Assalamualaikum dan salam sejahtera
Siapa yang ada penyakit gastrik? Bukan yang hanya ketika bulan Ramadhan sahaja penyakit itu datang ya. Aku merupakan salah seorang pesakit yang ada penyakit ini, tetapi tidaklah kerap sangat berlaku. Ianya berlaku bila mana aku salah makan atau makan terlampau banyak.
Pernah sekali, tengah-tengah malam aku lapar, lepas tu aku makan kuey tiaw goreng, entah macam mana dia masak, lepas makan tu beberapa minit lepas tu, terus sakit perut nak mamposss. Lepas tu jadi angin dalam perut, sampai muntah-muntah. Beberapa jam lepas tu, terus rasa tak larat dan tak ada tenaga.
Jadi, aku ada baca beberapa petua dan panduan untuk mereka yang mengalami sakit sebegini. Ada yang aku cuba menjadi, dan ada yang tidak. Sememangnya jumpalah doktor, itu yang terbaik. Ini hanyalah panduan dan juga petua sebelum anda ke doktor, jika ia makin teruk, cepat-cepat ke hospital atau klinik ya.
PUNCA DATANGNYA GASTRIK
Mengikut pembacaan aku di laman web Bidadari.my, disenaraikan lebih daripada 10 punca-punca berlakunya gastrik kepada kita. Kebiasaannya untuk orang yang mengamalkan hidup sihat, pastinya kurang atau tidak mengalami gastrik.
1. Pengambilan makanan yang berlebihan pada satu masa
2. Makanan berlemak secara tidak terkawal
3. Makanan yang terlalu pedas
4. Minuman berkafein
5. Minumam bergas secara tidak terkawal
6. Waktu makan tidak terkawal
7. Perokok
8. Perokok pasif
9. Pengambilan ubat tahan sakit seperti aspirin
10. Pengambilan alkohol
11. Makanan berasid tinggi
12. Stress dan tekanan emosi
13. Jangkitan Bakteria H. Pylori
14. Kurang Bersenam
TANDA-TANDA ANDA MENGALAMI GASTRIK
Macam yang aku cerita pada awal tadi, aku mengalami beberapa tanda-tanda bahawa gastrik sedang melanda diri ini. Aku rasa ianya sakit keturunan, sebab ayah aku juga macam tu, tapi lepas dah jaga pemakanan dan sebagainya, hilang pula sakit gastrik ini pada ayah aku.
- Kembung Perut
- Senak Perut
- Pedih Ulu Hati
- Kerap Muntah
- Badan Berasa Lemah dan Lesu
Baca Juga : [ 10 Penyakit Penyebab Kematian di Malaysia ]
4 MAKANAN BOLEH MENGHILANGKAN GASTRIK
1) Pisang
Pisang tinggi kandungan potassium dan mempunyai nilai pH yang tinggi. Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mukus. Mukus ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik. Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali. Boleh lah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk kurangkan sakit gastrik.
2) Susu sejuk
Susu adalah tinggi kandungan kalsium. Kalsium membantu mengelakkan pembinaan asid dan menyerap lebihan asid yang tidak diperlukan.susu bantu hilangkan atasi gastrik sakit perut. Susu sejuk pula membantu melegakan sedikit rasa perit gastrik. Boleh lah buat banana milk shakes untuk legakan gastrik.
3) Bunga cengkih
Bunga cengkih adalah untuk digigit semasa gastrik. Bunga cengkih membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Air liur akan membantu proses penghadaman.bunga cengkih hilangkan atasi gastrik sakit perut. Jika anda gastrik, gigit satu bunga cengkih, dan biarkan kejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.
4) Halia
Halia membantu penghasilan mukus yang membantu mengurangkan keasidan perut. Kunyah halia atau rebus halia dalam air, dan minum air halia untuk kelegaan gastrik.
JIKA SAKIT JUMPALAH DOKTOR
Ada orang yang jenis bila sakit, masih lagi melakukan kerja dan sebagainya. Sebelum perkara yang teruk terjadi, aku rasa ada baiknya berjumpa dengan doktor, dapatlah kita ketahui apa sakitnya dan bagamana cara merawatnya. Petua dan panduan di google termasuklah di halaman ini adalah sebagai panduan awal sahaja ya.
Sumber : Facebook | Giphy.com | Google Image | Bidadari.my
Baca Juga : [ Petua Hilangkan Batuk dan Gatal Tekak ]
Baca Juga : [ Petua Hilangkan Batuk dan Gatal Tekak ]
Sekian.
nice sharing
ReplyDeleteterima kasih :)
Deleteyup selalunya bila makan lambat memang mula nak gastrik sebab perut kita kosong. Asid dalam perut kita dah berkumpul..so bila makan pedas bagai. memang perit la..nice share
ReplyDeletePertama kali, terima kasih berkongsi tips yang berguna ini. hehe
ReplyDeletesaya memang jaga bab makan ni. ambil makanan pada masa dan kuantiti yang betul. banyak sangat makan pun memudaratkan kan. makanya bersederhanalah dalam apa jua tindakan kita. kalau dah kene gastrik memang perut jadi sangat sensitif
ReplyDeletePernah kena tanda2 gastrik sebelum ni. Fuhh memang pedih sungguh la. Harapnya lepas ni tak kena lagi. Banyak kan makan pisang hee
ReplyDeletealamak i memang suka makan pedas.... macam mana ni... tu la sekarang pun makan pun tak ikut masa... kadang kadang makan banyak dalam satu masa... makan kurang tak ikut masa... sakit gastrik tu memang tak boleh bawa bincang kawan i siap tak puasa 30 hari sebab gastrik.. uuuu
ReplyDeleteThank you untuk info ni, I tak selalu kena gastric tapi suami selalu kena. Bolehlah bagi dia cuba tips yang you bagi ni. Betul lah tanda-tanda you cakap untuk orang yang kena gastric sebab banyak punca suami I ada buat. Jaga makan memang penting sebenarnya.
ReplyDeleteSetakat ni alhamdulillah tak pernah la pulak berdepan gastrik ni. Kalau bab makan pedas tu pun tak lah kronik kot sebab memang suka makan makanan pedas kan. XD But good to know this information. Tak tahupun pisang boleh kurangkan gastrik. Nanti boleh refer artikel ni kalau ada sesiapa member or ahli keluarga hadapi masalah ni. Thanks for sharing!
ReplyDeleteMasa bujang dulu saya ada gastrik. Tengah kerja tiba tiba kena serang langsung tak boleh gerak. Last last minum susu kotak sejuk baru perut rasa lega dan boleh gerak macam biasa.
ReplyDeleteThank you for suggesting such a good list to help us counter gastrik. Then again I hope I don' have such problem. :D
ReplyDeleteAgak terseksa ya bila ada gastrik nie. My uncle has gastric dan dia perlu makan tepat pd waktunya or else perut dia sakit dan pedih. Alhamdulillah xde masalah gastrik tp penjagaan pemakanan sgtlah penting
ReplyDeleteThanks for the facts and tips, kadang i pun ada gastrik but mine is on and off. So kena treat it juga la.
ReplyDelete