi yang terawal tengok..
ReplyDeleteWow 10/10 wajib tonton ni sbb so far tgok movie spider ni x pernah excited pun..ok weekends ni nk terjah pggung
ReplyDeletealaaa belum sempat tengok lagi movie spiderman ni, kalau dah bagi 10/10 wajib pergi jugak nih.. thanks sharing
ReplyDeleteSpiderman ni cerita lepas sahaja Ironman matikan hehehehe kita tak tengok lagi movei ni tapi ramai orang cakp best dan terbaik tak tahu lah heheheheh kita nak pergi tonton baca sinopsis tak dapat bayangkan babak dalam cerita ini...
ReplyDeletebanyak cerita macam ni nad tak tengok lagi..hahaa..marvel avengers pun belum..sedih kan..hahaa..tunggu jela muncul dekt tv..hehee
ReplyDeleteRawlins pun setuju. Ini adalah filem terbaik Spiderman setakat ini.
ReplyDeleteKejutan di hujung tu (end credits) memang takleh tahan! Benci kan!
Dah tengok jugakkk Spiderman ni!! Best gila! Hahahaah eee tak puas tak tengok. Rasa takleh brain, rasa dipermainkan tengok movie ni bila masuk part ilusi tu hahah. Tapi best.
ReplyDeleteBila baca sinopsis macam menarik je filem ni. Terus rasa nak pi tengok sekrang je movie ni kan. Nak compare dgn filem yang sebelum ni plak.
ReplyDeleteEsok nak pegi tengok. Thanks bagi review
ReplyDeleteTak tengok lagi!!!! Haha. Menariknya review ni. Bertambah2 laaa list movie nak ditonton.
ReplyDeleteTak tengok lagi cerita ni. Orang kata cerita ni sedih. Dah lama tak tengok movie dekat wayang semenjak ada anak anak ni. Tunggu masuk tv je hahaha
ReplyDeleteWow 10 out of 10 star? That is really a good rating from you. Then again I am on the fence as I am not sure if I should watch this. Kinda sad that Ironman is dead.
ReplyDeleteErm.. Bukan sejenis layan movie.
ReplyDeleteHaha..
Sometime tak tahu apa cerita menarik yang masuk pawagam.
Walaupun orang kata cite spiderman menarik, tak berpeluang nak tengok.